i apprEciatE u!!! ;)

Thursday, September 11, 2014

keinginan

Reactions: 
rasanya dah banyak entri pasal list yang saya buat gara-gara duk teringin itu ini...hiew hiew
biasalah kan..keinginan manusia memang takkan pernah habis kot..
tinggal lagi berjaya dapatkan atau tak je..hihi

dalam otak duk fikir dua tiga benda yang duk taram lamaaaaa dah..
teringin katanyaa..hehe

macam..isk!kalaula dapat beli ini..beli itu..
pastu rasa membuak2 nak klik BUY *ops!obviously rajin ushar online shop!* haha

pastu terus rasa macam "isk!mahal sangat kot"
cancel klik..

then kecewa..

pastu selang bape hari..
keep searching for that thing/things again n again.
yes..it is me!

ok now dah decide..
I HAVE TO REWARDS MYSELF FOR THIS!
tengok kawan yang surirumah pun mampu pakai..
ko dah penat kerja takkan takmoh? *setan berbisik..salahkan setan..hihi

tak kisahla lambat ke dah old fashion ke..
I really hope that I will make sure my dreams comes true..

haaa kauuu..benda takde mahal nau pun sampai nak ber-dreams bagai..hihi
yela, memang standard saya tahap shopping pun hanya dia pasaraya Giant atau Tesco atau Econsave dan sewaktu dengannya..
muahaha
haruslah nak beli barang RM hundred-hundred rasa macam berpinar nak pitam *drama!*

ok, lets work hard to get this! :

1) Beg Sofina

why? sebab dia nampak stylo! ecewah bajet diri pun nak stylo gakla..hihi
dia multipurpose and really suits me; who have two kids. everytime nak keluar, beg memang penuh barang anak je..diapers, botol susu, wet tissue, liquid detergent, etc etc.. kuasa dua ok sebab anak kecik ada dua..haishhhh..

so, by having this bag, will completely stylish me! yang selalunya bawak beg murah..
macam kesian sangat. pakej beg berat, usung anak dengan beg dah macam nazak dan tak bape lawa..kesian kan?hihi
i do LOVE my kids, grateful to have all those worthy bags, but still, I WANT THAT SOFINA BAG!

lawa kannnn? besar dan stylish!

i love this yellow colour.
the price is RM169.
hopefully the price will maintain or slightly reduce once I manage to get it..haha
tapi bahayanya adalah sebab dia cepat sold out..
huks!

okla, put an option.. red pun okkk..hihi


2) Jubah Plain Hitam

entah kenapa memang duk aim lama nak dapatkan jubah kaler hitam yang plain..
rasa macam setiap perempuan wajib ada pulak..hihi
mungkin sebab utama adalah TERPENGARUH
sekarang kan dah macam trend plak orang jadikan jubah as a daily outfit..
which is trend yang bagus la sebab pakaian tu menutupi aurat kan..
Alhamdulillah..

saya aim nak jubah hitam dan plain dan cantik dan boleh bagi efek kurus
nak umbrella cut
nak yang murah *ofkos*
hahaha
takmoh lycra

dah jumpa..but still RM100 ke atas adalah mahal bagi saya..wakaka
insyaAllah impian yang ni yang tertunai dulu kot sebab dah deal dengan adik yang jual tu dah
muahaha

lawaaaaaaaaaa kan? kan? kan?
RM110

gambar cilok dari seller --> wardatulbaydhahijab



3) tudung/shawl cotton yang tak payah iron

ok..ni nak banyak..nak macam2 kaler..
nak yang cotton
yang jenis senang bentuk
tak payah iron
boleh buat muka kampung macam saya kelihatan elegan
ada ke?

juga nak tudung square satin

ngade kan?

BYE!

Thursday, September 4, 2014

Dobi Express

Reactions: 
Alkisahnya.. masa kat Kota Kinabalu hari tu baju-baju kami semua lembab basah nak sidai pun payah sebab tak cukup masa.

