Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

i apprEciatE u!!! ;)

Showing posts with label nurulJANNAHalisya. Show all posts
Showing posts with label nurulJANNAHalisya. Show all posts

Monday, March 20, 2017

An Early Mini Birthday Celebration to Jannah!

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ok, nak cerita pasal past few weeks..
06.3.2017 maka anakanda kedua saya; Nurul Jannah Alisya telahpun rasmi berumur 3tahun.
Bila dah umur 3tahun dan ada kakak yang dah pandai mengajar erti kek birthday dan celebration,(from their own way) makanya ibu dan papa harus bersiap sedia serba sedikit agar dapat memenuhi sedikit sebanyak impian si kecil.hehe

dia tak mintak banyak.
dengar lagu happy birthday pun dah sengih-sengih.

Makanya, cut it short, 05.03.2017 kami pun buat la sambutan kecik untuk birthday 2nd princess kami. (read:kami=ibu+papa)
Memula keluar rumah (kg) memang dorang dah tau nak celebrate sikit.
Otomatik kek wajib ada.
So, memula pergi Tesco.
Motif utama nak ushar susu bebudak ni.
Saya turun sorang je.. Papa dorang temankan dorang dalam kereta sebab memasing melena.
Dengan kuasa super power mak ni dapatla saya beli terus kek (candy cake choclate) dari kedai kek Kings kat floor atas bangunan Tesco tu. RM38.
birthday girl bersama kek

Terus kami bergerak ke Aeon (my kids's favorite place)
Motif utama nak pi potong-potong kek dekat food court je uolss..haha

ok, enjoy pictures!











hehe..comel birthday girl comot-comot.
Ingatkan dapat lah bawak balik 2-3 slice kek tu habuan opah & atuknya..rupanya abes bebudak ni makan..haha,,kid with cake ~ what else to expect kan??

Ohye, memandangkan nak celeb pun cincai-cincai je and no specific birthday gift pun except LOTS OF LOVE so marilah kita berbelanja sedikit untuk props bagi menghidupkan suasana sambutan-harijadi-paling-best-untuk-anak! hahha..ke Daiso lah kita!
Birthday girl dapat cekak kepala bertopi kaler purple macam dalam gambar kat atas ni, pastu si kakak pun sibuk nak crown tapi berjaya dipujuk sebab besday adik makanya dia mahukan medal (seperti dalam gambar)..haha..taktau apa motif tapi cincai jela bagi medal ikut turutan kelahiran..kahkah..
lepas tu beli paper crown tu..lepas tu beli sudu+paper plate habuan bubuh kek..hehe

Selepas makan-makan lepastu bersilih ganti solat dan anak nak ke toilet la bertukar diapers la, blablabla lajakla ke Maghrib.
Lepas sembahyang baru la kita buat aktiviti asing-asing..
Ibu as usual tak koser nak melayan area mainan..Biar papa dengan besday girl juga kakak sulung..Ibu dengan si kecik pi window shopping! hahaha..


Hilang dah shawl kakak! haha




Hope you have much enjoy Jannah! Ibu, papa, kakak dan adik sayang awak sangat-sangat.
Lillahhita'ala..
Membesar menjadi anak yang solehah ye anak!

Ibu sanggup buat apa saje untuk anak-anak ibu..insyaAllah ;)

Friday, March 6, 2015

Nurul Jannah Alisya dah setahun tapi kenapa ibu masih buncit?

Salam..

Seperti tajuk.. Jannah dah genap setahun hari ni 06.03.2015..
Last year time-time gini ibu keseorangan bertemankan room mate indian dengan anaknya sebab anak ibu; Jannah kat wad B3..

This year plak time ni Jannah kat dalam buai tanpa ada sekelumit rasa merajuk atau jauh hati bahawasanya tiada birthday treat untuknya..hikhok..papa masih di ofis..mencari rezeki untuk anak bini..moga peroleh keberkatan..aminnn

Kakak Qisya ada melepek atas katil..tadi tido sat.pastu merengek terkejut kot sebab takde sape teman tido..ibu time ginila ada masa kemas apa yang patut..duk vacum hall..pastu kutip sarung sofa yang dah buruk cendaru tu pi basuh..pastu settle air panas refill masuk flusk..pastu datang sindrom ketagih ngadap henpon.. #keburukanteknologi herghhhh!!!

Okla..main point nak sampaikan berita bahawa hari ni anakanda kedua ku dah genap setahun ikut kalendar omputih..kalendar islam dah setahun lebih dahla usia dia..

As usual..ibu senantiasa doakan yang baik-baik untuk anak ibu..insyaAllah kejayaan dunia akhirat yang kita perlukan...aminnn

Nah banje sket gambar yang dah di collage semalam dan di post di ig dan fb..



Happy birthday kesayanganku 💋💋


Beserta caption dan komen dari ig


Tuesday, February 24, 2015

anak-anak dah rasminya bertambah umur

Assalam...

Semalam (semalam k, not today) ; 23.02 2015 adalah bersamaan dengan 4jamadilawal1436h..
Both of my childs are officially 3yo and 1yo.. yeah, they are coincidentally have the same birthday in hijrah's calendar (islam's month)..
Ikut tahun masihi lain lah tarikhnya..kakak 27mac adik 6mac..

And being me, will usually forgot the date when it is comes.. memang ingat, ok 23.2 adalah 4j/awal adalah besday anak-anak and aku harus loudly told them with warm wishes.. but still, the day will pass without my notice the date it is. Muahaha.

I just realized it today; 24.02.15. Yennadeyyyy!
Podah wakawalik..ngeh ngeh

Ibu minta maaf ye anak-anak.
Bukan niat sengaja melupakan.. hanye terlebih makan semut..hahah
Walhalnye macamla anak ko nak sedih berduka cita yang ibu dorang takde bagi wish..hahah

Okla..doa ibu moga anak-anak ibu menjadi anak solehah..taat kepada Allah yang satu dan hormat semua orang, berjaya di dunia dan akhirat serta memperoleh keberkatan dan kejayaan yang hakiki.. amin ya rabb..

Mereka pagi tadi.. si kakak demam, malam sebelum dia siap muntah dan badan panas giler kot..so papa take over today bawak p klinik semua..yes, my husband was cool liddat.. memang dia suka tugas jaga anak.. dua2 pun dia tak hantar rumah bs..
Saye? Haruslah kerjaaaa... iols annual leave ciput je compared to him..so sad..
But still..tqvm hubby..really appreciated it!

Monday, February 16, 2015

short update

Oh..hye hello blog!
Well..i know that my blog was nothing to everyone..so i just have to say hello to my dearest blog..love u blog!muahaha..

Updating blog was even cool now..since i have my plenty time n enough materials to update..
Senang sangat dah..update guna henpon time tak boleh lena lagi ka..tengah tunggu husband kat lobby opis ka..tengah tunggu tukang masak kat kedai goreng nasik weols ka (rajin kan saya?) 😉
Henpon dah dapat yang canggih..easy pizzy sangat dh nak update blog..laju n canggih n mabeles..kat rumah pun husband dah masukkan wifi..so what else should i ask for?Alhamdulillah..tq Allah..tq suami 😄


Ok..dah nak tido..capek ni..siang tadi ada majlis aqiqah Nurin Farhana my lovely niece..
Kadang saya pun tak faham dengan diri sendiri..buat kerja tak seberapa..penat dia over ya amat..taktaula tak faham betul ke buat-buat tak faham.. #petandatua



Ok..di sudahi dengan muka poyo 3beranak..
Tapi yang paling poyo haruslah ibu sebab beria sengih anak muka terpaksa je..muahaha






Blur sebab tak dapat kerjasama 😅

Wednesday, October 15, 2014

Nurul Jannah Alisya's Pictures - newborn until 7months

Hoih rasa bersalah sangat ni..
Jannah dah nak masuk otw ke usia 8bulan pun..ibu langsung takde update journey 1-6months dia..
kesian dia..

sorry sayang..bukan berbeda kasih..tapi masa mencemburui..hihi
ibu sayang anak-anak ibu to the max!

Alhamdulillah..anak-anak ibu sihat
walopun kes Jannah belum pun terungkai..
diharapkan sihat sempurna jela anak-anak ibu ye..
big hugs dari ibu!

ok..ibu letak dulu gambar-gambar koleksi Jannah dari new born sampaila berusia 7bulan ye
nanti free lagi ibu update lagi ye sayang..
muah muah!

newborn - gambar papa snap dari wad B3 ;'(
1bulan..sudah jadi shaolin..hehe
Jannah dicukur rambut di usia 1bulan tau..lambat sikit sebab ibu mengurut lambat..almaklum czer

2bulan

3bulan..belum ada tanda rambut mahu subur..hihi

4bulan..alahai muka..cair ibu dikkk!

5bulan..ewah steady je nampak stay cenggitu..
Jannah dah pusing meniarap di usia 3bulan tau..so setakat lepak cenggini dah otaila masa ni

6bulan..dah dapat solid food..menjejeh je airliur..bikin ibu stress keguguran rambut

7bulan
gambar kat rumah tokwan..tinggal Jannah Ibu n Opah je masa ni..yang lain ke Hospital Onyang demam teruk
 

okla sayang..
ibu sayang anak-anak ibu ye!
wallahi!

;)

Wednesday, July 30, 2014

the NURULs

eceh..nak jugak guna "the" "the"
nak tiru kak pilla lettew! muahaha

Nurul-Nurul hamba..hihi

ok, lets start with the eldest Nurul --> Nurul Qisya Damia
hashtag #NurulQisyaDamia yang ibu salu guna ;)
cer try search ;))

mana dapat nama?
nama itu telah diilhamkan sebelum dia lahir ke dunia lagi..
seteleh menge'sort'  segala nama gegirl oleh kami si ibu dan papa, tercetusla nama tersebut.
kalo dia adalah boboi, kemungkinan besar bernama kan Muhammad Darwisy Ilman.
so maksud nama si Qisya ni adalah Cahaya yang Hidup dalam penuh kebaikan dan Kebijaksanaan.
lebih kurang begitulah..
kami mahukan nama yang catchy tapi maksud best.
yela, mak bapak mana nak bagi maksud tak best kan? kecuali la orang dulu-dulu yang rata-rata tak berapa tau pasal maksud-maksud nama ni..
so we chose Qisya.. dua suku kata. senang orang nak panggil..
tapi sekarang tuan badan yang tukar Qisya kepada Kica or Caca..muahaha

Qisya ni sejak lahir memang tembam..
tapi takdela tahap obes mahupun michelin.
badan berketoi..tapi sedang-sedang je
sedap-sedap buat peluk..ihiks!
berat terkini rasanya dalam 14-15kg
duk maintain je rasenye sejak beberapa bulan lepas.
itu dah tahap dia tak berapa makan tu..
kalo dia kuat makan taktaula berapa jarum berat tu pergi..hehe

bagi saya, Qisya ni jenis cepat bercakap juga..
compared to kids yang same age dengan dia la kan..
cakap terus.. pelat sikit-sikit gaya budak jela..
takdela tahap Syawal Ahmad Albab tu..
kita boleh faham ape dia cakap.
dan Alhamdulillah, dia sejenis yang eager to learn..
semua benda tanye ape tu, kenape, blablabla
mungkin sel-sel otaknya berhubung..haha


tapi dia jenis yang lambat panas, kalo untuk orang yang dia tak kenal la..
matured enough,  sebab at first day hantar rumah baby sitter tu ingatkan dia akan keriau stok lembik guling-guling lantai sampai memaksa ibu papa off tak pergi kerja. hehe
good kakak!
ohye, memula dulu kami laki bini plan nak panggil dia 'kakak' bila dia dah dapat adik..
ok, she adapt it. cuma bila family in law saya menggelarkan dia 'kaklong' terus dia stick tu 'kakyom'
tapi still faham la kalo kita panggil kakak..
seronok berborak dengan Qisya ni..
biasalakan..anak sendiri, mestilah kita faham dan seronok..haha

pasal kesihatan, Qisya ni jenis berkulit sensitif.
senang je kulit tu nak berparut.
sebab memang pantang kena ketit dek serangga..mesti jadi merah dan jadi parut akhirnya.
banyak dah parut dia..
anyone tau camne nak remove all the scars?
kesian anak mak tau..anak dara plak tu..hihi
gigi pun tak lawa.
entah kenapa.
padahal kuat minum susu.
or mungkin terlebih minum susu mengakibatkan gigi rongak?
euwwwwwwwwwwww..
dia bukan jenis pemakan.
tapi kalo dia mintak nak makan, sangat rasa bersalah kalo tak dapat tunaikan..ehek.
tapi dia selalu sembelit.
air masak memang a BIG NO.
again, anyone know how to resolve?
pls do email me --> nalsweet@ymail.com



pasal jaga adik.. boleh bagi markah 70% jela.
sebab memang dia tak pernah dengan sengaja pergi pukul adik.
cuma kadang cara main dia perlu diawasi.
sebab dia suka ulang tayang ape kita pernah buat.
contoh: ibu selalu tepuk-tepuk perut adik untuk check kembung ke tidak.
she did it also.
tapi dengan lebih kuat.
tepuk-tepuk dengan kuat then dengar dia cakap "tembong tembong"
(-__-)"
bab hulur soother or ayunkan buai sangat terer.
siap ada lagu lagi keh..
yang patutnya bunyi "lailahailallah" tapi cara dia..
hihi

ok..sebena nak buh video dia duk "lailahailallah" tu..tp malas plak nak godek.

stop dulu la citer pasal Qisya ni..

bukak citer pasal adik plak


ok, adik namanya Nurul Jannah Alisya.
hashtag #NurulJannahAlisya.

Jannah lahir 06.03.2014
juga melalui proses caesarean.
dia lahir dua minggu awal dari tarikh jangkaan.
semuanya disebabkan besor..hehe

Jannah ni ada komplikasi sket.
which is I dont want to take it seriously.
sebab nanti akan sentiasa duk fikir dan sedih-sedih.
Yes! i do care my baby. I do care her health.
thats why I dont want to think that she have health problem.
lagipun, problem tu doctor yang trace.
just on paper.
luaran, dia Alhamdulillah.
sihat walafiat.
tolong doakan kesihatan dia ye..please!
hanya Allah yang mampu balas jasa kalian.

mengandung Jannah was totally different ngan Qisya.
makanya si ibu dah sebulat hati mengatakan anak dikandung adalah boboi..hihi
tapi tak bermakna saya menidakkan dia gegirl tau.
sape kita nk lawan ketentuan Tuhan kan?
so guys, tak payah percaya sangat ngan tekaan orang dengan keadaan perut kita tu.
ada cakap kalo lonjong tu baby boy la..ada kata kalo takde alahan tu boy la..
ceit!

hahahaha

ok, nanti kalau rajin saya buat entry pasal prediction gender ni keh..
kalo rajin la..kalo ok..kalo..
muahaha

pasal nama plak, memang kali ni kitorang tak plan.
sebab kan dah bagitau tadi, memang si ibu sangkakan baby adalah lelaki.
nama lelaki plak memang dah standby dari zaman anak sulung lagi *standby in case if the baby is boy*
means memang duk taram nama Muhammad Darwisy Ilman jela..
or mungkin Syamil.. *tapi papa dia tak suka nama ni*

ada gakla kadang sembang dengan suami cakap kalo girl nak Nurul ape plak kan..
dalam otak ni memang dari dulu berkenan nama Hannah.
maksud pun best.
kenkonon Nurul Hannah Qaisara.
konon nak gak ada Q macam kakak.
tapi tinggal konon jela sebab at last nama Nurul Jannah Alisya yang dipilih tertulis di surat beranak..
hihi

maksud dia adalah Cahaya Syurga di bawah lidungan Allah..
InsyaAllah.
tukar Hannah kepada Jannah sebab Jannah lebih afdhol..hiks!
takdelaa...sebab entah kenapa everytime sebut Hannah mesti tingat Hannah Tan tu..
sebagai ibu, rasa tak tenteram plak.. *fikir macam macam*

berbeza dengan Qisya, Jannah ni lahir tembam ya amat, tapi mengecut kemudiannya..*banyak kali repeat..boringggg*
sekarang tembam semula..hihi
Alhamdulillah..

baju mama beli..frozen..
sedondon

ibu konpius..mana dulu nak kena rescue..muahaha

Jannah ni mudah dijaga compared to Qisya masa kecik.
cumanya kena make sure dia kenyang la..
kalo kenyang senang keje ko...hihi
senang tahap takdela ko kena bangun dua tiga kali upah susu dia.
or mungkin gak ibu dan papa dah semakin terer handle baby..
itu yg senang kacang pis je tu..hihihi.

tapi sekarang dah tak berapa nak sporting.
mungkin perubahan masa kot kan..
dah makin besar..makin banyak akalnya
asek nak kena ada orang main or dukung dia jela..
derrrrrrrrr..
milestone sangat!

okla..otak tepu..
marilah kita ngadap ketupat lemang secara berjemaah..
selamat hari raya korang!






Wednesday, June 25, 2014

pengalaman bersalin anak kedua

Assalamualaikum wbt..

nak story pengalaman bersalinkan anak kedua --> Nurul Jannah Alisya
caesarean again!

bukan ku pinta begitu ye kawan-kawan..
seperti yang dah diceritakan sebelum ni [read: bersalin anak pertama]
mestilah saya nak bersalin normal kan?

banyak cakap-cakap mengatakan makan segala pil yang diberikan oleh nurse klinik kesihatan boleh mengundang baby untuk menjadi BAMBAM..
saya nak baby bambam..tapi saya nk bersalin normal..
my mind thinking like this "ok, mana tau kot kalo baby kecik sket kali ni, boleh merasa bersalin normal"
anak pertama lahir dengan berat 4.27kg..so memang tak dapat bersalin normal..
eh..ada orang mampu normal..
but for me..cannot..
jalan tak bukak sampai ke sudah..pfffttt! ;)
ok, honestly saya tak makan pun segala obimin, vit c given by nurse untuk second pregnancy ni.
hanya telan asid folic
dengan harapan yang tinggi untuk bersalin normal..
makan juga dikawal sikit *nak kawal banyak tak mampu..sebab memang bangsa pemakan..kahkah*
so ok la..berat last before deliver baby adalah 76kg (compared to 1st oregnancy..85kg)

dengan harapan menggunung tinggi..moga merasa normal delivery..
tapi..
Tuhan lebih mengetahui..
Dia sebaik-baik Perancang..
Alhamdulillah
walo tak dapat bersalin normal, masih diberi peluang bergelar ibu..
cahaya mata yang comel..
alhamdulillah

kenapa saya nak normal delivery?
sebab utama haruslah kerana saya nak anak lebih dari 3!!
as adviced by doc, a mum who have delivered baby with a caesarean method for 2times, she will definitely will deliver another baby with a caesarean too..
and of course, JUST THREE times!
why? pergi tanya doctor..
muahahaha...
takdelaa..main reason dia RISIKO UNTUK SI IBU

ya Allah, moga anak ketiga kami merupakan kembar
merasa gakla anak 4..ehehe

takpela..yang penting ANAK SIHAT..
insyaAllah

semua ni dah tertulis..
ko akan bersalin operate..
anak ko tiga sahaja..
kalo bukan sebab operate pun..mungkin memang tiga sahaja..
kan?
sama macam rezeki menyusukan baby..
semua orang tak sama
so jangan keji ibu-ibu yang tak dapat fully breast feed ni..
faham?

ok..dah melencong..

Nurul Jannah Alisya dilahirkan pada usia kandungan 36w 6d
rasanya laaa
ehehehe

kenapa awal?
sebab masa 36w ngam ngam (Sabtu) saya jatuh dalam bilik air
mujur takde sebarang pendarahan
cuma sakit laaaa kannn..ehehe
balik kampung..rumah PIL
sabtu tu memang menanggung sakit la..sengal badan
tapi plan kalo melarat ke hari Ahad..will see doctor
Alhamdulillah..
Ahad ok je

tapi Isnin bangun pagi sakit kat kelangkang (wujudkah perkataan ini?)
atas nasihat suami dan emak (yang telah di-import kerumah ku ketika itu) saya pun pergi ke hospital terdekat
iaitu Hosp. Sg. Bakap
tujuan asal nak mintak nurse check je..
ingatkan sekejapan jela kan
saya memang plan sekejap..dan ingat dapatla masuk ofis gak
rupanya melarat..

dari hosp sg bakap dibawa ke Hosp. Seberang Jaya
sebab sg bakap tak terima kes besar.
sebab katanya saya dah ada kontraksi
kes besar sebab my 1st experience kan ke caesarean

so naiklah ambulans ye kawan-kawan
macam kelakar sebab tak rasa ke tahap itu
pergi ngan baju ready nak ke ofis
tapi dah ke tahap naik ambulans lagi
macam mimpi
pastu terfikir "nak bersalin dah ke?kontraksi?biar betul"
sebab saya tak rasa apa-apa
cuma sakit sikit macam senak kat kelangkang *again..betul ke?*
mujur memang dah ready baju baby dalam kereta
pastu kan kena bukak segala barang kemas..
saya pun pass kat emak masa tu
dan tercicir loket white gold yang dibeli di KL..hukhuk
tapi takpe..dah dapat ganti..husband hadiahkan sempena melahirkan Jannah..ehehe

ok..lari topik lagi..

sampai hosp.seberang jaya saya terus dibawak ke LR
konsep disitu lain dari hosp. taiping
so redho jela
mungkin katil pun penuh
tunggulah kau di laluan LR tu walo ko tengah rilex tak sakit
tunggu bersama menjejet beg baju anak..
dah mintak ditukar ke Hosp. Taiping if let say "have to" deliver the baby
tapi enggak boleh ye kawan-kawan
lain negeri katenyee..
baiklah

dua-tiga kali diseluk..
tengok bukaan
memang 0
pastu blur..
tunggu doc lain plak
tunggu yang dimaksudkan memang tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
lama gila hokeh
dengan laparnya
kalola dapat tunggu kat katil ok jugakla
ini tidak..

pastu last doc check..still 0 bukaan
do scan.. dan nampakla keadaan baby montelku
estimated weight 3.9kg katanye
ralat scanner kan ± 0.5kg
so terus dorang decide CAESAREAN!
plan selasa operate
tapi saye dan suami mintak tukar ke Taiping..since nak kena belah pertu gak kan..
so doc pun buat surat segala
but still kena admitted jugak
merasa tido semalaman di situ..
bertemankan nyamuk yang sangatla banyak
hospital bernyamuk?sangatla sesuatu
hehehe

ohye..doc last tu masa scan dia kata nampak macam boboy
berbunga hati iols k
eh, doesnt means that i dont want a girl..tapi kalo dapat boy kan macam best..sebab dah ada girl kan
tapi sebab doc tu cantik..so saya maafkan tekaan dia..
ahahaha
duduk semalaman kat hospital tu..dapat 2injections di kanan dan kiri punggung
untuk bagi kuat paru-paru anak
yela..36w..quite awal kan..takut pre-matured baby
inject selang 6jam..
memula kanan..kendian kiri
SANGAT SAKIT!
tul tak tipu
lebih sakit dari injection ubat bius nak operate tu
for me la..orang lain mungkin berbeza

pastu keesokan harinya dapatla discharged.
balik Jawi dulu..
kendian bersiap segala baju
yela..nak balik kampung teruskan after deliver
segala baju berpantang
baju Qisya..husband..
segala mak nenek la

doc bagi surat suruh pergi hospital Taiping petang tu jugak
tapi dah duk buat persiapan..
dengan nak makan lagi,..
tok tek tok tek.. petang gak baru sampai rumah mak..
lepak kejap..terus gerak ke hospital..tinggal mak ayah juga Qisya kat rumah mak

me and husband only
sampai hospital dah petang
dekat kul6 dah kot..lupa
so doc semua pun dah yillek
esok pagi jela kekdahnya..
serah diri..hehe

so Rabu tu gerakla pergi hospital..me and husband only
pergi ke klinik dulu..
tunggu turn segala..
then bila doc scan perut..
terjumpa la sesuatu..
sesuatu yang macam problem..
either bladder or kidney..
sereyes sedih masa tu..
until now pun still taktau sangat ape problem ngan my baby..
duk follow up lagi
tapi Jannah nampak ok je
insyaAllah
doakan kesihatan anak saya ye korang..
estimetd weight 3.9kg also..

so terus kena perintah warded
walo hati sedih fikir keadaan baby
harus cekalkan hati ye dok?hehe
pergi makan dulu untuk terakhir kali menikmati air berais
ye..saya still pantang ais until now
kasi cukup 6bulan baru menikmati ais semula..
macam masa kakak Qisya dulu

pastu warded and doc decided Khamis pagi operate
i am the 1st patient from the list..
puasa dari jam 2pagi..
sebab plan pukul 8pagi operate
sekali tengok..drag sampai jam 12tgh ye kawan-kawan
tertekan di situ
sebab perut laparrrrr

drag sebab ada dua patient emergency case
salah sorang tu my room mate
indian..dia dah dibawa masuk LR dari kul8 malam macam tu
poor progress rasanya
last-last tolak masuk OT jugekkk

perasaan saya masa tu?
berdebarrrrrrrrr
dan laparrrrrrrrr
ehehe
harus berdebar kan..
dulu masa Qisya..kes emergency
ini memang dah diketahui akan masuk OT

muka nampak cool
hati Tuhan je tahu

masa kat depan OT tu (a step before OT room)
dorang dah tukarkan baju saya..angkat ke sana sini
haishhh
situ dahla sejuk abaq ang!!
OT kan..haruslah sejuk
mana buleh panas-panas
pastu mana ada dorang kasi selimut
ngan berdebar-debar lagi
harus gigil
hehe

by the time dorang bawak masuk OT
masa tu kul12 tengahari rasanya
terus doc siap-siap barang
pastu doc bius pun dah injek belakang badan saya
pastu terus tangan kena dapang *again..does this words exist?*
dah tak boleh berpeluk tubuh

ada nurse ditugaskan pegang dan jaga patient
dah dibuat border lat pinggang
yela..haruslah tutup kan..kalo tak pengsan la patient
hihi
gas kat mulut dah dipasang
tapi saya lemas ngan gas tu
so nurse kasi gas dari tiub je kot hidung
mulut duk selawat..istighfar..mengucap..
mana yang ingat..
pastu tak berenti-renti cakap "sejuknye..sejuk sejuk"
sebab memang sejuk
walopun dorang dah lepak warmer kat badan
macam nak shaking
doc pun risau kalo shaking
kesian nurse tu

pastu tak habis-habis duk tanye..
"dah start ke?baby dah keluar?"
sebab seingat saya masa Qisya dulu sekejapan je tau-tau baby keluar
sebab bila dah dibius kita dah tak rasa apa-apa kat bahagian pinggang ke bawah
haruslah tertanya-tanya kan

dan tepat jam 12.37tengahari terdengarlah baby nangis
kuar dari perut
kuwek kuwek..
hehe

semua macam impress baby beso
4.2kg katakan..hehe
saya duk tanye gender
tapi nurse macam nak surprise
tapi doc yang lead operation tu dia jerit
"kan dah kata baby girl"
ahahaha
sangat sempoi dorang k
doc tu nama Azizah
saya ingat sebab baca kat whiteboard tepi katil masa tengah operate tu
dan doc tu sangatla comel
kagum sangat sebab muda-muda dah lead OT..

