Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

i apprEciatE u!!! ;)

Showing posts with label just for FUN. Show all posts
Showing posts with label just for FUN. Show all posts

Thursday, January 22, 2015

Macamana Nak PRINTSCREEN Guna Handphone

How To PRINTSCREEN On Handphone.


Terpanggil nak buat entry ni sebab semalam encik suami tanya "macamana nak snap dalam handphone eh?"
dalam ertikata lain "macamana nak snap/printscreen handphone"

dia guna lenovo.

saya guna samsung.

so agak kompius sebab samsung very the easy pizzy..
kacang sangat la kan.

sebab kalau NAK PRINTSCREEN guna handphone cap samsung begini ye kawan-kawan:

gambar google..saje ambik pink sebab nak girlish sangattt..hihi

ok, cara nak printscreen samsung hanya dengan tekan butang Home yang kat tengah-tengah (belah bawah) tu BERSAMA-SAMA butang Off secara SERENTAK selama tiga saat atau sehingga handphone anda berjaya snap screen berkenaan.

secara formulanya;

hold HOME button + OFF button for about 3 SECOND.

sekian.
sebab rasanya semua model samsung pun ada dua butang tu kan?

ok berbalik kepada permasalahan encik suami saya..
handphone beliau adalah handphone lenovo.
so sekadar pengatahuan saya handphone lenovo adalah tiada butang home.

so saya tanya google.

dan google jawab:

google jugak. saje ambik pandangan sisi

saya kurang pasti adakah setiap design lenovo button volume dia sebelah kanan or kiri..
tapi harus ada button volume punya kan?

ok, cara nak printscreen handphone lenovo adalah seperti berikut;

tekan butang OFF serentak dengan butang reduce/low VOLUME tu.

sila cuba k..


hehe..
tata


p/s: kalau design handphone korang pun lebih kurang tapi lain jenama..cuba jelakan kot berjaya.
mana tau menjadi jugak..

poipoi!

Monday, May 27, 2013

Pengalaman naik keretapi



Kereta api ke keretapi? Rasa-rasanya last time masa belajar yang betul adalah KERETAPI.. don’t know sekarang sebab time changed kan??

Takpela mana-mana pon..

Kami suami isteri memang dah lama aim nak naik keretapi (untuk long journey eh).. teringin nak tidur-tidur (read:tidur atas katil) dalam keretapi..feeling tourist sket..kahkah..bukan tak boleh naik kereta je drive..tapi nak rasa pengalaman tu sendiri..nak feeling teruja..hihi

Selama ni plan asyik terpaksa ditundakan memandangkan ada anak kecik..pastu nak arrange cuti tu macam susah dan plan tu duk terdrag sekian lama..
Dengan macam blur sebab memasing taktau mana nak mula..takde pengalaman la katakan..taktau option untuk beli tiket..macam plan pun plan yang takde sape buat usulan..wahhh giteww!

Selain plan naik keretapi untuk long journey tu, ada plan nak naik kapal terbang gak..
So beberapa minggu yang lepas tangan saya tergatal sket cek website airasia..yela..standard orang kebanyakan macam kami ni layak airasia jela..n ofkos duk ushar time dorang buat promosi jelakan..hihi
Pastu kenkonon dah arrange la short trip gi Langkawi dari Penang on 30th May..
Dah siap ushar bajet hotel lagi tau..
Last-last baru perasan yang LAKI BINI KERJA AKAUN..
Deyyy..apa kes nak cuti end of month..mau ptoong kapla la kan nak closing lagi mau cuti..
Bukanlah sampai cuti tu not allowed..tapi macam taksedap la kan nak jenjalan tapi hati takut boss besau marah..hihi
So plan nek kapeterbang *tolong bace guna intonasi orang perak ye..hehe* CANCELLED!

Thats why terfikir nak proceed plan naik keretapi..
So terus plan a week before closing..
Lagi plak ada cuti wesak kan..its a bonus laa..wink wink!
Tapi sebab tiket on 23rd May fully booked, we change to 22nd May..maknanya kena apply cuti kames la kan..takpe..eksaited punye pasai..hihi
Walo im doing a mistake at the first steps; booking ticket..kapla mengong amek tiket on 24th May..malam..
Tak ke rugi sebab cuti kan 24 tu..kalo tiket malam memang rasa rugi sangatla..tak berbaloi..
So nak tak nak kena gi tukar ke sehari sebelum..
Ya, saya booked online..
Nak tukar kena gi thru kaunter..pfft!    +__________+

Bawak mak ayah saya *sebab nak gi lepak pun rumah kakak saya*
Selasa lepas kerja gi amek mak ayah datang Penang..
Rabu malam lepas kerja siap-siap untuk start the journey..
Tiket kul 11malam..dijadualkan sampai ke destinasi *KL Sentral* pada jam 6.30pagi..
Tapi sebenarnya sampai pukul7lebih sket macam tu..okla..takdela lari sangat timing dia..