Ok, intro adalah 0 markah..

Camni, saya 1 family ada pergi bercuti ke Sabah last week. dari 22hb sampaila 27hb Ogos 2014.
So, bermacam aktiviti lah dilakukan.. sebagai seorang berjiwa mak-mak, kain baju anak yang kotor asyikla rasa nak dibasuh. masa duduk sewa kondo Marina kat KK tu adalah nampak kondo tu ada washer machine. So, terus la kami guna. tapi nak jadi cerita rupanye mesin tu agak dah nak rosak kot.. duk godek-godek nak basuh..dia tak sampai ke tahap spin. sampai servis bertukar tangan la..orang ni, orang tu buat semua pun tak jalan..

lastly fade up.. try jemur pun mana nak kering elok. nama lagi duk kondo. pastu plak on trip kan..takkan nak hadap baju je walhal nak melawat tanah negeri orang.

makanya the best solution is----> hantar dobi.
so malam before nak ke Kundasang tu kami meronda cari dobi. dengan harapan sebaik balik dari Kundasang sempatla ambil dari dobi tu.

tapi nan-ado!
terjumpa yang lagi best.
Allah sebaik-baik perancang.
elok dah percaturan dia bagi.
Jumpa dobi express tu (ekceli tak ingat nama dobi tu..hihi)

alaaa..yang jenis self services tu..
buh coins then pepandai setting dari washer hinggalah dryer..
semua di hujung jari..ecewaaahh!!

cilok gambar kawan upload kat fb..hihi

idakle teman ingat akan namanye..
mungkin jugak sama je "CleanPro"

best mesin ni kan?
sampai ke ummi (my sister) begitu taksub nak repeat guna..
hihi

bestla..sebab tak payah tunggu berhari-hari untuk datang pick up.
konsep pun mudah..
takde syiling pun tak payah risau sebab ada mesin tukar coins.
boleh buh bulk quantity terus.
reasonable price.
rasanya masa 1st session tu (mereka repeat pergi a day before we depart from KK) cecah rm11 je kot untuk cuci dan dryer.
baju selambak k.
untuk cuti-cuti, basuh baju cenggitu sangatla memudahkan..
paling penting, baju-baju yang dah dibasuh tapi tak boleh spin tu ada penyudahannya..
Alhamdulillah.

terus semua rasa macam nak berangan ada mesin dryer kat rumah.
ohh encik suami..silalah memahami permintaan getik isterimu ini..
wakaka


so, i 100% recommend all of you to use this quick+efficient service!
dobi express kata nyeee..hihi

Thursday, August 21, 2014

Bila anak tak sihat

Reactions: 
Assalamualaikum wbt..

hari ni 21/8/2014 kames, saya kerja macam biasa. *ewaahhh..mukadimah dah macam tulis diari sendiri baca*
tapi jap, memang blog ni pun tahap sendiri baca jekot..muahahaha

jap lagi 5.15pm sharp saya akan pecut balik..
mandi-mandi..buat final touch untuk persiapan percutian ni, baru boleh pergi jemput anak-anak kat rumah baby sitter..
sebab kalau ambik dorang dulu baru balik rumah alamatnya matlamat kami laki bini untuk segera bergerak/bertolak dari rumah tu tak tercapai la..
penpaham jela..anak-anak kecik kan susah sket..plan nak keluar pukul10pagi, pukul8 dah kena ready segla benda dah..hihi

Qisya adalah tidak sihat..
memula Isnin hari tu dia dah start bersin-bersin selsema.
ingatkan sekejapan jela..rupanya drag until malam tadi (Rabu) siap pakej batuk-batuk lagi..haishhh
dugaan betul sebab esok dah nak ke Sabah..

nak tambah dramatik semalam petang dia terkepit kaki ke pintu plak..
nak sangat main tutup-tutup pintu walaupun dah dilarang..
belah bawah pintu kan ada gap sikit..so terkepitla kaki kecik dia tu sebab duk main tolaktolak pintu acah nak tutup sebab ibu duk luar duk angkut segala pempes yang dibeli dari kereta masuk rumah..
hai la anak..
menangis terus la dia..
ibu dah letak barang pun terus la check tengok keadaan..aiyooo..berdarah keh kaki dia
keliling kuku jari manis berdarah..
tsk. tsk.

