Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

i apprEciatE u!!! ;)

Showing posts with label theNuruls. Show all posts
Showing posts with label theNuruls. Show all posts

Monday, March 20, 2017

An Early Mini Birthday Celebration to Jannah!

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ok, nak cerita pasal past few weeks..
06.3.2017 maka anakanda kedua saya; Nurul Jannah Alisya telahpun rasmi berumur 3tahun.
Bila dah umur 3tahun dan ada kakak yang dah pandai mengajar erti kek birthday dan celebration,(from their own way) makanya ibu dan papa harus bersiap sedia serba sedikit agar dapat memenuhi sedikit sebanyak impian si kecil.hehe

dia tak mintak banyak.
dengar lagu happy birthday pun dah sengih-sengih.

Makanya, cut it short, 05.03.2017 kami pun buat la sambutan kecik untuk birthday 2nd princess kami. (read:kami=ibu+papa)
Memula keluar rumah (kg) memang dorang dah tau nak celebrate sikit.
Otomatik kek wajib ada.
So, memula pergi Tesco.
Motif utama nak ushar susu bebudak ni.
Saya turun sorang je.. Papa dorang temankan dorang dalam kereta sebab memasing melena.
Dengan kuasa super power mak ni dapatla saya beli terus kek (candy cake choclate) dari kedai kek Kings kat floor atas bangunan Tesco tu. RM38.
birthday girl bersama kek

Terus kami bergerak ke Aeon (my kids's favorite place)
Motif utama nak pi potong-potong kek dekat food court je uolss..haha

ok, enjoy pictures!











hehe..comel birthday girl comot-comot.
Ingatkan dapat lah bawak balik 2-3 slice kek tu habuan opah & atuknya..rupanya abes bebudak ni makan..haha,,kid with cake ~ what else to expect kan??

Ohye, memandangkan nak celeb pun cincai-cincai je and no specific birthday gift pun except LOTS OF LOVE so marilah kita berbelanja sedikit untuk props bagi menghidupkan suasana sambutan-harijadi-paling-best-untuk-anak! hahha..ke Daiso lah kita!
Birthday girl dapat cekak kepala bertopi kaler purple macam dalam gambar kat atas ni, pastu si kakak pun sibuk nak crown tapi berjaya dipujuk sebab besday adik makanya dia mahukan medal (seperti dalam gambar)..haha..taktau apa motif tapi cincai jela bagi medal ikut turutan kelahiran..kahkah..
lepas tu beli paper crown tu..lepas tu beli sudu+paper plate habuan bubuh kek..hehe

Selepas makan-makan lepastu bersilih ganti solat dan anak nak ke toilet la bertukar diapers la, blablabla lajakla ke Maghrib.
Lepas sembahyang baru la kita buat aktiviti asing-asing..
Ibu as usual tak koser nak melayan area mainan..Biar papa dengan besday girl juga kakak sulung..Ibu dengan si kecik pi window shopping! hahaha..


Hilang dah shawl kakak! haha




Hope you have much enjoy Jannah! Ibu, papa, kakak dan adik sayang awak sangat-sangat.
Lillahhita'ala..
Membesar menjadi anak yang solehah ye anak!

Ibu sanggup buat apa saje untuk anak-anak ibu..insyaAllah ;)

Monday, March 7, 2016

Anak dah tiga 😊

Assalamualaikum..

Lama tak update..
Tapi pasang niat nak update gak sikit pasal diri ini..ecewahh..

Saya baru melahirkan anak ketiga saya..
Another princess..
Alhamdulillah..

Dan inilah saje rezeki anak untuk saya..
Maksudnya 3orang ni sahajalah anak yg saya ada kat dunia ni..
InsyaAllah..