saya berpeluang jumpa doc tu lagi sekali masa kat ward..doc lawat patient..
sekali nampak nama Azizah kat tag nama dia
baru tau..comelnya awak wahai doc..
muda lagi doc..kagum kagum
sebab masa kat OT mana nampak muka dorang..memasing pakai cover tu kan

settled urusan dalam jam 2petang
macam biasa..selepas tu memang dah tak berpeluang tengok baby
sebab baby beso-beso dorang direct bawak ward lain..
check condition
ibu adalah sedih
dapat jumpa baby sat je..dalam keadaan tak dapat pegang dengan tangan pun
cuma Alhamdulillah laa..
husband snap gambar
mujur dia teringat nak snap
sebab masa Qisya dulu dia lupa (-__-)"
sebab risau isteri lebih katanya..ehehe

my 2nd princess

my heart

my soul

masa memula nurse tunjuk baby kat saya..terus mulut cakap
"sejibik macam kakak dia" ;)
bezanya dorang..masa muka baru keluar perut ni kakak rambut kinting..adik straight

okla..
sampai sini dululaa
sambung lagi next time keh..
astalavista bebeh

Thursday, June 12, 2014

Nurul Jannah Alisya dah 3bulan yo!

Alhamdulillah.. anakanda kedua saya telah pun berusia 3bulan pada 6June2014 yang lalu..
bawak dia checkup Isnin lepas.. amek injection terus..

dia nanges-nanges gak masa tu..tapi Alhamdulillah..sekejapan jela..

Berat Jannah sekarang dah 5.4kg..Syukur ya Allah..

Jannah ni walopun dia lahir berat 4.2kg masa lahir..tapi badan dia mengecut k..
normal doc kata baby akan mengecut about 10% je..sekali anakanda saya turun 20% tauuu..
terus drop 3.4kg masa nurse datang timbang masa hari ke10..
mak mana tak risau..

now slowly gained weight..
bukan saya nak baby bambam gemok tu..
bukan nak paksa supaya dia debab-debab..
tapi mestila mak-mak nak tengok anak membesar kan?
i mean membesar dengan sihatnyaaa..
insyaAllah..

okla..meh nak belanja korang gambar-gambar Nurul Jannah Alisya sebab korang sudi baca blog ibu dia..hihi


nak kena tumbok kewww? hiks!

jom pi shopping you alls!

macam pengawas mintak tengok kuku plak ( - _ - )"


tido kontrol ayu


sangat gegel..hihi

*all pictures have been shared thru IG and FB..mak malas nak transfer gambar lain..muahaha*

Wednesday, June 4, 2014

babysitter

assalamualaikum..

hari ni hari ke 3 hari bekerja untuk bulan June 2014.
bermakna hari ke3 gakla anak-anak tercintaku berada di bawah jagaan baby sitter..huks!
ibu mana tak sedih nak lepaskan anak sendiri di bawah jagaan orang kan?
kalo sedara mara lain cerita..
but we have no choice..
dah try ushar nursery area rumah tu..*dunno why i prefer nursery rather than baby sitter*
tapi dia tutup jam 5.30ptg la pulokk..adehh
saye abes kerja pun dah jam 5.15ptg.. mana nak sempat catch up anak..
almaklum..jarak ofis ke rumah lebih kurang 45km..
huks!

doa ibu..moga anak-anak ibu selamat di bawah jagaan makcik itu ye anak-anak..
moga pengasuh tersebut menyayangi anak saya seperti mana anak-anaknye juga..
aminnn

1st day, Isnin hari tu seperti di jangka Qisya nangis-nangis la kan..
dia dah besar..dah boleh fikir..
orang tak kenal plak tu..haruslah menangissss
ibu n papa together gether mengantor anak-anak pagi tu..
but on the way back to home, ibu dah nanges..
air mata lajuuuu je
rasa macam nak cuti je hari tu
but Alhamdulillah..Allah cekalkan hati..
dan Alhamdulillah..anak-anak pun ok sampai ke petang *I called the bs 3times on that day*

but now, hati adalah banyak legaaaa
insyaAllah anak-anak ibu molek dijaga
aminnn


budak yang dah makin tembun

budak yang dah tak sporting bergambar

anakanda-anakandaku, hartaku dunia akhirat.. bonda terlalu sayangkan kamu...wallahi

Monday, May 26, 2014

2 beradik Nurul

Assalamaualikum wbt..

short update je ni (asyik-asyik short..pfftt!) hihi

saje nak letak gambar 2beradik Nurul ni..
Nurul Qisya Damia & Nurul Jannah Alisya

gambar yang telah pun di share di laman instagram..fb also..

anak sulung ~ Nurul Qisya Damia

saya suka collage kan gambar..sebab semua mimik wajah tu harus diletak untuk dikongsi..
berharga sangatttt..hehe

Qisya ni sekarang bukan main susah nak sporting bergambar..
so once dia ok, harusss la si ibu snap banyak-banyak..hehe

lebiu anak..

