Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

i apprEciatE u!!! ;)

Monday, March 20, 2017

An Early Mini Birthday Celebration to Jannah!

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ok, nak cerita pasal past few weeks..
06.3.2017 maka anakanda kedua saya; Nurul Jannah Alisya telahpun rasmi berumur 3tahun.
Bila dah umur 3tahun dan ada kakak yang dah pandai mengajar erti kek birthday dan celebration,(from their own way) makanya ibu dan papa harus bersiap sedia serba sedikit agar dapat memenuhi sedikit sebanyak impian si kecil.hehe

dia tak mintak banyak.
dengar lagu happy birthday pun dah sengih-sengih.

Makanya, cut it short, 05.03.2017 kami pun buat la sambutan kecik untuk birthday 2nd princess kami. (read:kami=ibu+papa)
Memula keluar rumah (kg) memang dorang dah tau nak celebrate sikit.
Otomatik kek wajib ada.
So, memula pergi Tesco.
Motif utama nak ushar susu bebudak ni.
Saya turun sorang je.. Papa dorang temankan dorang dalam kereta sebab memasing melena.
Dengan kuasa super power mak ni dapatla saya beli terus kek (candy cake choclate) dari kedai kek Kings kat floor atas bangunan Tesco tu. RM38.
birthday girl bersama kek

Terus kami bergerak ke Aeon (my kids's favorite place)
Motif utama nak pi potong-potong kek dekat food court je uolss..haha

ok, enjoy pictures!











hehe..comel birthday girl comot-comot.
Ingatkan dapat lah bawak balik 2-3 slice kek tu habuan opah & atuknya..rupanya abes bebudak ni makan..haha,,kid with cake ~ what else to expect kan??

Ohye, memandangkan nak celeb pun cincai-cincai je and no specific birthday gift pun except LOTS OF LOVE so marilah kita berbelanja sedikit untuk props bagi menghidupkan suasana sambutan-harijadi-paling-best-untuk-anak! hahha..ke Daiso lah kita!
Birthday girl dapat cekak kepala bertopi kaler purple macam dalam gambar kat atas ni, pastu si kakak pun sibuk nak crown tapi berjaya dipujuk sebab besday adik makanya dia mahukan medal (seperti dalam gambar)..haha..taktau apa motif tapi cincai jela bagi medal ikut turutan kelahiran..kahkah..
lepas tu beli paper crown tu..lepas tu beli sudu+paper plate habuan bubuh kek..hehe

Selepas makan-makan lepastu bersilih ganti solat dan anak nak ke toilet la bertukar diapers la, blablabla lajakla ke Maghrib.
Lepas sembahyang baru la kita buat aktiviti asing-asing..
Ibu as usual tak koser nak melayan area mainan..Biar papa dengan besday girl juga kakak sulung..Ibu dengan si kecik pi window shopping! hahaha..


Hilang dah shawl kakak! haha




Hope you have much enjoy Jannah! Ibu, papa, kakak dan adik sayang awak sangat-sangat.
Lillahhita'ala..
Membesar menjadi anak yang solehah ye anak!

Ibu sanggup buat apa saje untuk anak-anak ibu..insyaAllah ;)

Thursday, February 23, 2017

Naik ITIK Taman Tasik Taiping

Assalamualaikum..

Aktiviti hari minggu yang lepas
19.2.2017

Memula bawak anak3 pergi makan kfc (standard la bebudak suka kfc)
Dapat voucher kfc sempena birthday (birthday celebration by office) RM30.
Jadi, moh le kita.

Pergi kfc Simpang. sebab lepas tu plan nak ke Longwan cari pampers bebudak Jannah dan Khayra.
Settle beli terus ke taiping..

Semangat beno husband nak kayuh-kayuh itik tu.
Walopun hujan renyai-renyai.

Sampai parking, dia turun dulu survey harga.
Kerisauan kalau-kalau mahal.. tak berbaloi la kan
Rupanya RM21.20 per ride. (inc gst)
Maknanya sekor itik tu boleh muat 4pax dewasa.
Kami ni 2dewasa. 2 kanak-kanak. Khayra mungkin kategori baby..hehe
Boleh muat elok-elok la.

Aturannya:
Husband + Jannah
Qisya + Me.
Khayra duduk between me n Qisya.