Sebab apa?sebabnya saya dah pun buat proses 'ikat' setelah 3x menjalani pembedahan melahirkan anak (caesarean)

Atas nasihat doktor..
Walaupun mulanya hati ni macam berkeras mahukan peluang untuk sekali lagi..
Teringin sangat anak lelaki kononnya..
Eh..tapi takdela plak sampai menidakkan anak perempuan k..
Biasalah..dah ada anak perempuan mesti teringin anak lelaki jugak..
Buat teman suami ke masjid..
Buat imam masa sembahyang jenazah kita nanti..
Tapi dah takde tu..moga-moga dapat la merasa menantu yg baik-baik..yg boleh buat semua tu..hehe..insyaAllah..
Amin ya rabb..
Allah knows the best!

Ok..back to the story on my 3rd and last princess..
Namanya Nurul Khayra Safiyyah..
Kali ni 100% saya yg pilih namanya
InsyaAllah maksud yg baik-baik dan begitulah harapnya perangai dan kehidupan dia nanti..
Cahaya Kebaikan yg Suci dan Murni..
InsyaAllah

Lahir pada 21.1.2016 hari Khamis di usia kandungan 37w2d
Di Hospital Taiping pada jam 5.45petang

Lama saya kena puasa..dari jam2pagi tu sampaila 12malam berikutnya 😅
Dahaga jangan cakap la..dah la bila dah dibenarkan minum pun bukanlah boleh makan dan minum dengan banyak pun..
Hanya dapat minum sikit demi sikit je..guna straw..
Mujur ada nurse rajin melayan..
Banyak pahala nurse-nurse ni kan..bekerja sambil peroleh pahala..

Ok..nak cerita apa lagi pun taktau..
Okla..nantila sambung kemudian-kemudian k..
InsyaAllah teringin nak story on pregnancy journey sampaila proses kelahiran..
Untuk disimpan sebagai kenang-kenangan nanti

Rasa tak best entry tak tepek gambo..
Kita up satu gambar puteri ketiga lah k

Thank you Allah

Tuesday, February 24, 2015

anak-anak dah rasminya bertambah umur

Assalam...

Semalam (semalam k, not today) ; 23.02 2015 adalah bersamaan dengan 4jamadilawal1436h..
Both of my childs are officially 3yo and 1yo.. yeah, they are coincidentally have the same birthday in hijrah's calendar (islam's month)..
Ikut tahun masihi lain lah tarikhnya..kakak 27mac adik 6mac..

And being me, will usually forgot the date when it is comes.. memang ingat, ok 23.2 adalah 4j/awal adalah besday anak-anak and aku harus loudly told them with warm wishes.. but still, the day will pass without my notice the date it is. Muahaha.

I just realized it today; 24.02.15. Yennadeyyyy!
Podah wakawalik..ngeh ngeh

Ibu minta maaf ye anak-anak.
Bukan niat sengaja melupakan.. hanye terlebih makan semut..hahah
Walhalnye macamla anak ko nak sedih berduka cita yang ibu dorang takde bagi wish..hahah

Okla..doa ibu moga anak-anak ibu menjadi anak solehah..taat kepada Allah yang satu dan hormat semua orang, berjaya di dunia dan akhirat serta memperoleh keberkatan dan kejayaan yang hakiki.. amin ya rabb..

Mereka pagi tadi.. si kakak demam, malam sebelum dia siap muntah dan badan panas giler kot..so papa take over today bawak p klinik semua..yes, my husband was cool liddat.. memang dia suka tugas jaga anak.. dua2 pun dia tak hantar rumah bs..
Saye? Haruslah kerjaaaa... iols annual leave ciput je compared to him..so sad..
But still..tqvm hubby..really appreciated it!