Qisya sekarang suka menggelarkan diri KakYom..which is sebenarnye datang dari perkataan Kaklong..bersempena adik Iman dia (anak adik husband saya) menggelarkan dia Kaklong..
tapi sebutan dia dah jadi KakYom..hihi
but ok la, Alhamdulillah, Qisya ni kategori cepat gakla bercakap..potpetpotpet..
di usia 2tahun 2bulan..agak petah gakla die bercakap sekarang..

paling syok bila dia membebel sendiri ngan tune yang sangat best:
"papa work..ibu work..semmmuuaaaa work"
hiks!
kadang ngan nama mak2 sedara dia pun drag sama "work"..hihi
bunyik macam kecewa je semua orang work..dia kesepian..hihi

agak prihatin ngan adik..penyayang gakla..walopun kadang-kadang dia ignore je adik dia

anak kedua ~ Nurul Jannah Alisya

budak ni dah makin debab..Alhamdulillah

walopun dia lahir 4.2kg..tp berat dia drop about 800gram in 10days..phewww!
ibu doakan anak-anak ibu sihat walafiat..

Jannah ni asal perut dia kenyang..ok jela dia..
agak senang nak jaga..
Alhamdulillah

rambut dah makin nak tumbuh..
bunyi macam lambat tumbuh..tapi sebenarnya normal sebab dia dicukur rambut pun di usia sebulan lebih..
gara-gara si ibu berurut lewat..
ibu kan operate..so saje nak bagi luka tu dah ok sikit..baru berani mengurut..
hari ke3 mengurut terus suruh maklong bidan tu cukur rambut Jannah..
padahal baby lain rambut dah cukur lama dah nak tumbuh semula dah..hehe
janji sihat..ye dok?hiks!

dah terpaksa campurkan susu FM..sangat sedih..
nanti story later k about that..

masa ni ibu bagi pakai mitten lagi..sekarang ni je ibu dah tanggalkan..
untuk pergerakan jari-jari dia..lagi plak Jannah dah mula kulum mitten masuk mulut..best la kan masin-masin..haha
btw, sama kan muka dorang ni?
dah nama lagi adik beradik kandung..hihi


ok la..semoga ketemu lagi..

adios!
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Labels

:: sharing is caring :: (188) ~ hoBi aku ~ (6) ~ wedding ~ (1) ♥my new journey♥ (155) 1-6bulan (3) aiskrim (1) aktiviti laki bini (30) aktiviti sekeluarga (2) along n ilham (12) anak (37) aqiqah (4) artis (3) atuk (1) audit team yg best (3) baby (6) baby carrier (1) baju raya (2) bandung (3) bbcreamsqb (1) berangans (1) birthday (6) bisnesadikberadik (2) budak (5) business is business (17) carrier (1) cleansersqb (1) comel (3) contest (1) crochet (7) crosstich (1) cuti-cuti (14) dapur elektrik (1) dinner (1) DIY (2) doa (2) dryer machine (1) electrolux (2) emo xtentu pasal (#_#) (20) encik suami (11) ho (1) how i wish i can get this ^_^ (9) ibu-anak (5) impian (4) ISLAM agamaku. (14) jahit menjahit (5) Jai's family vacation (1) jaikitofamily (2) jaikitoteam (2) just for FUN (19) kawan (1) kayuh itik (1) kediaman (1) kelakar (2) keluargaFAIZAL (26) keluargaku (52) kenduri kendara (12) kereta idaman (1) kerja (2) kesihatan anak (6) Lazada (1) lebiu anak-anak (3) lelong (1) lenovo (1) makan (16) mamayangbuat (2) manik (6) masak (9) masksqb (1) me (6) melaka (2) membebel (3) merepek meraban ;) (80) mimpi (2) muka (2) niece (1) nile (1) nuffnang (5) nurulJANNAHalisya (12) nurulKHAYRAsafiyyah (1) nurulQISYAdamia (67) online (2) opah (1) opishh (3) padang besar (3) parenthood (24) pelik (1) pengalaman (1) peraduan (2) photoshoot (3) pregnancy journey (14) ralat (3) ramadhan (1) raya (4) recommended! (2) resepi (2) resepi mereka (3) rezeki (1) risau (2) rumah (2) sakit (3) samsung (1) saya jual (1) semangat (3) seqybeauty (1) sesaje (80) shopping (21) SimaFairulWedding (2) skincaresqb (1) sqb (1) Stroller (1) susu (1) sweet cherry (1) syukur (25) tak suke. (4) taman tasik taiping (1) teka teki (1) teladan dan pedoman (32) teratakfaizalhasidah (2) teratakFS (1) teringin (1) theNuruls (5) tidur (2) TIPS (4) TOUCHing (4) tragedi (6) tudung (16) tutorial (1) tutorial handphone (1) tutorial printscreen (1) twins stroller (1) VCOA (4) wahai hati (1) wishes (3) zalora (2)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...