Enjoy la.
Anak2 pun kemain sukanya.
Qisya agak cuak. tambah-tambah bila stop kayuh.
Riso tenggelam katenye.
Jannah more cool.
Takde nak panik-panik mintak dipegang ke apa.
Cuma dia taknak kalau menghala ke air pancut.
Takmoh basah agaknya.
Khayra? dia chill je.. siap terbaring minum susu.
Jaket pelampung tu pun dia mintak bukakan..
Yela..too big for her..kerimasan la..






dia bising kalau ibu stop kayuh..haha


chill ja dia bukak jaket n baring-baring minum susu

cinta hati pertama yang selalu rasa macam ibu tak sayang dia dah



On the way balik tu.. Qisya cakap "Qisya seronokla naik itik tu..tak pernah naik pun"

Bukan awak sorang nak.. mak ayah awak pun first time tu..hahaha

Len kali kita buat lagi aktiviti keluarga ok.
Biar tak mahal, tapi memorable.

Alhamdulillah.

Monday, November 14, 2016

syukur 2

Assalamualaikum..

Entry syukur lagi..

Saya bersyukur ada suami yang baik.
Yang sangat memahami.
Yang selalu mengalah.
Yang tak cerewet.
Yang sayang dan pandai menjaga anak-anak.
Yang selalu ingat tanggungjawab dia.

Dia suami yang dah cukup terbaik buat saya.
Could not ask more.
Sebab diri sendiri pun tak sempurna.

Alhamdulillah.
Thank you Allah.

He is right in front of me now.
Dating sat 😉

Sungguh dia tak sempurna.
Tapi dia terbaik buat saya.
Cia cia cia.

P/s: tak penah nak berjiwang dengan dia pun..haha
P/s: tulis-tulis macam ni membuatkan kita lebih bersyukur dengan apa yang ada.

Alhamdulillah.

Thursday, September 8, 2016

Syukur ~ 1

* entri ini adalah untuk motivasi diri agar sentiasa bersyukur dengan limpah kurnia-Nya *

Assalamualaikum..

Ya, setiap orang wajib bersyukur.
Supaya datangnya nikmat hidup dan sekaligus keredhaan.
Ketenangan dan kebahagian insyaAllah akan menyusul.
Itu yang kita nak!

Untuk entry #syukur yang pertama ni..saya nak titipkan yang saya bersyukur berpeluang menjadi seorang ibu!
Syukur ya Allah atas kesempatan ini.

Ada tiga anak perempuan yang comel-comel (yang penting comel di mata ibu), tak pernah saya sangka.
Tipu kalau dalam angan-angan tak pernah fikirkan yang diri ini nak anak kan?

Masa baru kahwin dulu saya risauuu sangat kalau Allah uji dengan kelewatan dapat zuriat.
Rasanya mana-mana pasangan pun akan rasa yang sama.
Tapi dalam kes saya..saya yang terlebih stress.
Husband chill je.
Tak pernah aim or borak-borak pasal nak anak berapa or bila,
Tak pernah usik-usik tanya pasal berbadan dua,
Dia sempoi je.
Alhamdulillah.
Ok, itu mungkin untuk next entry syukur saya.
hehe.

Tapi, begitulah..
Rasanya semua ibu pun memang sangat gembira bila dah jadi ibu.
Penat letih tak cukup rehat semua tu tolak tepi.
Di sini kita ceritakan betapa kita patut bersyukur.
ye Ya Allah, hambamu ini sangat bersyukur.
Tak terungkap perasaan gembira itu.
Perasaan seronok yang tiada batasan.
Hanya Engkau yang mengerti.
Alhamdulillah

Engkau periharalah zuriat-zuriat atas kurniaanMu ini ya Allah..
Lindungi mereka dari sebarang ancaman dan anasir yang tidak baik.
Hanya padaMu aku berserah ya Allah.
Hanya Engkau yang mengerti.


Tuesday, July 12, 2016

kereta idaman

Assalamualaikum..

entry baru.
walau update dalam syawal..takde plak nak citer pasal raya..hahaha
dasar M!

tetiba teringat nak abadikan pasal kereta.
jarang rasanya saya nak aim kereta.
cuma sekarang beranak tiga ni..rasa nak kereta besau.
eceh!

ada dua kereta yang sedang diangaukan.
vellfire untuk kereta keluarga (impian suami)
HRV untuk kereta saya!
hahaha
sangat la verangan kan?

takpela..kita doa selalu k.
doa dan terus doa moga Allah perkenan dan makbulkan..
ameeennn ya Rab!

idaman suami - vellfire!luas dan selesa gitu!
the interior! ;)

mine! ya Allah..makbulkan lah impian ku ya Allah!! ;)

Monday, March 7, 2016

Anak dah tiga 😊

Assalamualaikum..