Wednesday, September 24, 2014

baby carrier

hellossss

kabare? waras?

blog ni sangatla sendu kan?nasiblaaaaa

ini pun terpanggil nak buat entry baru sebab hari tu guide panjang lebar kat adik saye pasal carrier ni..
dia merupakan mom-to-be..so zero knowledge..
even saya yang anak dah dua pun tak berapa reti..
inikan pulak dia..

kadang tu kita tau basic..tapi belum praktik..so memang tak peduli segala option..
tak heran pun segala macam jenis stroller contohnya..
masa belum kawen dan ada anak..saya pun pelik kenapa orang sanggup beli yang memahal sedangkan yag puluh-puluh ringgit pun ada..
so bila dah ada pengalaman tu reti la jugak..
cuma mungkin still tak beli pun stroller riban-riban tu sebab ikut kemampuan
there is always an options..if u cant afford to buy the expensive one..try the other options which suits u best..
so in my conditions, i will always go for the most valuable for my money..
mostly yang cheap-cheap one laaa..hakhak
very the cheapskate..muahaha


ok..pertamanya saya ni dah penah beli carrier masa anak sulung dulu..
brand baby love kalau tak silap..
harga dalam rm80 macam tu..
tapi kan..masa tu beli pegang2 macam lembut je material so terus rembat..
tanpa fikir sedap ke nak menggalas baby nanti kan..


walopun carrier ni boleh buat baby pandang depan la segala la..tetap tak diguna selalu pun..

so end up..memang pakai kejap-kejap tu ok la..
pakai lama memang datang segala lenguh..
bahu lengan semua laaa
sebab carrier tu jenis even dah carry pun still kita kena pegang badan baby..
sebab dia macam goyang-goyang
baby tak stabil..
so agak leceh sebab konon carrier memudahkan..
padahal tangan still nak kena pegang baby jugak macam no point plak rasa..

tapi nak tegaskan di sini..
carrier memang tak elok nak pakai lama-lama kot..
kesian kat baby..
bagi saya la kan..sebab kalau kita pun rimas duk terkurung melekat kat badan orang lama-lama
itu pendapat saya la..
so tak payah nak condemn la ye..
sekian..
ngeh ngeh

then berbalik pada main story *pasal carrier*
untuk second baby saya macam dah tercari-cari carrier baru
dalam masa sama terasa macam membazir plak pakai baru padahal yang lama ada je tak terjejas.
google punya google dapat la segala testimoni carrier itu carrier ini..
sekali lagi saya tegaskan..
bab bendalah baby ni SEMUA IBUBAPA MAHUKAN TERBAIK untuk anak mereka.
so orang luar tak payah condemn sesuka hati.
jangan riak kalau kau mampu pakaikan anak kau branded stuff..
jangan perleceh orang tak mampu..
as long as they didnt owe u money..hahaha

saya dapat kesimpulan elok cari carrier ada support kat pinggang..
so start cari yang affordable plak..
teringin brand ergo..
tapi kan..idakle teman mampu..
so try cari alternatif lain..sebab ergo banyak jugak yang diciplak..means fake ergo la kan..
so saya try plak tengok apa beza ori tak ori ni..
lastly saya rasa macam ok je pakai fake..sebab fake pun harga rm100++ gak kan..
pastu ada gak terfikir nak "alter" sket carrier lama..
add on macam something yang boleh support pinggang sebab itu je yang kurang kot kat carrier lama..
ada support pinggang means baby tak goyang-goyang dah..
walopun kaki dorang tak dalam kedudukan "m"

tapi teruskan pencarian online..
which site ada jual fake ergo dengan harga paling menawan hati..hiks
cari punya cari *cari online saje* lastly saya jumpa la satu website yang jual carrier ada ciri-ciri idaman..
lagi berbunga hati sebab MURAH GILA..haha

tengok review buyer sebelum macam ok.
terus tak fikir panjang beli je
pejam mata click "buy"
pastu taknak letak harapan tinggi sebab produk adalah dari China.sekian.

reason nak beli baru gak pun sebab kitorang ada plan nak pergi bercuti ke Sabah seminggu *waktu entri ni ditulis kami dah balik pun*
pastu dah terfikir dah mesti letih-letih pastu nak dukung plak Jannah akan bertambah meletihkan..
so sebab tu main beli je carrier murah RM42.50 tu..haha

so lepas 2minggu dapat produk tu.
dan hati sangat bunga bunga cinta sebab sangat la puas hati..
harga murah
badan tak sakit
baby selesa..siap masa first try to saya siap boleh breastfeed sambil carry..wahhh kau!

saje buat entry ni sebab mana tau ada orang duk google alternatif pasal carrier ke..
kot-kot dorang pun cari nak yang murah dan best ke kan..
hihi

oh ye..saya beli carrier tersebut do Qoo10
Alhamdulillah..
i am a satisfied customer.

ok la kan?hehe

masa kat KLIA2 balik dari Sabah hari tu

ok la kan? sambil carry Jannah saya boleh tolak stroller Qisya dan carry backpack plak..
husband bawak beg baju besau-besau..hihi

oh ye..saya tau ada community/group baby carrier ni..
please do not condemn I okhey?
iols sayang anak iols..
hehe

Alhamdulillah.
Allah knows the best.

Wednesday, July 30, 2014

the NURULs

eceh..nak jugak guna "the" "the"
nak tiru kak pilla lettew! muahaha

Nurul-Nurul hamba..hihi

ok, lets start with the eldest Nurul --> Nurul Qisya Damia
hashtag #NurulQisyaDamia yang ibu salu guna ;)
cer try search ;))

mana dapat nama?
nama itu telah diilhamkan sebelum dia lahir ke dunia lagi..
seteleh menge'sort'  segala nama gegirl oleh kami si ibu dan papa, tercetusla nama tersebut.
kalo dia adalah boboi, kemungkinan besar bernama kan Muhammad Darwisy Ilman.
so maksud nama si Qisya ni adalah Cahaya yang Hidup dalam penuh kebaikan dan Kebijaksanaan.
lebih kurang begitulah..
kami mahukan nama yang catchy tapi maksud best.
yela, mak bapak mana nak bagi maksud tak best kan? kecuali la orang dulu-dulu yang rata-rata tak berapa tau pasal maksud-maksud nama ni..
so we chose Qisya.. dua suku kata. senang orang nak panggil..
tapi sekarang tuan badan yang tukar Qisya kepada Kica or Caca..muahaha

Qisya ni sejak lahir memang tembam..
tapi takdela tahap obes mahupun michelin.
badan berketoi..tapi sedang-sedang je
sedap-sedap buat peluk..ihiks!
berat terkini rasanya dalam 14-15kg
duk maintain je rasenye sejak beberapa bulan lepas.
itu dah tahap dia tak berapa makan tu..
kalo dia kuat makan taktaula berapa jarum berat tu pergi..hehe

bagi saya, Qisya ni jenis cepat bercakap juga..
compared to kids yang same age dengan dia la kan..
cakap terus.. pelat sikit-sikit gaya budak jela..
takdela tahap Syawal Ahmad Albab tu..
kita boleh faham ape dia cakap.
dan Alhamdulillah, dia sejenis yang eager to learn..
semua benda tanye ape tu, kenape, blablabla
mungkin sel-sel otaknya berhubung..haha


tapi dia jenis yang lambat panas, kalo untuk orang yang dia tak kenal la..
matured enough,  sebab at first day hantar rumah baby sitter tu ingatkan dia akan keriau stok lembik guling-guling lantai sampai memaksa ibu papa off tak pergi kerja. hehe
good kakak!
ohye, memula dulu kami laki bini plan nak panggil dia 'kakak' bila dia dah dapat adik..
ok, she adapt it. cuma bila family in law saya menggelarkan dia 'kaklong' terus dia stick tu 'kakyom'
tapi still faham la kalo kita panggil kakak..
seronok berborak dengan Qisya ni..
biasalakan..anak sendiri, mestilah kita faham dan seronok..haha

