Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

i apprEciatE u!!! ;)

Monday, May 27, 2013

Pengalaman naik keretapi



Kereta api ke keretapi? Rasa-rasanya last time masa belajar yang betul adalah KERETAPI.. don’t know sekarang sebab time changed kan??

Takpela mana-mana pon..

Kami suami isteri memang dah lama aim nak naik keretapi (untuk long journey eh).. teringin nak tidur-tidur (read:tidur atas katil) dalam keretapi..feeling tourist sket..kahkah..bukan tak boleh naik kereta je drive..tapi nak rasa pengalaman tu sendiri..nak feeling teruja..hihi

Selama ni plan asyik terpaksa ditundakan memandangkan ada anak kecik..pastu nak arrange cuti tu macam susah dan plan tu duk terdrag sekian lama..
Dengan macam blur sebab memasing taktau mana nak mula..takde pengalaman la katakan..taktau option untuk beli tiket..macam plan pun plan yang takde sape buat usulan..wahhh giteww!

Selain plan naik keretapi untuk long journey tu, ada plan nak naik kapal terbang gak..
So beberapa minggu yang lepas tangan saya tergatal sket cek website airasia..yela..standard orang kebanyakan macam kami ni layak airasia jela..n ofkos duk ushar time dorang buat promosi jelakan..hihi
Pastu kenkonon dah arrange la short trip gi Langkawi dari Penang on 30th May..
Dah siap ushar bajet hotel lagi tau..
Last-last baru perasan yang LAKI BINI KERJA AKAUN..
Deyyy..apa kes nak cuti end of month..mau ptoong kapla la kan nak closing lagi mau cuti..
Bukanlah sampai cuti tu not allowed..tapi macam taksedap la kan nak jenjalan tapi hati takut boss besau marah..hihi
So plan nek kapeterbang *tolong bace guna intonasi orang perak ye..hehe* CANCELLED!

Thats why terfikir nak proceed plan naik keretapi..
So terus plan a week before closing..
Lagi plak ada cuti wesak kan..its a bonus laa..wink wink!
Tapi sebab tiket on 23rd May fully booked, we change to 22nd May..maknanya kena apply cuti kames la kan..takpe..eksaited punye pasai..hihi
Walo im doing a mistake at the first steps; booking ticket..kapla mengong amek tiket on 24th May..malam..
Tak ke rugi sebab cuti kan 24 tu..kalo tiket malam memang rasa rugi sangatla..tak berbaloi..
So nak tak nak kena gi tukar ke sehari sebelum..
Ya, saya booked online..
Nak tukar kena gi thru kaunter..pfft!    +__________+

Bawak mak ayah saya *sebab nak gi lepak pun rumah kakak saya*
Selasa lepas kerja gi amek mak ayah datang Penang..
Rabu malam lepas kerja siap-siap untuk start the journey..
Tiket kul 11malam..dijadualkan sampai ke destinasi *KL Sentral* pada jam 6.30pagi..
Tapi sebenarnya sampai pukul7lebih sket macam tu..okla..takdela lari sangat timing dia..

Kami plan nak pergi n balik guna keretapi..tapi mak plak ada appointment follow up ngan doc Isnin 27/5/13 so kena cancel la plan balik penang ngan keretapi tu..
Yela..camne nak hantar mak ayah plak..macam susah pergi balik macam tu..
So tukar plan..pergi je kita naik keretapi ye anak-anak :p
Ohya, HARGA TIKET adalah RM46/adult
Itu harga dari Penang (Butterworth) ke KL Sentral la..tak perasan plak stesen lain..tapi lebih kurang jekot..
Harga untuk bed seat la..kami ambil yang kelas kedua kot..ada ke kelas-kelas sebenarnya eh?
Sebab memula kami plan nak naik yang berbilik punya..tapi rupanya jenis tu tengah under maintenance..
Amek jela mana ada..
Frustrated at first sebenarnya..sebab masa gi tukar tiket dekat kaunter tu dorang cakap gerabvak tu campur ramai-ramai..katil atas orang lain duduk..dan hanya tirai pemisah kita dengan yang lain tu..
Isk! Terus rasa tak enjoy..
Tapi realitinya, not so bad la..berbaloi la harga tu kan..nak vvip ko sewa la train tu untuk ko aje..hikhik
Oh, ada harga untuk warga emas..tapi kena bawak IC masa beli tiket tu..
Memandangkan kami beli tiket online at first tu..so harga tiket mak ayah saya pun sama je harga standard.
Total kami berEMPAT adalah RM184.00
Qisya tak payah..takde caj untuk dia memandangkan dia kongsi katil je ngan saya..
Tapi sebenar tak berapa selesa untuk tido berdua sebenarnya..lagi plak anak ko jenis tido lesak..
Memang merengek-rengek gakla dia rimas..
Tak lena mak dibuatnyeeeeeee @____@

Ok, meh nak tunjuk gambar dalam train di tempat duduk masing-masing
Mujur kami dapat katil bawah semuanya..syukur!
 



Boleh nampak kot keadaan dalam train?
Nampak kan tirai tu camana?
Nampak kan ada tangga untuk katil atas dalam gambar ayah saya dan suami tu?
Hm..camtula keadaannya..
Saya tak kisah pun..terima je seadanya..hihi
Ada gak tempat ;etak barang macam para sket kat tepi tingkap tu..yang ada saya letak botol susu tu..
Katil pun agak panjang..takdela sampai kena bengkok kaki nak tidur kan..
Alhamdulillah...keadaan takdela teruk..ok je saya tidur..dan selamat sampai..
Alhamdulillah..

Ohye..nah link ktmb tu kalo-kalo korang pun tingin nak naik keretapi sama kan..hehe
kena create account dulu..baru boleh klik-klik tengok destinasi semua.
Kalo yang ada baby kecik bawah umur setahun tu simpan dulula hasrat kot..takut dia meraung all the way ke..jenuh..hihi
Tapi kalo korang bersedia mental fizikal proceed jela..tak semua baby jenis meragam kan..
Macam Qisya (dah toddler pun) ok je..
Bagi susu dah ok dah..
Nangis sikit2 tu tepuk-tepuk jela..
Tapi paling spoiled di jam 1pagi..
Susu dia baru abes jam 12.30 tu..saya bajet dalam kul2pagi tu kena bancuh susu dia siap-siap..takut kang dia nangis meraung nak susu time tu..
So konon nak standby tunggu kul2pagila..
Sekali kul1pagi dia dah nangis kuat nak susu
Haiyyya! Qisya kalo nak susu tak boleh kompromi dah..
Terpaksa jerit sket kejut papa yang duk katil sebelah mak untuk buat susu..
Risau gakla passenger lain marah kan..tengah tidur ada plak suara budak nangis kuat..hihi
Alhamdulillah..all going well!

Toilet? Cafe? Semua pun ada..
Dan cantik terpelihara..
Ada one guy ni memang dia jaga la kebersihan situ..
Susu tertumpah sket pun datang mop..
Toilet wangi je..setiap 1gerabak ada toilet..
Tapi cafe dia saya tak sempat jengah..
Hasben je ada pergi..
Dia tapauw burger 2ketoi.milo kotak 4..
Yang kelakor burger keras kejung kosong je takde salad or mayonis or tomato..
Ada dapat sos yang kena koyakkan sendiri tu..
Tak puas makan..
Harga RM4.50..kenyang dan sedap lagila burger special kat area rumah saya..hihi
emm..tapi surau tak pula ketemui.. 



ohya..kami ke stesen tu naik feri..yang tu next entry eh..
tak larat nak taip dah..


sikit TIPS yang boleh dikongsikan:

  1. kalau korang nak travel di musim cuti, booked la tiket awal-awal k
  2. kalau travel with family (bawak mak ayah, anak kecik) pilihlah katil bawah..kalo boleh call dulu kaunter to double check your booking..check all in same gerabak or not ;)
  3. kalau jenis nak travel ngan baby, dinasihatkan untuk tidak bawak barang banyak, terutama stroller..sebab agak menyusahkan nak usung semua tu
  4. bawa makanan sendiri lebih mudah dari dapat makan burger keras kejung takde taste..hihi
  5. mungkin kena standby sweater untuk night journey sebab even malam tu tak bape rasa sejuk..dekat-dekat subuh tu sejuk mecucuk jugakla..ada gerabak yang memang sejuk, gerabak kami haritu kategori ok-ok aje
  6. kalo korang beli tiket online..make sure korang print tiket tu..n JANGAN LUPA pulak BAWAK TIKET masa naik keretapi tu nanti ok!


harap dapat membantu..Assalamualaikum..



1 comment:

mamamia said...

Sangat menarik..jemput singgah keblog saya http://mmama2754.blogspot.com/

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Labels

:: sharing is caring :: (188) ~ hoBi aku ~ (6) ~ wedding ~ (1) ♥my new journey♥ (155) 1-6bulan (3) aiskrim (1) aktiviti laki bini (30) aktiviti sekeluarga (2) along n ilham (12) anak (37) aqiqah (4) artis (3) atuk (1) audit team yg best (3) baby (6) baby carrier (1) baju raya (2) bandung (3) bbcreamsqb (1) berangans (1) birthday (6) bisnesadikberadik (2) budak (5) business is business (17) carrier (1) cleansersqb (1) comel (3) contest (1) crochet (7) crosstich (1) cuti-cuti (14) dapur elektrik (1) dinner (1) DIY (2) doa (2) dryer machine (1) electrolux (2) emo xtentu pasal (#_#) (20) encik suami (11) ho (1) how i wish i can get this ^_^ (9) ibu-anak (5) impian (4) ISLAM agamaku. (14) jahit menjahit (5) Jai's family vacation (1) jaikitofamily (2) jaikitoteam (2) just for FUN (19) kawan (1) kayuh itik (1) kediaman (1) kelakar (2) keluargaFAIZAL (26) keluargaku (52) kenduri kendara (12) kereta idaman (1) kerja (2) kesihatan anak (6) Lazada (1) lebiu anak-anak (3) lelong (1) lenovo (1) makan (16) mamayangbuat (2) manik (6) masak (9) masksqb (1) me (6) melaka (2) membebel (3) merepek meraban ;) (80) mimpi (2) muka (2) niece (1) nile (1) nuffnang (5) nurulJANNAHalisya (12) nurulKHAYRAsafiyyah (1) nurulQISYAdamia (67) online (2) opah (1) opishh (3) padang besar (3) parenthood (24) pelik (1) pengalaman (1) peraduan (2) photoshoot (3) pregnancy journey (14) ralat (3) ramadhan (1) raya (4) recommended! (2) resepi (2) resepi mereka (3) rezeki (1) risau (2) rumah (2) sakit (3) samsung (1) saya jual (1) semangat (3) seqybeauty (1) sesaje (80) shopping (21) SimaFairulWedding (2) skincaresqb (1) sqb (1) Stroller (1) susu (1) sweet cherry (1) syukur (25) tak suke. (4) taman tasik taiping (1) teka teki (1) teladan dan pedoman (32) teratakfaizalhasidah (2) teratakFS (1) teringin (1) theNuruls (5) tidur (2) TIPS (4) TOUCHing (4) tragedi (6) tudung (16) tutorial (1) tutorial handphone (1) tutorial printscreen (1) twins stroller (1) VCOA (4) wahai hati (1) wishes (3) zalora (2)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...