Kami plan nak pergi n balik guna keretapi..tapi mak plak ada appointment follow up ngan doc Isnin 27/5/13 so kena cancel la plan balik penang ngan keretapi tu..
Yela..camne nak hantar mak ayah plak..macam susah pergi balik macam tu..
So tukar plan..pergi je kita naik keretapi ye anak-anak :p
Ohya, HARGA TIKET adalah RM46/adult
Itu harga dari Penang (Butterworth) ke KL Sentral la..tak perasan plak stesen lain..tapi lebih kurang jekot..
Harga untuk bed seat la..kami ambil yang kelas kedua kot..ada ke kelas-kelas sebenarnya eh?
Sebab memula kami plan nak naik yang berbilik punya..tapi rupanya jenis tu tengah under maintenance..
Amek jela mana ada..
Frustrated at first sebenarnya..sebab masa gi tukar tiket dekat kaunter tu dorang cakap gerabvak tu campur ramai-ramai..katil atas orang lain duduk..dan hanya tirai pemisah kita dengan yang lain tu..
Isk! Terus rasa tak enjoy..
Tapi realitinya, not so bad la..berbaloi la harga tu kan..nak vvip ko sewa la train tu untuk ko aje..hikhik
Oh, ada harga untuk warga emas..tapi kena bawak IC masa beli tiket tu..
Memandangkan kami beli tiket online at first tu..so harga tiket mak ayah saya pun sama je harga standard.
Total kami berEMPAT adalah RM184.00
Qisya tak payah..takde caj untuk dia memandangkan dia kongsi katil je ngan saya..
Tapi sebenar tak berapa selesa untuk tido berdua sebenarnya..lagi plak anak ko jenis tido lesak..
Memang merengek-rengek gakla dia rimas..
Tak lena mak dibuatnyeeeeeee @____@

Ok, meh nak tunjuk gambar dalam train di tempat duduk masing-masing
Mujur kami dapat katil bawah semuanya..syukur!
 



Boleh nampak kot keadaan dalam train?
Nampak kan tirai tu camana?
Nampak kan ada tangga untuk katil atas dalam gambar ayah saya dan suami tu?
Hm..camtula keadaannya..
Saya tak kisah pun..terima je seadanya..hihi
Ada gak tempat ;etak barang macam para sket kat tepi tingkap tu..yang ada saya letak botol susu tu..
Katil pun agak panjang..takdela sampai kena bengkok kaki nak tidur kan..
Alhamdulillah...keadaan takdela teruk..ok je saya tidur..dan selamat sampai..
Alhamdulillah..

Ohye..nah link ktmb tu kalo-kalo korang pun tingin nak naik keretapi sama kan..hehe
kena create account dulu..baru boleh klik-klik tengok destinasi semua.
Kalo yang ada baby kecik bawah umur setahun tu simpan dulula hasrat kot..takut dia meraung all the way ke..jenuh..hihi
Tapi kalo korang bersedia mental fizikal proceed jela..tak semua baby jenis meragam kan..
Macam Qisya (dah toddler pun) ok je..
Bagi susu dah ok dah..
Nangis sikit2 tu tepuk-tepuk jela..
Tapi paling spoiled di jam 1pagi..
Susu dia baru abes jam 12.30 tu..saya bajet dalam kul2pagi tu kena bancuh susu dia siap-siap..takut kang dia nangis meraung nak susu time tu..
So konon nak standby tunggu kul2pagila..
Sekali kul1pagi dia dah nangis kuat nak susu
Haiyyya! Qisya kalo nak susu tak boleh kompromi dah..
Terpaksa jerit sket kejut papa yang duk katil sebelah mak untuk buat susu..
Risau gakla passenger lain marah kan..tengah tidur ada plak suara budak nangis kuat..hihi
Alhamdulillah..all going well!

