Aktiviti hari minggu yang lepas
19.2.2017
Memula bawak anak3 pergi makan kfc (standard la bebudak suka kfc)
Dapat voucher kfc sempena birthday (birthday celebration by office) RM30.
Jadi, moh le kita.
Pergi kfc Simpang. sebab lepas tu plan nak ke Longwan cari pampers bebudak Jannah dan Khayra.
Settle beli terus ke taiping..
Semangat beno husband nak kayuh-kayuh itik tu.
Walopun hujan renyai-renyai.
Sampai parking, dia turun dulu survey harga.
Kerisauan kalau-kalau mahal.. tak berbaloi la kan
Rupanya RM21.20 per ride. (inc gst)
Maknanya sekor itik tu boleh muat 4pax dewasa.
Kami ni 2dewasa. 2 kanak-kanak. Khayra mungkin kategori baby..hehe
Boleh muat elok-elok la.
Aturannya:
Husband + Jannah
Qisya + Me.
Khayra duduk between me n Qisya.
Enjoy la.
Anak2 pun kemain sukanya.
Qisya agak cuak. tambah-tambah bila stop kayuh.
Riso tenggelam katenye.
Jannah more cool.
Takde nak panik-panik mintak dipegang ke apa.
Cuma dia taknak kalau menghala ke air pancut.
Takmoh basah agaknya.
Khayra? dia chill je.. siap terbaring minum susu.
Jaket pelampung tu pun dia mintak bukakan..
Yela..too big for her..kerimasan la..
![]() |
dia bising kalau ibu stop kayuh..haha |
![]() |
chill ja dia bukak jaket n baring-baring minum susu |
![]() |
cinta hati pertama yang selalu rasa macam ibu tak sayang dia dah |
On the way balik tu.. Qisya cakap "Qisya seronokla naik itik tu..tak pernah naik pun"
Bukan awak sorang nak.. mak ayah awak pun first time tu..hahaha
Len kali kita buat lagi aktiviti keluarga ok.
Biar tak mahal, tapi memorable.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment