i apprEciatE u!!! ;)

Monday, October 8, 2012

cita-cita saya

Reactions: 
kalau masa sekolah sekolah dulu..cikgu asekla tanya cita-cita kan sampai naik muak/jemu/tak suka ngan soalan tu..(this is me..dont know u).
macam bosan nak jawab..sebab macam takde cita-cita kot..hehe.
nak kena letak tiga..dulu-dulu kalo tahap kerani tu rasa macam dah best sangat je dengar.
so saya akan letak macam ni (masa ni darjah tiga):
1) kerani bank
2) penyanyi
3) pelakon

pastu kena panggil masuk bilik guru..kahkah.
sebenar takde la minat nak jadik penyanyi pelakon tu..tapi sebab taktau nak letak ape.lagipun saya adalah tak berminat ngan belajar-belajar ni..hoih..keji tul perangai..mintak-mintak anak mak tak ikut perangai buruk ni..ikutla perangai bapaknya sebab bapaknya begitu cemerlang dalam pelajaran..kehkeh.

eh.selalu failed tang intro.
sebenar nak bagitau how hectic my job is now.
bukan kerja opis.harap maklum.kerja opis jangan dibawa ke rumah.nanti stress.kerja rumah bawak ke opis takpe..kahkah. tipu je tu. takde kena mengena samada ngan yang hidup atau mati. sekian.

sebenar nak share..cita-cita saya sekarang adalah nak jadi SUPER MOM.
sebab saya nak buat macam-macam tapi masa ada 24jam je sehari pastu badan plak selalu hilang energy pastu bila takde energy saya cepat marah dan cepat mengantuk pastu bila dah tido takdela buat kerja yang macam-macam tu. isk! susahnya kehidupan yang cepat penat ni..kihkih.

saya nak jadi isteri solehah. so saya plan hari-hari kalau boleh nak masak untuk suami. biarlah cincai pun tapi nak masak gak.
tapi masalah besar sebab saya hanya tau masak yang sempoi-sempoi.
setakat goreng-goreng lepasla..
teringin nak pikat selera dia dengan masakan yang macam-macam. tapi setakat ni memang dia takde terpikat ape-ape pun..hukhuk.
setakat dua-tiga hari okla nak masak cikai-cikai tu..tapi kalo masuk hari ke4 saye yang jemu dulu..hiks!
eh, camna nak terer masak ye? terer tahap boleh cakap camni "u nak makan ape?name it.." then zaszas siap! + menyelerakan..huhu

pastu teringin nak buat bekal hari-hari..sebab?malas nak drive gi foodcourt. sereyes..kadang-kadang rasa lebih baik ikat perut..tapi kalo ikat perut datang masalah lain sendiri yang merana..huhu.
nak ke food court kena drive..pastu nak cari parking pun susah.dah la sorang-sorang..TAKBEST!

lagipun kalo buat bekal boleh bekalkan hasben sama. sebab dia pun dah face problem yang sama macam saya. cafe kat opis dia dah tutup..kena keluar le kalo nak makan. dia pun sama malas nak keluar time lunch. so alangkah bagusnya kalo saya dapat buat bekal kan? huhuhu. masalah sungguh nak kumpul tenaga lawan tido dan bangun jam6..macam seksa yang amat..hihi

then saya nak nak nak NAK NAK NAK sangat menjahit.
nak polish skil menjahit plak.
merana ok sebab hati nak buat tapi masa tak sempat.
sebab tu nak jadi supermom. bukan takde orang yang berkerja dan terer agih masa buat semua tu..tapi saya tak mampu..terus rasa down macam diri tak sehebat supermom yang lain itu.
saya nak jahit baju kurung Qisya.. juga nak buat dress dia..dalam otak dah yakin boleh buat..tapi tak buat-buat gak!! mencik!
pastu nak jahit langsir..rasanya ni cita-cita dari tahun lepas.masa tu konon kekangan adalah disebabkan pregnant. sekarang? Qisya dah keluar pun..dah 6bulan++ dah dia..nampak sangat penyakit M sebenanye..takde makne nye takde masa..huhu

saya juga nak kemas rumah lawa-lawa.
saya rasa kalo orang datang rumah..mau saya menyorok masuk dalam toilet..
malu tau..rumah dahla kecik..tapi tak kemas gak..taktau pasaipa..hihi.
mujur ada suami yang boleh tolak ansur..love u papa *eh?tetibe..haha*

pastu saya kan suka mengait.
pastu sekarang saya dah dapat order..tapi duk pastu-pastu jela..
tak buat-buat gak lagi..nyampah dengan diri sendiri.

saya juga nak kurus. so misi jogging memang tak dapat la nak buat..dah tu anak kecik mau letak mana?
harap nak jadi super mom supaya tangkas ke sana ke mari boleh buang lagi seploh inci lemak kat badan ni..huhu

lagi ape ye?
haaa..saya nak rajin update blog..nak up entry progress Qisya setelah 6bulan..tapi dah nak masuk 7bulan dah budak tu by end of this Oct..hukhuk.
pastu kalo korang nak tau..saya nak up entry pasal olimpik aritu tau.gigih save picture doodles google konon-konon nak up entry kengkonon rajin n uptodate la kan..nan ado la entry tu alamatnyee!!!
nak up entry besday along n ilham jugak..
ngan entry projek batu angin kat rumah emak sekarang...
tapi tapi tapi..
haihhhhhhhh...

duk bertapi-tapi tu la keje ko puan shidah :p



hari-hari yang dilalui rasa cepat sangat.
kerja 8-530.
sampai rumah around 6-6.15.*depends on keadaan jalan raya*
sampai mesti jerang air dulu pastu pikir nak masak ape.
then masak *samada masak ataupun makan luar la..hehe*
pastu tunggu Qisya sebab hasben mandi n solat dulu (maghrib)
then turn saya plak, hasben tunggu anak pulak *pass batten ;)*
pastu baru makan.
pastu hasben basuh pinggan mangkuk. saya basuh/sidai/lipat baju.
buat kerja sambil sembang atau wasap atau tengok tv atau main ngan budak kecik tu.
tuptaptuptap tido 12lebih.
kang 2-3kali bangun bancuh susu budak tu.
susah dah sebab dia kan dah anti breast feed dah..huhu


paling teruk janji kat nens nak hadiah tudung tapi duk tak pos-pos gak lagi..


haihhhh..penyakit M...... NYAH KAU dari diri ini! dah kronik dah ni!


malu dengan diri sendiri sehingga terpaksa menyorok di belakang budak berpipi bambam

6 comments:

Nens Collection said...

qisha buat muka ape tu..geramm ek?..hehe

xpelah kak..sy tggu..hehe..;)
saya pon malas jgak..kalo ari keje, balik lipat baju pastu golek2 depan tv..tggu mata ngantuk pastu krohh gitulah nyer..kalo ari mggu baru la duk gedik2 kemas rumah..mmg berpeluh habes!..haha

Nens Collection said...

lupa lak,.,yg free susu tu..kalo baby usia 1 thun ke bwh mmg xdpt pape gift harga pon xde diskaun..tp kalu dh usia 1-3 @ 3-6 baru ade gift dan diskaun susu die..hehe..dekut kan..

Nazirah Azeman said...

owwwww cita2 same ms dulu2.....penyanyi n pelakon hahahahahahahah

lizz said...

cemelnyer Qisya tu...

dulu kecik2 kan memang banyak cita tapi biler dah besar cita2 dulu tah kemaner...dulunyer konon nak jadi cikgu tak pun askar...hehe

jaikito said...

cita-cita yang comel

jaikito said...

cita-cita yang comel

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Labels

:: sharing is caring :: (188) ~ hoBi aku ~ (6) ~ wedding ~ (1) ♥my new journey♥ (155) 1-6bulan (3) aiskrim (1) aktiviti laki bini (30) aktiviti sekeluarga (2) along n ilham (12) anak (37) aqiqah (4) artis (3) atuk (1) audit team yg best (3) baby (6) baby carrier (1) baju raya (2) bandung (3) bbcreamsqb (1) berangans (1) birthday (6) bisnesadikberadik (2) budak (5) business is business (17) carrier (1) cleansersqb (1) comel (3) contest (1) crochet (7) crosstich (1) cuti-cuti (14) dapur elektrik (1) dinner (1) DIY (2) doa (2) dryer machine (1) electrolux (2) emo xtentu pasal (#_#) (20) encik suami (11) ho (1) how i wish i can get this ^_^ (9) ibu-anak (5) impian (4) ISLAM agamaku. (14) jahit menjahit (5) Jai's family vacation (1) jaikitofamily (2) jaikitoteam (2) just for FUN (19) kawan (1) kayuh itik (1) kediaman (1) kelakar (2) keluargaFAIZAL (26) keluargaku (52) kenduri kendara (12) kereta idaman (1) kerja (2) kesihatan anak (6) Lazada (1) lebiu anak-anak (3) lelong (1) lenovo (1) makan (16) mamayangbuat (2) manik (6) masak (9) masksqb (1) me (6) melaka (2) membebel (3) merepek meraban ;) (80) mimpi (2) muka (2) niece (1) nile (1) nuffnang (5) nurulJANNAHalisya (12) nurulKHAYRAsafiyyah (1) nurulQISYAdamia (67) online (2) opah (1) opishh (3) padang besar (3) parenthood (24) pelik (1) pengalaman (1) peraduan (2) photoshoot (3) pregnancy journey (14) ralat (3) ramadhan (1) raya (4) recommended! (2) resepi (2) resepi mereka (3) rezeki (1) risau (2) rumah (2) sakit (3) samsung (1) saya jual (1) semangat (3) seqybeauty (1) sesaje (80) shopping (21) SimaFairulWedding (2) skincaresqb (1) sqb (1) Stroller (1) susu (1) sweet cherry (1) syukur (25) tak suke. (4) taman tasik taiping (1) teka teki (1) teladan dan pedoman (32) teratakfaizalhasidah (2) teratakFS (1) teringin (1) theNuruls (5) tidur (2) TIPS (4) TOUCHing (4) tragedi (6) tudung (16) tutorial (1) tutorial handphone (1) tutorial printscreen (1) twins stroller (1) VCOA (4) wahai hati (1) wishes (3) zalora (2)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...