Toilet? Cafe? Semua pun ada..
Dan cantik terpelihara..
Ada one guy ni memang dia jaga la kebersihan situ..
Susu tertumpah sket pun datang mop..
Toilet wangi je..setiap 1gerabak ada toilet..
Tapi cafe dia saya tak sempat jengah..
Hasben je ada pergi..
Dia tapauw burger 2ketoi.milo kotak 4..
Yang kelakor burger keras kejung kosong je takde salad or mayonis or tomato..
Ada dapat sos yang kena koyakkan sendiri tu..
Tak puas makan..
Harga RM4.50..kenyang dan sedap lagila burger special kat area rumah saya..hihi
emm..tapi surau tak pula ketemui.. 



ohya..kami ke stesen tu naik feri..yang tu next entry eh..
tak larat nak taip dah..


sikit TIPS yang boleh dikongsikan:

  1. kalau korang nak travel di musim cuti, booked la tiket awal-awal k
  2. kalau travel with family (bawak mak ayah, anak kecik) pilihlah katil bawah..kalo boleh call dulu kaunter to double check your booking..check all in same gerabak or not ;)
  3. kalau jenis nak travel ngan baby, dinasihatkan untuk tidak bawak barang banyak, terutama stroller..sebab agak menyusahkan nak usung semua tu
  4. bawa makanan sendiri lebih mudah dari dapat makan burger keras kejung takde taste..hihi
  5. mungkin kena standby sweater untuk night journey sebab even malam tu tak bape rasa sejuk..dekat-dekat subuh tu sejuk mecucuk jugakla..ada gerabak yang memang sejuk, gerabak kami haritu kategori ok-ok aje
  6. kalo korang beli tiket online..make sure korang print tiket tu..n JANGAN LUPA pulak BAWAK TIKET masa naik keretapi tu nanti ok!


harap dapat membantu..Assalamualaikum..



Thursday, May 16, 2013

hepi besday OPAH!

Assalamualaikum wbt..

hari ni 16/05/2013 adalah hari ulangtahun kelahiran opah Qisya; Badariah Hamzah yang ke 62tahun..

Qisya awal lagi dah call opah wishes besday..hihi
Moga panjang umur opah..murah rezeki dan dilimpahi rahmat dunia dan akhirat..
we love u opah! muah muah..

besday opah sama dengan tarikh hari guru..dan memang opah sangat sukakan kerjaya guru..
malangnya takde sorang pun anak opah yang berkerjaya sebagai cikgu/guru..
tapi syukur sebab semuanya menghargai jasa guru..Alhamdulillah..hihi
taktau kenapa opah suka sangat kerja cikgu ni..
tapi dulu dia selalu cakap jadi cikgu banyak cuti..sekolah cuti cikgu pun cuti..
mungkin betul..mungkin juga tidak..ye dok?hihi

dan mungkin sebab rumah kami dikelilingi sekolah..ececeh..bunyik macam rumah kat padang sekolah plak..hihihi..

tetibe kerjaya cikgu plak..

ohye..tadi layan fesbuk sambil kerja *sila jangan tiru kelakuan ini* ada kawan-kawan satu sekolah rendah berkomen-komen status sorang kawan..dan terdrag sama cikgu lama kami..nostalgik plak..cikgu sangatla sporting..hai cikgu! *tiba-tiba*

okla..back to the topic..SELAMAT HARIJADI OPAH QISYA aka EMAKKU!!




Tuesday, March 5, 2013

UMRAH

Assalamualikum..

sekarang ni musim orang buat umrah kot kan?hehe
macam kebetulan plak ramai saya tengok duk update nak gi umrah..
alhamdulillah..dah sampai masa dorang..

teringinnya nak pergi..

okla..just a short update je ni..
last week, my sister;kaklang a.k.a umi dah pun berangkat ke sana..
dia punye flight hari sabtu 23/2/2013.jam 3petang kot.
saya dan suami cuti jumaat 22/2/2013..so gerak gi KL malam 21/2/2013 tu gak..
singgah R&R Sg Perak makan minum dan singgah Tapah tidur jap kat R&R tu..hihi
super ngantuk..so to avoid dari terjadi perkara tidak diingini, marilah kita tidur sebentar..hihi

ok..tayang gambar je..mood bercerita takde.

umi+abah dan turut sama terselit di situ adalah anak saye ;)
anak saya yang macam-dah-pandai-jalan bersama abang-abang nya (anak umi)

anak saya



mangsa cium

bersama mak mertua umi a.k.a. mak abah





 ok, di sudahi dengan reaksi budak yang dibawa ke Taman Permainan *tiba-tiba*



mula-mula boring

.
.
.
.
.
.

kemudian

.
.
.
.
.
.
.
.
.
 .
 .
 .
 .
 .
 .




 


happy bukan main!


entry ni dah lama dalam draft..tapi sebab asyik takde masa nak update..duk la situ diam-diam..hehe

* wondering on how is Umi's reaction when she come back Mesia this week..hoih..sedih teringat *

p/s:
- al-fatihah buat arwah Maksu
- al-fatihah buat pejuang negara yang tertewas dia Lahad Datu
- doakan juga buat pejuang-pejuang yang masih berjuang di sana..

aminnnn..