Hopefully all going well this trip..
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami..

Monday, August 18, 2014

Raya 2014

Reactions: 
Assalamualaikum wbt..

dah raya ke berapa eh?ok jap cek kalendar..
today is 18 August 2014..so dah 22 Syawal 1435H

tahun ni raya turn rumah saya..
tapi memandangkan kami laki bini takde amek extra cuti..so setakat 2hari cuti am tu jela..
so Rabu berKERJAan la kita..haishhh

patut salu praktis kalau raya pertama rumah saya..raya kedua otomatik rumah hasben..
tapi macam dikatakan tadi..takde amek cuti banyak..
so saya takde balik rumah mertua pun raya kedua..
hasben dan Qisya sajela yang balik sana di hari raya kedua tu..
malas plak nak mengangkut segala kelengkapan setakat duk sat tu..
sebab nya malam raya tu memang saya dah kat sana..dah sempat bermaaf-maafan..

tahun ni kitorang tema kaler biru..
semua pun beli ready made je except untuk Jannah..custom made dress by me..*ehem ehem*
pasni nak buat label nalsweet laaa... *berangan*

saya balik kampung hari Sabtu..agak tengahari gakla..
sebab kasi clear rumah dulu..
Jumaat malam Sabtu tu baru abes menjahit..start buat pun lepas sahur hari Jumaat tu..ihiks!
sebab kesian kan anakanda kedua ku itu..terus bertekad buat dress simple..
tak jumpa baju kurung ready made saiz dia dan kaler biru sedondon tu..itu yg last minute decide jahit tu..haha

sempat gak buat kuih/biskut popia goreng salut nestum tu..
Alhamdulillah..settled untuk 50keping popia tu saya buat malam Sabtu tu..sorang-sorang menggulung,goreng,dan salutkan ngan nestum *bajet terer lettew*

ini resepinya: *untuk tatapan sendiri kalau rasa nak buat lagi*
  • kulit popia
  • nestum
  • gula perang + gula pasir
  • horlicks
  • of kos ---> minyak untuk menggoreng
memula gulung je kulit popia tu..pastu potong-potong
from my experience..jangan gulung terlalu padat..buat longgar-longgar sket sebab kang tak rangup..
then goreng

mudah kan?

untuk salut kan dia kena blend segala bahan lain tadi tu
nestum+horlicks+gula-gula

pastu bila gorengan kulit popia tu dah mcm sejuk sket *jangan tunggu sampai masuk angin plak*
agak-agak jela dia suam-suam tu..
masukkan dalam bekas beserta yang dah diblend tadi..
goncangkan bagi rata..

sangat la mudahnyaaaaaaaaaa..

ok la..memandangkan entry dah tetiba ada masuk resepi plak..iols terlupa nak cerita apa lagi dah..

as usual, to be continueeeeeeee...
nah belanja gambar Jannah ngan "dress lawa"

juga biskut nestum tersebut..

tatatititutu

Saturday, August 2, 2014

anak

Reactions: 
semua orang insyaAllah akan dapat nikmat bergelar ibu/bapa..
dengan izin Allah..

ada anak adalah satu perasaan yang sangat lah best!
perasaan yang wajib kau syukuri berkali-kali!

walau kau takde peluang ada anak sendiri ataupun anak kandung pun..
insyaAllah perasaan tu sama je kalau kau ikhlas terhadap anak-anak sekeliling kau..

tak kisahla anak saudara ke..anak kucing ke..anak murid kau ke..
waima anak tekak kau sendiri..
nikmat tetap sama!
wajib syukur sebelum nikmat tu Allah tarik balik..