Lama tak update..
Tapi pasang niat nak update gak sikit pasal diri ini..ecewahh..

Saya baru melahirkan anak ketiga saya..
Another princess..
Alhamdulillah..

Dan inilah saje rezeki anak untuk saya..
Maksudnya 3orang ni sahajalah anak yg saya ada kat dunia ni..
InsyaAllah..

Sebab apa?sebabnya saya dah pun buat proses 'ikat' setelah 3x menjalani pembedahan melahirkan anak (caesarean)

Atas nasihat doktor..
Walaupun mulanya hati ni macam berkeras mahukan peluang untuk sekali lagi..
Teringin sangat anak lelaki kononnya..
Eh..tapi takdela plak sampai menidakkan anak perempuan k..
Biasalah..dah ada anak perempuan mesti teringin anak lelaki jugak..
Buat teman suami ke masjid..
Buat imam masa sembahyang jenazah kita nanti..
Tapi dah takde tu..moga-moga dapat la merasa menantu yg baik-baik..yg boleh buat semua tu..hehe..insyaAllah..
Amin ya rabb..
Allah knows the best!

Ok..back to the story on my 3rd and last princess..
Namanya Nurul Khayra Safiyyah..
Kali ni 100% saya yg pilih namanya
InsyaAllah maksud yg baik-baik dan begitulah harapnya perangai dan kehidupan dia nanti..
Cahaya Kebaikan yg Suci dan Murni..
InsyaAllah

Lahir pada 21.1.2016 hari Khamis di usia kandungan 37w2d
Di Hospital Taiping pada jam 5.45petang

Lama saya kena puasa..dari jam2pagi tu sampaila 12malam berikutnya 😅
Dahaga jangan cakap la..dah la bila dah dibenarkan minum pun bukanlah boleh makan dan minum dengan banyak pun..
Hanya dapat minum sikit demi sikit je..guna straw..
Mujur ada nurse rajin melayan..
Banyak pahala nurse-nurse ni kan..bekerja sambil peroleh pahala..

Ok..nak cerita apa lagi pun taktau..
Okla..nantila sambung kemudian-kemudian k..
InsyaAllah teringin nak story on pregnancy journey sampaila proses kelahiran..
Untuk disimpan sebagai kenang-kenangan nanti

Rasa tak best entry tak tepek gambo..
Kita up satu gambar puteri ketiga lah k

Thank you Allah

Wednesday, December 23, 2015

3rd Pregnancy

Assalamualaikum wbt.

Lamanya tak taip...haishhh
Rindu nak taip..rindu nak bw..
Tapi memacam kekangan plak sekarang..

Sekarang ni kat Ofis pun kebizian melampau je..
busy perkara sendiri takpe jugak..ni busy helping others tasks..
Bukan mengungkit..tapi busy la nak habaq..
ececehhhh

Padahal macam tak logik..
Duk kata sekarang makin busy tapi sekarang plak la bulih taip entry..
Muahahahaha

Sebenarnya..MENGANTUKkkkkkk
Dari duk tersengguk-sengguk..baikla buat entry
Password pun hampir-hampir lupa tadi..
Kehkehkeh..

Ohye..Berkenaan tajuk..
YES..IM CARRYING ANOTHER BABY NOW..
and maybe the last baby would be laaaa..huhuhu
Almaklum..czer kan..
macam sedih..harap Allah izinkan for another baby..
Sebab  saya sangat mengharapkan baby boy..
kali ni pun nampaknya gegirl..
Bukan nak kata girl tak best ke apa..
Cuma teringin satu anak lelaki yang boleh mengimamkan sembahyang jenazah kita nanti..
Teringin nak bagi kawan ke surau untuk suami..
Allahuakbar..hanya mak-mak je faham perasaan tu..


tapi apa-apa pun saya bersyukur sangat Allah bagi gak peluang mengandung dan menjadi ibu..
Alhamdulillah..

Tq Allah!!!

Thursday, July 23, 2015

Produk Seqy Beauty

Bismillah..


Update kali ni berkisarkan PRODUK SEQY BEAUTY.
Pasal saya adalah agent / ejen untuk PRODUK SEQY BEAUTY.
Pasal saya juga pengguna PRODUK SEQY BEAUTY.
Pasal saya gerenti pengguna lain jugak cintakan PRODUK SEQY BEAUTY.


sekian.



hehehe..