pasal kesihatan, Qisya ni jenis berkulit sensitif.
senang je kulit tu nak berparut.
sebab memang pantang kena ketit dek serangga..mesti jadi merah dan jadi parut akhirnya.
banyak dah parut dia..
anyone tau camne nak remove all the scars?
kesian anak mak tau..anak dara plak tu..hihi
gigi pun tak lawa.
entah kenapa.
padahal kuat minum susu.
or mungkin terlebih minum susu mengakibatkan gigi rongak?
euwwwwwwwwwwww..
dia bukan jenis pemakan.
tapi kalo dia mintak nak makan, sangat rasa bersalah kalo tak dapat tunaikan..ehek.
tapi dia selalu sembelit.
air masak memang a BIG NO.
again, anyone know how to resolve?
pls do email me --> nalsweet@ymail.com



pasal jaga adik.. boleh bagi markah 70% jela.
sebab memang dia tak pernah dengan sengaja pergi pukul adik.
cuma kadang cara main dia perlu diawasi.
sebab dia suka ulang tayang ape kita pernah buat.
contoh: ibu selalu tepuk-tepuk perut adik untuk check kembung ke tidak.
she did it also.
tapi dengan lebih kuat.
tepuk-tepuk dengan kuat then dengar dia cakap "tembong tembong"
(-__-)"
bab hulur soother or ayunkan buai sangat terer.
siap ada lagu lagi keh..
yang patutnya bunyi "lailahailallah" tapi cara dia..
hihi

ok..sebena nak buh video dia duk "lailahailallah" tu..tp malas plak nak godek.

stop dulu la citer pasal Qisya ni..

bukak citer pasal adik plak


ok, adik namanya Nurul Jannah Alisya.
hashtag #NurulJannahAlisya.

Jannah lahir 06.03.2014
juga melalui proses caesarean.
dia lahir dua minggu awal dari tarikh jangkaan.
semuanya disebabkan besor..hehe

Jannah ni ada komplikasi sket.
which is I dont want to take it seriously.
sebab nanti akan sentiasa duk fikir dan sedih-sedih.
Yes! i do care my baby. I do care her health.
thats why I dont want to think that she have health problem.
lagipun, problem tu doctor yang trace.
just on paper.
luaran, dia Alhamdulillah.
sihat walafiat.
tolong doakan kesihatan dia ye..please!
hanya Allah yang mampu balas jasa kalian.

mengandung Jannah was totally different ngan Qisya.
makanya si ibu dah sebulat hati mengatakan anak dikandung adalah boboi..hihi
tapi tak bermakna saya menidakkan dia gegirl tau.
sape kita nk lawan ketentuan Tuhan kan?
so guys, tak payah percaya sangat ngan tekaan orang dengan keadaan perut kita tu.
ada cakap kalo lonjong tu baby boy la..ada kata kalo takde alahan tu boy la..
ceit!

hahahaha

ok, nanti kalau rajin saya buat entry pasal prediction gender ni keh..
kalo rajin la..kalo ok..kalo..
muahaha

pasal nama plak, memang kali ni kitorang tak plan.
sebab kan dah bagitau tadi, memang si ibu sangkakan baby adalah lelaki.
nama lelaki plak memang dah standby dari zaman anak sulung lagi *standby in case if the baby is boy*
means memang duk taram nama Muhammad Darwisy Ilman jela..
or mungkin Syamil.. *tapi papa dia tak suka nama ni*

ada gakla kadang sembang dengan suami cakap kalo girl nak Nurul ape plak kan..
dalam otak ni memang dari dulu berkenan nama Hannah.
maksud pun best.
kenkonon Nurul Hannah Qaisara.
konon nak gak ada Q macam kakak.
tapi tinggal konon jela sebab at last nama Nurul Jannah Alisya yang dipilih tertulis di surat beranak..
hihi

maksud dia adalah Cahaya Syurga di bawah lidungan Allah..
InsyaAllah.
tukar Hannah kepada Jannah sebab Jannah lebih afdhol..hiks!
takdelaa...sebab entah kenapa everytime sebut Hannah mesti tingat Hannah Tan tu..
sebagai ibu, rasa tak tenteram plak.. *fikir macam macam*

berbeza dengan Qisya, Jannah ni lahir tembam ya amat, tapi mengecut kemudiannya..*banyak kali repeat..boringggg*
sekarang tembam semula..hihi
Alhamdulillah..