Friday, February 8, 2013

suamiku cayang!

eceh tajukkkkkkkkk..hihi

Assalamualaikum..
tetiba perasaan macam nak dedicated special entry for my BIG BOSS ----> encik SUAMI ;)
*main reason=semalam tertinggi suara..ihik ihik*

papa, i am SO SORRYYYY tau..tapi semalam ibu dah salam tangan kan..hehe
ibu kan lembik..tak macam papa..hero sejati..
lately memang capek sket..nak-nak plak papa ada training je..
balik dengan si buah hati kecik yang taknak ditinggalkan sorang..asyik nak melekat je ngan ibu..semua tu terkumpul-kumpul menjadi satu..tu yang ibu capek sangatttt..walhal nye papa rilex jek..hari-hari pun nampak bersemangat..betul-betul ada kuasa super hero..hihi
ada ambil supplement ke papa?eh, lupa..kan papa makan VCOA..ahaks!

eh..pada sesape yang tetiba terbaca entry ni *sedar diri blog takde reader..hihihi*
jangan plak fikir macam saya n suami bergaduh n tak bertgeur sapa plak tau..
dah salam-salam pun..dan hasben pun ok jek..dia maintain jek..

walopun semalam dia sampai rumah dah jam 11malam lebih dah..dia gak yang gi sidai kain (@____@)
sebab tu la bini dia rasa bersalah dan terasa nak buat entry ni..hihi

sambil-sambil tu letak jela entry CELEBRATE BESDAY DIA 11 JANUARY yang lepas eh..
besday sama akak SITI NURHALIZA kitew..euwww..jeles! ;)

saya takde pun sambut n spend mahal-mahal untuk besday dia..lagi plak besday awal tahun..musim closing..padan mukala..kihkih
kenkonon nak buat DIY BIRTHDAY CARD..tapi nan-ado jugakla jawabnya..

hadiah pun tak surprise sebab memang bawak dia gi beli sendiri 1-2weeks before his besday..
tak romantik langsung! ahahaha
sebab hadiah saya bagi adalah 4helai baju..kang beli salah saiz or salah design kang dia tak berkenan terus macam tak best kan..hehe
saya bagi baju kemeja kerja 2helai dan tshirt berkolar 2helai..jadi la..cara orang tak banyak duit..hehe

then besday dia Jumaat, so malam tu ada la buat seprais kek besday sket..
plan lari sket sebab dia yang sampai rumah dulu..nak taknak masa saya sampai saye letakkan je kek kat ampai baju luar rumah dulu..then masa dia sembahyang maghrib, saya bawak sikecik gi amek kek dan buh lilin..elok dia sudah sembahyang tutup lampu rumah sambil bawak kek ada lilin..hehehe..
terkujat jugakla si suami tengok isteri sambil dukung anak tangan kiri, bawak kek tangan kanan..sambil nyanyi-nyanyi hepi besday dengan nada perasan Yuna..
yang si anak mata tak lepas tengok kek..mungkin kek kelihatan menggoda pada dia..hihi
dia apa pun dia nampak sedap +______+

pastu siap-siap gi makan luar pulak..
makan western kat kedai murah...waahhhh, kenkonon nak kelainan la..makan WESTERN tapi kat kedai tepi jalan jek..wakaka..betapa senang nak dapat makanan spesial sekarang..tapi tahap kedai tepi jalan jela..kihkih

okla..sikit-sikit story jadila kan..tayang gambar plak
dan SELAMAT TAHUN BARU CINA ye korang *tetiba*

si besday boy..si suami ter-chenta!ahaks! bersama salah satu kemeja besday gift ;)

the cake..before dipotong..tunggu dia sudah solat

the WESTERN food..ececeh..nak gak mention western..haha

the papa n the Qisya

Friday, August 31, 2012

bila henpon mula berbicara

amek dari mukabuku jugeee..
macam kelakar..so nak share sini gak..
hahahaha..
NOKIA 3310 memang terbaekkkk!!
buat baling anjing pun maseh elokk..hihi
dah patah casing ikat ngan getah je..still functioning..hiks!
worth for your money ;)


p/s: selamat hari keMERDEKAan yang ke 55 Malaysia!

Thursday, August 30, 2012

alhamdulillah..penambah semangat

follower dah 45..alhamdulillah

pageviews dah 40,600..alhamdulillah

wajib buat print screen..hihi


hope bertambah semangat nak update..
update sempoi-sempoi pun takpe..janji ada update..ye idok?

syukur tak terkata..
almaklum baru je lagi kot saya up entry follower dah 43 orang..
sekarang dah 45....alhamdulillah
hopefully duit nuffnang pun makin galak le masyuk...amin ;)
(motippp sangatttt kan??)

berbeza sangat ngan entry setahun lepas..masa tu pageviews baru 5800..follower baru 26..
ALHAMDULILLAH..
tQ Allah ;)

p/s: sila abai tulisan saya pasal kejakunan saya tu..
ye. saya jakun sangat time tu..
tapi sekarang baru saya tau yang HZ will never view me!
yang appear kat tepi tu sebab saya yang view dia..
boo kat diri sendiri :p

note: cuba cek korang punya BIRTHDAY COLOUR ;) just for fun!

super kampung style



kelakar gila kot..
saya tau kewujudan lagu ni sebab semalam  hot chat am crew dorang duk cakap pasal gangnam ni n dorang ada pasang lagu ni..macam best jek..

semalam malam suami bukak lappy saya curi-curi la search video nyee
kelakorrrrrrrrr..
hahaha

layanzzzzzzz!!

Monday, July 23, 2012

duit syiling baru

9.36pm; 23rd July 2012


agak bosan..
anak merap takmoh tido..suami gi tarawikh.
selalu time ni saya dah siap kemas baju anak untuk sekolah esok.
tpi tadi suami lupa bawak naik beg baju anak dari kereta..so mood mengemas agak kurang sikit.
kena tunggu dia bawak naik usai tarawikh.
pastu dengan anak taknak duk dalam buai..kena la duk sebelah dia jeni..enjut-enjutkan bouncer dia..
boring.
nak menjahit macam taktau nak mula camne..blurr..
nak mengait..nak memang nak..tapi rasa nak buat benda lain plak..


pastu teringat haritu ada snap-snap koleksi duit syiling baru tu..
ala..duit syiling baru tu,ringn jek..
korang pun mesti adakan?
saya salu dapat syiling tu bila gi Giant..
selalunya kalau dapat terus put a side.
sebab almaklum barukan..konon-konon nak simpanlaa..
lagipun tak mesra lagi dengan duit tu..dia macam ringan sangat..pastu size dia kan lain sikit dari yang lama tu..takut salah kasi kalau nak bayar apepun..
macam duit tipu pun ada..hehe..

duit syiling tu kan dilacarkan 16.01.2012 aritu..
tapi dalam koleksi saya baru duk ada RM2.30
taktaula bape lama nak peram..samada dgunakan atau pun tambah-tambah lagi..hehe

dulu saya duk kumpul duit syiling yang tahun 1984..susah gila kot nak jumpa..
yang duk ada pun syiling RM0.50 tu jek..
dulu my mum pun tolong saya carikan duit 1984 tu..ada banyak gakla..
sekali adik pi guna..ceittt!!!
pastu dah kawen saya ngan suami duk kumpul syiling untuk anak..hehe..ada la dapat 3-4ratus gak..tupun duk culas menyimpan..hiks!


okla..jom kita compare-compare sket duit syiling baru tu..memang ringan kot dari yang lama..kecik plak tu..hehe




1) sekupang | sepuluh sen | seposen

syiling ni takde masalah kot nak cam..sama saiz..corak je lain sikit kot

2) lima duit | lima sen

bigger than before. ketara kan?dia macam nak sama besar ngan 10sen tu

3) dua kupang | dua puluh sen | dua posen

lagi kecik dari saiz sebelum..warna ala-ala gold

4) lima kupang | lima puluh sen | lima posen

kecik dan warna lain..ala-ala gold..macam syiling 2posen tu..macam syiling lama yang singgit tu pun ada gakkan?tapi syiling ni ada segi-segi dia..dia tak 100% bulat laa..


korang plak ada kumpul-kumpul tak syiling baru tu?
duit kertas baru tu plak ada tak?
saya belum ada  =________=
ada sape-sape sudi nak tukar duit kertas tu tak?
kalau nak kasi foc pun saya terima.. ^________^


okla..suami dah pulang..
poi-poi

Friday, July 20, 2012

riwayat sebuah topi MERAH!






selamat berpuasa u all!!!

jumaat oh sumaat

eh..korang penah baca tak lawak pasal sumaat tu?
lawak giler kot..tapi 18sx la sket..
yang mana baru spm pun xlepas lagi tu tak payah nak google cari plak k..hiks!

semalam saya dan mr suami bawak Qisya pergi klinik.
dah seminggu lebih dah budak tu flu..asek tersumbat je hidung..nak bernafas pun bunyik kasar..kesian sgt!
last week dah bawak gi gomen..tapi tak lega gak.
pastu kakak opis ni sajes suh gi private..gi pakar..
so kami pun membawanya..
memula macam taknak bawak lagi..yela,memang risau kesihatan anak..tapi at the same time takmohla terlampau biasakan..i mean, i want to let her develop a strong antibody.
tapi sebab macam kasihan to the max sangat..so bawakkan juga.
mujur la dia di tahap selsema biasa..it's normal doc cakap..lega haih!!
tapi masa nak cari klinik tu boleh plak kitorang salah masuk klinik.
kelakar hokeh!
patut nak pi klinik pakar kanak-kanak singapore. tapi pi klinik singapore!
manala tau ada dua jenis singapore plak..hiks!
mujur mr suamiku sembang-sembang dengan one of patient kat situ..sempat gakla cancel register then pergi cari klinik sepatutnya..haha.

okla..bukan itu yang nak dicerita..that one later-later k.

nak share..tadi saya on fb jap..then nampak nuffnang ada post satu gambo.."spot the 8 differences"
so saya pun copy paste gambar tu..sebab nak try main..suka game macam tu..then takmohla nak belek gambo tu sambil online dan cari perbezaan tu kan..kita cari sambil2 jela kan..heheh
pastu saya pun "open with-paint" gambo tu sebab senang nak mark mana yang dah jumpa.

pastu dapat satu ni jek (tengok gambo bawah..yang dalam bulatan tu)

nampak tak?



pastu terus terkonpius..mana 7 yang lain?
baru satu je jumpa.
eh, selalu saya terer je k main game ni..

then baru saya perasan..

memang itu jela differences nyerr punn..
kan ke lapan kaki spider tu..

ceit!!

hahaha..it inject me FUN in this gloomy morning!
*senyum sorang-sorang*

Tuesday, June 5, 2012

majlis aQiQah - part 1 ~preparatiOn

Sabtu ni, bersamaan 9 June 2012 akan berlangsungnya majlis aqiqah buat puteri sulung kami iaitu NURUL QISYA DAMIA BT MOHD FAIZAL.
Sepatutnya majlis adalah pada minggu lepas, Ahad 3 June 2012, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, terus tukar 9 June.. kalo tak memang dah ngam sangatla buat 3June, almaklum, date itula ulangtahun pernikahan ibu n papanya (tapi tak celeb pon!)
Baikla, lupakan kesedihan tersebut, mari kita cakap pasal majlis aqiqah.
Nah! start dengan kad. design by nalsweet&co. ahaks!
sesape baca blog ni n baca kad tersebt, secara otomatik anda dijemput hadir.
majlis adalah simple yet economical. harusla ai takut nak publish kat fb u!! ahahaha

ok, skang kita bincang pasal persiapan plak.
dah terang-terang korang tau tema majlis ---> simple yet economical..
so, dah bley dapat gambaran kot majlisnya cikai camne..hahaha
kesian anak ibu. huks! >____<

ikut hati memangla nak buat grand n nak upah planner majlis kenduri kendara, sambil berlagak diva banyak duit, main letak bajet riban-riban n dorang uruskan. tapi apakan daya...ecewah!

ok, kenduri aqiqah, untuk anak pompuan kan sekor kambing (the most allocation for the event..mostly rm1k dah kambing skang..taktau pasaipa mahai nau, walhal kambing bukan mandi pun..haha)
so, kitorang bajet jemputan pun dalam 200-300orang jekot.

saya nak buat terus majlis berendoi, tapi takla cukur jambul sebab rambut Qisya dah dicukur masa hari ke3 saya mengurut badan masa dalam pantang itu hari. kalo cukur gak kali ni. kesian anak ibu sebab rambut tak sempat banyak..huhu

pastu saya plan nak buat marhaban sambil majlis berendoi tu..tapi entahla..makcik yang diamanahkan tu bikin spoil la plak..kesian anak ibu, takkan nak berendoi dalam keadaan senyap sunyi..
+________+

alangkah bestnya kalo dapat macam ni

berpijak di bumi yang nyata, ini je yg ado!
ya, sangat kasihan! hehe (konon sedih, tapi ada 'hehe' plak..takpaham)

insya'Allah, semuanya akan DIY!!!

dengan hiasan lampu sebegini sahaja. itupun lampu tidur hadiah dari sorang kawan untuk wedding dulu yang lgsg takdigunakan pon..hehehe

ok, persiapan untuk our lil princess plak adalah seperti berikut:

baju gown/flower girl hadiah dari mama (hadiah kan mama kan..kan..kan..)
ewah-ewah..ekceli, warna je sama kot
pastu semalam ibu gi mydin (ewahhh..kelas kau maria! siap mentioned kat public beli kasut anak kat mydin jek..hahaha), belikan kasut ballet untuk si kecik tu..pinky pls!!
ololo comey..tapi Qisya punye lg comey kot..*jahat*..tpaksa belikan Qisya size 6-9bulan..sebab kecik takdak dah..anak ai, walopun dia boleh pakai baju budak umur 1tahun, tapi kasut adalah TIDAK..hehe
ok, gift plak hanyela bungkusan cekelat aka gula-gula aka candy (bajet omputeh)

ohya, another DIY thing yang saya tingin nak buat adalah:
tilam sarung kain satin putih
anak abang nara kitewww..aariz
ok, takdela nak tilam tebal sebegitu..saya nak buat nipis je untuk lapik dalam buai..tapi nak kaler putih sebegitulaaa..dah try carik..tapi asek jumpa yang mahal..yang RM20 takde ke?hahahahahaha..dasar kedekut!

ibu kedekut untuk kebaikan Qisya jugeee..hiks! ekceli, terasa tak berbaloi spent too much for the things that i think, i could make it by my own..tapi sempat ke?kuikuikui

tata..sehingga berjumpa di part 2..

OOoppppSSsss...gambar semua ihsan google kecuali gambar kad..hehe

Monday, March 5, 2012

lama gila tak update blog..hehe

 isk..dah usang dah blog saya ni tanpa sebarang update..kesiannnn

ok, pendekkan cerita..saya dah 37weeks dah skang
perut dasat sangat besarnya..dn dah nampak ke bawah sket
kaki bengkak tahap selipar tak boleh masuk kaki abes tu..hehe
pastu kalo duk umah..gerak-gerakkan jari kaki rasa dia mcm seolah kat celah jari ko tu ada pacat..tapi bukanlah pacat sebenarnya..isi dari bengkaknye kaki tu..hahha
 pastu hidung kembang =____+
leher hitam *______*
dengan berpeluh-peluh dasat..
saya pun makin malas nak berhias diri..kalo keluar rumah tu memang tahap bedak sikit pun tak letak punyalahh
yela..kang letak bedak pun hilang dek peluh-peluh yang hyper dasat tu
semua ni terjadi semenjak usia kandungan 8bulan lebih aritu..
bayangkan..dah bape lama haku selekehhh (eleh..macamlah salunya vogue da vass :p)

ok, dah..tak payah nak membayangkan sangat..memang buruk pun

nak citer sket je ni..masa last 2weeks kot..sekitar usia kandungan nak masuk 36minggu..hari jumaat yang hening..ewahhh
saya datang kerja macam biasa..cumanya aritu dah rasa kelainan dari pagi..n cakap kat asben..kaki macam sakit sangat..then pening semacam..so dia volunteer nak hantar (memang dia dah lama nak tolong antar n amek dari kerja..tapi saya malas nak susahkan..kereta saya pun auto jek..bukan susah nak drive..konon nak start susahkan dia pun bila dah masuk 9bulan..tu pun kalo larat tak payah susah-susah ye encik asben..ehehe)
pastu datang opis memang saya bertambah pening..ngan muntah 2x..then hidung n ludah keluar darah..baby plak macam kurang gerak..dia mcm mengeras jek kat bawah..so saya agak riso
dalam masa sama takmoh gi klinik konon sebab ada meeting
tapi saya gi gak..atas nasihat ramai

memula gi KK saya salu gi tu jela
then dapat surat refer MH 
pastu apa lagi..admitted la kawan-kawan
perasaan?
kalo kena admit weekdays sonok la jugak kot..ini tak..jumaat dah pun..rugi je weekend aiii..hiks
pastu..gila bosan duk spital..yela..tengok muka sorang-sorang berkerut tahan sakit nak bersalin..saya plak admit sebab nak monitor baby jek..tak ke haru??
tido tak cukup..yela..ngan tempat baru kan..lagi plak nurse asek kejut nak cek jantung baby la..nak buat CTG laa..ngan asek dengar baby nangis..isk!!!

okla..tutup cerita duk spital..saya duk pun sehari sajorkk ;)
punyela bdisiplin sebab nak mintak gak discharge ari sabtu tu..hiks




nah..ni muka boring baring kat katil spital


muka buhsan tunggu turn nak scan perut..lama gilorkkkk

satu-satunya pelawat saya..dia yang eksaited nak tido spital..samapai patient plak duk kat kerusi..dia baring kat katil =____*
 ok..tu kisah spital..tak moh ingat dah..scary..(over..hiks!)
ok, last weekend (sabtu) kitorang gi servis keta saye..then balik tu singgah la kamdar..nak carik kain buat cover bantal ngan tilam baby dalam perut ni..tapi saya upah orang jek..mana sempat nak jahit sendirik kan..lainlah sekarang i dah bercuti panjang..
 