Sebenarnya dah agak lama (dalam 2bulan) saya start menjual PRODUK SEQY BEAUTY ni.
Tapi baru hari ni mai feel nak update kat blog.. Hope pasni will update more frequent here.
Kat IG dan FB dah beberapa kali promote dah.
Syukur ada permintaan.

Yela... Kan dah kata PRODUK SEQY BEAUTY produk yang best.

Ok la, apa yang ada dalam PRODUK SEQY BEAUTY ni?

The first product that they produced is BBCREAM. Sumpah, produk ni sangat best!
This is from my honest view because I am 1 of the satisfied user!
Disebabkan BBCREAM ni la saya beranikan diri mendaftar sebagai ejen.
Alhamdulillah.
3 warna BBC. fair, natural, brown..
saya pakai natural!!

then ada apa lagi dalam PRODUK SEQY BEAUTY ni?

saya promote yang best je dulu..hahaha
sebenar semua pun best.. tapi ikut kekerapan saya pakai..saya pilih MASK jadi no. 2

nah..siap harga dan fungsi lagi..
mabeles mask ever!!
boleh pakai sambil gerak muka..tu point paling best!

then ada SET SKINCARE jugak..
yang terdiri daripada CLEANSER, TONER, SERUM dan DAY&NIGHT CREAM.
sangat la best!


oh ya.,CLEANSER tu ada dijual dalam bentuk loose pack..
jual dia je..
toner, cream and serum belum ada jual asing.

ok la..nanti-nanti saya brief each and every one PRODUK SEQY BEAUTY ni tau..
nak pi makan dulu..
tatatatatatata
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Labels

:: sharing is caring :: (188) ~ hoBi aku ~ (6) ~ wedding ~ (1) ♥my new journey♥ (155) 1-6bulan (3) aiskrim (1) aktiviti laki bini (30) aktiviti sekeluarga (2) along n ilham (12) anak (37) aqiqah (4) artis (3) atuk (1) audit team yg best (3) baby (6) baby carrier (1) baju raya (2) bandung (3) bbcreamsqb (1) berangans (1) birthday (6) bisnesadikberadik (2) budak (5) business is business (17) carrier (1) cleansersqb (1) comel (3) contest (1) crochet (7) crosstich (1) cuti-cuti (14) dapur elektrik (1) dinner (1) DIY (2) doa (2) dryer machine (1) electrolux (2) emo xtentu pasal (#_#) (20) encik suami (11) ho (1) how i wish i can get this ^_^ (9) ibu-anak (5) impian (4) ISLAM agamaku. (14) jahit menjahit (5) Jai's family vacation (1) jaikitofamily (2) jaikitoteam (2) just for FUN (19) kawan (1) kayuh itik (1) kediaman (1) kelakar (2) keluargaFAIZAL (26) keluargaku (52) kenduri kendara (12) kereta idaman (1) kerja (2) kesihatan anak (6) Lazada (1) lebiu anak-anak (3) lelong (1) lenovo (1) makan (16) mamayangbuat (2) manik (6) masak (9) masksqb (1) me (6) melaka (2) membebel (3) merepek meraban ;) (80) mimpi (2) muka (2) niece (1) nile (1) nuffnang (5) nurulJANNAHalisya (12) nurulKHAYRAsafiyyah (1) nurulQISYAdamia (67) online (2) opah (1) opishh (3) padang besar (3) parenthood (24) pelik (1) pengalaman (1) peraduan (2) photoshoot (3) pregnancy journey (14) ralat (3) ramadhan (1) raya (4) recommended! (2) resepi (2) resepi mereka (3) rezeki (1) risau (2) rumah (2) sakit (3) samsung (1) saya jual (1) semangat (3) seqybeauty (1) sesaje (80) shopping (21) SimaFairulWedding (2) skincaresqb (1) sqb (1) Stroller (1) susu (1) sweet cherry (1) syukur (25) tak suke. (4) taman tasik taiping (1) teka teki (1) teladan dan pedoman (32) teratakfaizalhasidah (2) teratakFS (1) teringin (1) theNuruls (5) tidur (2) TIPS (4) TOUCHing (4) tragedi (6) tudung (16) tutorial (1) tutorial handphone (1) tutorial printscreen (1) twins stroller (1) VCOA (4) wahai hati (1) wishes (3) zalora (2)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...