walaupun anak yang dimaksudkan tak comel macam anak orang lain..
tak pandai macam anak orang lain..
tak mesra macam anak orang lain..
tak berfungsi macam anak orang lain..
sekurang-kurangnya kau dapat peluang ada anak!
Alhamdulillah.

yes, I am a mother, I have two biological daughter who Im proud tho..
and Im blessed even my daughter are not fulfilled your requirement.

dont be too suspicious..
cos im not gonna blame you on what are you talking..
its normal.
same like my feeling towards your words.
its normal!

please allow me to feel it!
same as I have to thank your words.

*can stop mumbling*

ya..mungkin semua dah jemu..mungkin..

Assalamualaikum wbt..

Wednesday, July 30, 2014

tersepit, terkepit, dan terbelit

Reactions: 
Isu di sini adalah tersepit. takde sape terkepit ataupun mengepit..
terbelit tu adalaaa sikit kot..hiew hiew..

korang-korang yang memang sangat sukakan "family bonding" kemudian berkahwin, tak banyak pun harus ada gak masalah tersepit ni..

tersepit situasi paling kerap laaa..

kita nak ber'aktiviti bersama family sendiri..
tapi "aisehmannn" lupa plak family mertua yang asekla kita ketepikan
*saye lettew*

saya sukakan aktiviti keluarga..
sumpah!
yela..dah 27tahun kau mengharungi pelbagai onak duri suka duka bersama..
tetibe nak kena split masa yang ada kepada dua..
perasaan tersepit tu harus banyak kali kena hadap.

kecuali ko dapat husband yang tak kisah ko nak ngadap family ko je..
then u shud "sujud syukur" 44kali.

sape la yang tak sukakan aktiviti keluarga kan?

sape la yang nak bersedih masa-masa ahli keluarga lain ber-gather gather sesama.

but still..memasing dah ada tanggung jawab memasing..

orang lain tak faham pun..ape sangat la kau buleh buat kan?
redho jela.

cuma insyaAllah..takkan sebab kau tak dapat penuhi keutamaan keluarga kau..terus plak kau dibuang keluarga..ye dok?hihi

happy kan diri..
walau dalam kelat..

insyaAllah..hati akan tenang bila tau Allah akan memahami segala konflik dalaman kita..
ya Allah..hanya engkau yang Maha Mengetahui.

dalam hal ni..
takde sesape pun salah.
termasuk diri kau.

yang tak faham keadaan kau takde salah.
begitu juga kau yang tak dapat penuhi permintaan orang *yang selari dengan kemahuan kau* pun takde salah..

Allah sebaik-baik perancang.

kalau sebab itu dan ini kau terus dibenci..memang takde logik nya..
apatah lagi kau dah buat sehabis baik nak menyenangkan hati semua orang..
dah cuba sedaya upaya puaskan hati semua orang..


dan lagi..

kalau orang taknak balas pun segala kebaikan yang kau sorang je nampak tu..
sape kau nak pertikaikan?

kau dah cuba..
kalau orang taknak faham..terpulang..
hidup akan bertambah rumit kalau kau asyik fikir HANYA KAU je yang bermasalah..
HANYA KAU je yang betul..
timing kau je yang bagus..
sebab at last ko akan terjepuk sedih sendiri..derrrrrrrr..

redho jela..
sabar..
pasrah..

Allah ada..

hati sakit pun..
hati sedih pun..
redho!

