Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

i apprEciatE u!!! ;)

Tuesday, October 4, 2011

Bandung ~ 22/01/2011-26/01/2011 (part 1)


Warning!!-cerita panjang..sila skip sekiranya tak berminat

trip dah lama..baru nak update sebab kan ke saya baru je cilok gambar dari fb mama..hehe

ini adalah family trip (bukan semua ahli keluarga Alwi+Badariah yang pergi pun, tapi semua anak-anak perempuan mak ayah jek..anak lelaki; amcik n abang on tak ikut).
trip yang langsung tidak diplan..yang arrange hanya umi (sebab dia memang nak bawak mak ayah pi bercuti, termasuk mertua dia..last minute, mertua tak jadi ikut..so kami yang perempuanss bergedik ikut)
saya masa tu langsung tak bersedia mental n fizikal, rohani dan jasmani, zahir dan batin...sebabnya baru je lagi joint company baru, pastu nak berangan cuti lelama, pastu plak ekonomi tak stabil lagi masa tu, dengan baru je lepas bertunang dan bulan June plak nak kahwin...harussslaaa saya pikir panjang kannn..tapi at last pergi jugak T__T dan tak nyesal pun pergi.. (gila kau nak nyesal..bercuti bersama keluarga tuuu..hehe)

ok, sebelum ni saya ada buat satu entry pasal passport, itu sebab nak ke Bandung nilaa

umi sponsor banyak gak..kitorg hanye perlu bayar duit hotel je kot..saya duk sekali mama n ashu, umi and family nye satu bilik juge opah n atuk (our mum and dad) duk dekat ngan bilik umi. Dorang satu floor..kitorang yang anak dara (masa tu I belom kawen kay..hehe) duk sebilik di tingkat 19..[yeke 19?tak sure la plak] tapi bilik kitorang best sebab dia macam ala apartment.. lengkap berdapur, sofa best dan ada 2bilik tau..tapi haruslah kitorang pakat kongsi katil kat bilik yang besar tu..takde sape berani nak tido sorang sorang kat blik satu lagi tuuu..tambah plak masa otw naik ke bilik kitorang, masa dalam lift kitorang rasa meremang semacam.. dan masa dalam flight plak mulut saya tercaboi sket..slumber je cakap “eh, takot gak kan..kang jumpe sundel bolong“ pastu nyesal tak sudah sebab memasing meremang bulu roma..biasa mulut saya baik je tak caboi..entahla masa tu kenapa *tiba-tiba nak berlagak baik selama ni..haha*…dalam flight saya duk ngan mama..umi sederet ngan family dia juga mak ayah, ashu je sesat duk sorang-sorang..hehe. tempat saya dan mama adalah best sebab seat last sekali dekat ngan sayap dan dekat ngan cowok-cowok dan cewek ganteng (stewardess n steward Indonesian)..lawa ok pramugari masa pergi tu..masa balik kureng skett

flight kitorang hari sabtu, pukul 7pm kot (maafkan saya yang banyak makan semut ini)..tapi disebabkan kitorang bakal bergerak menggunakan pengangkutan awam (komuter dan shuttle bus) so awal-awal lagi kitorang dah gerak dah..dalam pukul 11-12 tengahari gakla kot kitorang dah bergerak ke komuter Batu Caves dan menuju ke KL Sentral then naik shuttle bus ke LCCT (tambang ke LCCT tak termasuk pakej rupanya..bape belas ringgit entah sorang)..then sampai LCCT ngam-ngam gakla sempat solat then tunggu nak check in flight.

Lupe plak, memandangkan saya sorang jek dari jauh; Penang, malam lepas balik kerja jumaat tu dah gerak ke KL naik bas..6jam jugakla perjalanan..penat wooo..lagi plak saya demam masa tu..spoil betul nak berholiday tapi tak sehat..saya dah apply cuti dari 24-26/1 sebab trip kitorang tu dari 22/1/2011-26/1/2011

Ok sambung balik, perjalanan mengambil masa lebih kurang 45minit (correct me if I’m wrong mama)..masa pergi excited terlebih kan..enjoy gilak ngan all the sceneries..tengok awan la..tengok bumi yang dah jauh dari kita tuu (ye, saya jakun sebab 1st time naik flight..hehe)..masa Indon adalah sejam awal dari kita..then carik paksupir..tengah umi n abah arrange teksi boleh plak saya ngan ashu kalut pi carik no. indon (prepaid)..hehe..senang nak update encik tunang..hehe