carik punye carik..yang ini yang dipilih..konon nak amek kartun sket..tapi corak kartun semua kain nipis..i dun like..pastu plak gambar kartun dia macam pecah-pecah..taksuke! then i choose the pinkish one..hehe..sebab kain dia tebal sket..berbaloi-baloi..then yang kaler pink sebam (lupe nama kaler) sket tu konon beli nak buat baju kurung..hehe..berkenan plak rasa..saje beli dua (2X4meter) sebab standby untuk baju baby gak..hiks..berangan!!) 

hehe..hat, bootees, mitten for my lil ;)

eh,terselit lagi gambar spital..mamat yang gembira duk spital sampai kan tahap makanan patient pun dia bedal..hehehe

bantal purple adalah bantal beli ready made..kekabu punya..satu set ngan tilam tapi tilam ada kat kampung la..tapi saya beli gak kekabu kosong..so dapatlah jahit bantal lagi untuk my baby (kaler biru tu..i jahit tangan je tau..takde mesin jahit pun..) saje buatkan bantal lagi sebab my mum cakap bantal ready made tu macam padat sangat,takut baby xselesa tidur..so ibu jahitkan yang baru untuk gegirl ibu la..hehe..gambar bawah plak adalah gambar puding yang baru dibuat semalam..teringin..then mintak resepi kat mak..sekali tak bape sedap sebab tak manis..frust..tapi idokla teman buang..masih boleh dimakan..hehe
ok, nak stop dah..ada projek lain..iaitu buat sweater untuk sikecik ni..baru siap 1/3 kot...hope sempatla siap..hehe
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Labels

:: sharing is caring :: (188) ~ hoBi aku ~ (6) ~ wedding ~ (1) ♥my new journey♥ (155) 1-6bulan (3) aiskrim (1) aktiviti laki bini (30) aktiviti sekeluarga (2) along n ilham (12) anak (37) aqiqah (4) artis (3) atuk (1) audit team yg best (3) baby (6) baby carrier (1) baju raya (2) bandung (3) bbcreamsqb (1) berangans (1) birthday (6) bisnesadikberadik (2) budak (5) business is business (17) carrier (1) cleansersqb (1) comel (3) contest (1) crochet (7) crosstich (1) cuti-cuti (14) dapur elektrik (1) dinner (1) DIY (2) doa (2) dryer machine (1) electrolux (2) emo xtentu pasal (#_#) (20) encik suami (11) ho (1) how i wish i can get this ^_^ (9) ibu-anak (5) impian (4) ISLAM agamaku. (14) jahit menjahit (5) Jai's family vacation (1) jaikitofamily (2) jaikitoteam (2) just for FUN (19) kawan (1) kayuh itik (1) kediaman (1) kelakar (2) keluargaFAIZAL (26) keluargaku (52) kenduri kendara (12) kereta idaman (1) kerja (2) kesihatan anak (6) Lazada (1) lebiu anak-anak (3) lelong (1) lenovo (1) makan (16) mamayangbuat (2) manik (6) masak (9) masksqb (1) me (6) melaka (2) membebel (3) merepek meraban ;) (80) mimpi (2) muka (2) niece (1) nile (1) nuffnang (5) nurulJANNAHalisya (12) nurulKHAYRAsafiyyah (1) nurulQISYAdamia (67) online (2) opah (1) opishh (3) padang besar (3) parenthood (24) pelik (1) pengalaman (1) peraduan (2) photoshoot (3) pregnancy journey (14) ralat (3) ramadhan (1) raya (4) recommended! (2) resepi (2) resepi mereka (3) rezeki (1) risau (2) rumah (2) sakit (3) samsung (1) saya jual (1) semangat (3) seqybeauty (1) sesaje (80) shopping (21) SimaFairulWedding (2) skincaresqb (1) sqb (1) Stroller (1) susu (1) sweet cherry (1) syukur (25) tak suke. (4) taman tasik taiping (1) teka teki (1) teladan dan pedoman (32) teratakfaizalhasidah (2) teratakFS (1) teringin (1) theNuruls (5) tidur (2) TIPS (4) TOUCHing (4) tragedi (6) tudung (16) tutorial (1) tutorial handphone (1) tutorial printscreen (1) twins stroller (1) VCOA (4) wahai hati (1) wishes (3) zalora (2)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...