Allah ada..

the NURULs

Reactions: 
eceh..nak jugak guna "the" "the"
nak tiru kak pilla lettew! muahaha

Nurul-Nurul hamba..hihi

ok, lets start with the eldest Nurul --> Nurul Qisya Damia
hashtag #NurulQisyaDamia yang ibu salu guna ;)
cer try search ;))

mana dapat nama?
nama itu telah diilhamkan sebelum dia lahir ke dunia lagi..
seteleh menge'sort'  segala nama gegirl oleh kami si ibu dan papa, tercetusla nama tersebut.
kalo dia adalah boboi, kemungkinan besar bernama kan Muhammad Darwisy Ilman.
so maksud nama si Qisya ni adalah Cahaya yang Hidup dalam penuh kebaikan dan Kebijaksanaan.
lebih kurang begitulah..
kami mahukan nama yang catchy tapi maksud best.
yela, mak bapak mana nak bagi maksud tak best kan? kecuali la orang dulu-dulu yang rata-rata tak berapa tau pasal maksud-maksud nama ni..
so we chose Qisya.. dua suku kata. senang orang nak panggil..
tapi sekarang tuan badan yang tukar Qisya kepada Kica or Caca..muahaha

Qisya ni sejak lahir memang tembam..
tapi takdela tahap obes mahupun michelin.
badan berketoi..tapi sedang-sedang je
sedap-sedap buat peluk..ihiks!
berat terkini rasanya dalam 14-15kg
duk maintain je rasenye sejak beberapa bulan lepas.
itu dah tahap dia tak berapa makan tu..
kalo dia kuat makan taktaula berapa jarum berat tu pergi..hehe

bagi saya, Qisya ni jenis cepat bercakap juga..
compared to kids yang same age dengan dia la kan..
cakap terus.. pelat sikit-sikit gaya budak jela..
takdela tahap Syawal Ahmad Albab tu..
kita boleh faham ape dia cakap.
dan Alhamdulillah, dia sejenis yang eager to learn..
semua benda tanye ape tu, kenape, blablabla
mungkin sel-sel otaknya berhubung..haha

video

tapi dia jenis yang lambat panas, kalo untuk orang yang dia tak kenal la..
matured enough,  sebab at first day hantar rumah baby sitter tu ingatkan dia akan keriau stok lembik guling-guling lantai sampai memaksa ibu papa off tak pergi kerja. hehe
good kakak!
ohye, memula dulu kami laki bini plan nak panggil dia 'kakak' bila dia dah dapat adik..
ok, she adapt it. cuma bila family in law saya menggelarkan dia 'kaklong' terus dia stick tu 'kakyom'
tapi still faham la kalo kita panggil kakak..
seronok berborak dengan Qisya ni..
biasalakan..anak sendiri, mestilah kita faham dan seronok..haha

pasal kesihatan, Qisya ni jenis berkulit sensitif.
senang je kulit tu nak berparut.
sebab memang pantang kena ketit dek serangga..mesti jadi merah dan jadi parut akhirnya.
banyak dah parut dia..
anyone tau camne nak remove all the scars?
kesian anak mak tau..anak dara plak tu..hihi
gigi pun tak lawa.
entah kenapa.
padahal kuat minum susu.
or mungkin terlebih minum susu mengakibatkan gigi rongak?
euwwwwwwwwwwww..
dia bukan jenis pemakan.
tapi kalo dia mintak nak makan, sangat rasa bersalah kalo tak dapat tunaikan..ehek.
tapi dia selalu sembelit.
air masak memang a BIG NO.
again, anyone know how to resolve?
pls do email me --> nalsweet@ymail.com



pasal jaga adik.. boleh bagi markah 70% jela.
sebab memang dia tak pernah dengan sengaja pergi pukul adik.
cuma kadang cara main dia perlu diawasi.
sebab dia suka ulang tayang ape kita pernah buat.
contoh: ibu selalu tepuk-tepuk perut adik untuk check kembung ke tidak.
she did it also.
tapi dengan lebih kuat.
tepuk-tepuk dengan kuat then dengar dia cakap "tembong tembong"
(-__-)"
bab hulur soother or ayunkan buai sangat terer.
siap ada lagu lagi keh..
yang patutnya bunyi "lailahailallah" tapi cara dia..
hihi

ok..sebena nak buh video dia duk "lailahailallah" tu..tp malas plak nak godek.

stop dulu la citer pasal Qisya ni..

bukak citer pasal adik plak


ok, adik namanya Nurul Jannah Alisya.
hashtag #NurulJannahAlisya.