baju mama beli..frozen..
sedondon

ibu konpius..mana dulu nak kena rescue..muahaha

Jannah ni mudah dijaga compared to Qisya masa kecik.
cumanya kena make sure dia kenyang la..
kalo kenyang senang keje ko...hihi
senang tahap takdela ko kena bangun dua tiga kali upah susu dia.
or mungkin gak ibu dan papa dah semakin terer handle baby..
itu yg senang kacang pis je tu..hihihi.

tapi sekarang dah tak berapa nak sporting.
mungkin perubahan masa kot kan..
dah makin besar..makin banyak akalnya
asek nak kena ada orang main or dukung dia jela..
derrrrrrrrr..
milestone sangat!

okla..otak tepu..
marilah kita ngadap ketupat lemang secara berjemaah..
selamat hari raya korang!






create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Labels

:: sharing is caring :: (188) ~ hoBi aku ~ (6) ~ wedding ~ (1) ♥my new journey♥ (155) 1-6bulan (3) aiskrim (1) aktiviti laki bini (30) aktiviti sekeluarga (2) along n ilham (12) anak (37) aqiqah (4) artis (3) atuk (1) audit team yg best (3) baby (6) baby carrier (1) baju raya (2) bandung (3) bbcreamsqb (1) berangans (1) birthday (6) bisnesadikberadik (2) budak (5) business is business (17) carrier (1) cleansersqb (1) comel (3) contest (1) crochet (7) crosstich (1) cuti-cuti (14) dapur elektrik (1) dinner (1) DIY (2) doa (2) dryer machine (1) electrolux (2) emo xtentu pasal (#_#) (20) encik suami (11) ho (1) how i wish i can get this ^_^ (9) ibu-anak (5) impian (4) ISLAM agamaku. (14) jahit menjahit (5) Jai's family vacation (1) jaikitofamily (2) jaikitoteam (2) just for FUN (19) kawan (1) kayuh itik (1) kediaman (1) kelakar (2) keluargaFAIZAL (26) keluargaku (52) kenduri kendara (12) kereta idaman (1) kerja (2) kesihatan anak (6) Lazada (1) lebiu anak-anak (3) lelong (1) lenovo (1) makan (16) mamayangbuat (2) manik (6) masak (9) masksqb (1) me (6) melaka (2) membebel (3) merepek meraban ;) (80) mimpi (2) muka (2) niece (1) nile (1) nuffnang (5) nurulJANNAHalisya (12) nurulKHAYRAsafiyyah (1) nurulQISYAdamia (67) online (2) opah (1) opishh (3) padang besar (3) parenthood (24) pelik (1) pengalaman (1) peraduan (2) photoshoot (3) pregnancy journey (14) ralat (3) ramadhan (1) raya (4) recommended! (2) resepi (2) resepi mereka (3) rezeki (1) risau (2) rumah (2) sakit (3) samsung (1) saya jual (1) semangat (3) seqybeauty (1) sesaje (80) shopping (21) SimaFairulWedding (2) skincaresqb (1) sqb (1) Stroller (1) susu (1) sweet cherry (1) syukur (25) tak suke. (4) taman tasik taiping (1) teka teki (1) teladan dan pedoman (32) teratakfaizalhasidah (2) teratakFS (1) teringin (1) theNuruls (5) tidur (2) TIPS (4) TOUCHing (4) tragedi (6) tudung (16) tutorial (1) tutorial handphone (1) tutorial printscreen (1) twins stroller (1) VCOA (4) wahai hati (1) wishes (3) zalora (2)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...