Then kami menuju ke hotel..kami menginap di hotel Aston Braga & Residence..malam tu lapar kami pun decide nak keluar jalan-jalan kaki sekitar hotel cari restoran biasa..tapi amatlah susah okhey..banyak pub dan kedai cina jek..riasau gak kalo non halal kan..sedangkan kedai yang nampak macam ok pun belum tentu halal..kitorang pergi singgah kat satu kedai ni..tapi sangat tak menarik laaa..isk! susah nak describe..then balik hotel kababoommm..TIDOOOO..saya lagila flat..almaklum..demam  (-__-“)

Esoknya kitorang dibawa ke Tangkuban Parahu..best la gak..sejuk tempatnya..ohye, Bandung memang agak dingin cuacanya dari Malaysia..kat sini ada gunung berapi yang dah tak aktif..cantikla pemandangan..yang tak bestnya orang-orang yang meniaga di situ akan kejar kita demi menjual barangan (saguhati) dorang tu..RIMAS hokeyyy..lagipun menurut kata paksupir, barang kat situ jauh lebih mahal dari tempat lain…so kami pun boo layan jela..okla..enjoy da pict jela kay..SELAMATTTT

subhanallah..
cantikkan?

gambar atas: menuju ke arah kapel :p (mak ayah kat atas tuu)
gambar bawah: Aliff penyibuk

atas: umi, ilham, me, mama
bawah: umi, ashu, me

beramai-ramai

tengok jela sendirik..hehe 
layannn..haha

pun xtau nak letak caption..kehkehkeh

Taman Wisata Alam
Tangkuban Parahu ;)

ok, lepas tu paksupir bawak kitorang turun bawah sket dari kawasan ni, dorang naik kuda plak..gambar naik kuda tu nanti saya upload lain k..then pi strawberry farm (yogurt eskrem dia YUMMYYYY)..eh-eh sebelum tu singgah kat kedai gift..sambil paksupir cerita asal usul nama Tangkuban Parahu itu, ada antara kitorang masuk toilet awam situ..sangat bersih ok dan air super sejukkk..isk..BEST!!

nanti sambung lagik

1 comment:

Unknown said...

nens igt sheda g oneymoon bandung td..hehe
boleh pergi lagi tu ngn hubby nnt...

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Labels

:: sharing is caring :: (188) ~ hoBi aku ~ (6) ~ wedding ~ (1) ♥my new journey♥ (155) 1-6bulan (3) aiskrim (1) aktiviti laki bini (30) aktiviti sekeluarga (2) along n ilham (12) anak (37) aqiqah (4) artis (3) atuk (1) audit team yg best (3) baby (6) baby carrier (1) baju raya (2) bandung (3) bbcreamsqb (1) berangans (1) birthday (6) bisnesadikberadik (2) budak (5) business is business (17) carrier (1) cleansersqb (1) comel (3) contest (1) crochet (7) crosstich (1) cuti-cuti (14) dapur elektrik (1) dinner (1) DIY (2) doa (2) dryer machine (1) electrolux (2) emo xtentu pasal (#_#) (20) encik suami (11) ho (1) how i wish i can get this ^_^ (9) ibu-anak (5) impian (4) ISLAM agamaku. (14) jahit menjahit (5) Jai's family vacation (1) jaikitofamily (2) jaikitoteam (2) just for FUN (19) kawan (1) kayuh itik (1) kediaman (1) kelakar (2) keluargaFAIZAL (26) keluargaku (52) kenduri kendara (12) kereta idaman (1) kerja (2) kesihatan anak (6) Lazada (1) lebiu anak-anak (3) lelong (1) lenovo (1) makan (16) mamayangbuat (2) manik (6) masak (9) masksqb (1) me (6) melaka (2) membebel (3) merepek meraban ;) (80) mimpi (2) muka (2) niece (1) nile (1) nuffnang (5) nurulJANNAHalisya (12) nurulKHAYRAsafiyyah (1) nurulQISYAdamia (67) online (2) opah (1) opishh (3) padang besar (3) parenthood (24) pelik (1) pengalaman (1) peraduan (2) photoshoot (3) pregnancy journey (14) ralat (3) ramadhan (1) raya (4) recommended! (2) resepi (2) resepi mereka (3) rezeki (1) risau (2) rumah (2) sakit (3) samsung (1) saya jual (1) semangat (3) seqybeauty (1) sesaje (80) shopping (21) SimaFairulWedding (2) skincaresqb (1) sqb (1) Stroller (1) susu (1) sweet cherry (1) syukur (25) tak suke. (4) taman tasik taiping (1) teka teki (1) teladan dan pedoman (32) teratakfaizalhasidah (2) teratakFS (1) teringin (1) theNuruls (5) tidur (2) TIPS (4) TOUCHing (4) tragedi (6) tudung (16) tutorial (1) tutorial handphone (1) tutorial printscreen (1) twins stroller (1) VCOA (4) wahai hati (1) wishes (3) zalora (2)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...