Jannah lahir 06.03.2014
juga melalui proses caesarean.
dia lahir dua minggu awal dari tarikh jangkaan.
semuanya disebabkan besor..hehe

Jannah ni ada komplikasi sket.
which is I dont want to take it seriously.
sebab nanti akan sentiasa duk fikir dan sedih-sedih.
Yes! i do care my baby. I do care her health.
thats why I dont want to think that she have health problem.
lagipun, problem tu doctor yang trace.
just on paper.
luaran, dia Alhamdulillah.
sihat walafiat.
tolong doakan kesihatan dia ye..please!
hanya Allah yang mampu balas jasa kalian.

mengandung Jannah was totally different ngan Qisya.
makanya si ibu dah sebulat hati mengatakan anak dikandung adalah boboi..hihi
tapi tak bermakna saya menidakkan dia gegirl tau.
sape kita nk lawan ketentuan Tuhan kan?
so guys, tak payah percaya sangat ngan tekaan orang dengan keadaan perut kita tu.
ada cakap kalo lonjong tu baby boy la..ada kata kalo takde alahan tu boy la..
ceit!

hahahaha

ok, nanti kalau rajin saya buat entry pasal prediction gender ni keh..
kalo rajin la..kalo ok..kalo..
muahaha

pasal nama plak, memang kali ni kitorang tak plan.
sebab kan dah bagitau tadi, memang si ibu sangkakan baby adalah lelaki.
nama lelaki plak memang dah standby dari zaman anak sulung lagi *standby in case if the baby is boy*
means memang duk taram nama Muhammad Darwisy Ilman jela..
or mungkin Syamil.. *tapi papa dia tak suka nama ni*

ada gakla kadang sembang dengan suami cakap kalo girl nak Nurul ape plak kan..
dalam otak ni memang dari dulu berkenan nama Hannah.
maksud pun best.
kenkonon Nurul Hannah Qaisara.
konon nak gak ada Q macam kakak.
tapi tinggal konon jela sebab at last nama Nurul Jannah Alisya yang dipilih tertulis di surat beranak..
hihi

maksud dia adalah Cahaya Syurga di bawah lidungan Allah..
InsyaAllah.
tukar Hannah kepada Jannah sebab Jannah lebih afdhol..hiks!
takdelaa...sebab entah kenapa everytime sebut Hannah mesti tingat Hannah Tan tu..
sebagai ibu, rasa tak tenteram plak.. *fikir macam macam*

berbeza dengan Qisya, Jannah ni lahir tembam ya amat, tapi mengecut kemudiannya..*banyak kali repeat..boringggg*
sekarang tembam semula..hihi
Alhamdulillah..

baju mama beli..frozen..
sedondon

ibu konpius..mana dulu nak kena rescue..muahaha

Jannah ni mudah dijaga compared to Qisya masa kecik.
cumanya kena make sure dia kenyang la..
kalo kenyang senang keje ko...hihi
senang tahap takdela ko kena bangun dua tiga kali upah susu dia.
or mungkin gak ibu dan papa dah semakin terer handle baby..
itu yg senang kacang pis je tu..hihihi.

tapi sekarang dah tak berapa nak sporting.
mungkin perubahan masa kot kan..
dah makin besar..makin banyak akalnya
asek nak kena ada orang main or dukung dia jela..
derrrrrrrrr..
milestone sangat!

okla..otak tepu..
marilah kita ngadap ketupat lemang secara berjemaah..
selamat hari raya korang!






Wednesday, July 23, 2014

result dah keluar

Reactions: 
ok..

tahniah kepada yang menang..

klik untuk details

saya peserta terakhir yang hantar penyertaan.
dah tu..blog ko glemer pun idok..

so takpayah berangan nak menang.



dah dah


pergi nyorok belakang pintu.

bye!
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...