i apprEciatE u!!! ;)

Friday, October 12, 2012

day 1 to 6months journey (part 1)

Reactions: 
ok, nak makbulkan cita-cita sendiri iaitu nak tulis progress Qisya sepanjang 6bulan ;)

sebelum tu nak story sket pengalaman bersalin. nak highlight mana perlu je sebab banyak dah story kat entry pengalaman bersalin dulu dah.

*nak bahasakan diri as IBU dengan harapan nanti tiba masa anakanda Nurul Qisya Damia baca, dapatla dia feeling-feeling entry ni khas untuk dia..untuk dia tau pengorbanan ibu n papa sepanjang menjaga dan membesarkan dia*

ok, di awal peknen..ibu memangla alah yg amat..siap muntah tepi jalan lagi..alah ngan ubat gigi, kadang2 bau sabun pun boleh buat pening..dan juge bau petrol..Qisya tak suke ibu gosok gigi eh?haha.

cuma bila dah hujung-hujung peknen tu yang dah ok sikit..dah kuat..hehe
perut ibu jadi sangat besar..sampai bila dah masuk 7bulan kandungan, ibu dah kena sembahyang secara duduk. dan bila dah terlampau besar (dekat nak bersalin berat ibu adalah 85kg sayang ) ibu sembahyang kadang-kadang dengan isyarat tunduk sikit tu je. perut besar menghalang ibu dari sembahyang secara normal. tapi itu bukan alasan untuk kita tidak sembahyang ye sayang..sembahyang adalah WAJIB! ibu nak nanti Qisya pentingkan sembahyang dan sentiasa doakan ibu n papa..love u dear ;)

pernah masa kandungan menghampiri usia 36minggu, ibu cemas sebab Qisya tak bergerak (ibu kena pastikan atleast Qisya gerak 10x untuk satu tempoh masa) so ibu ke KK dan terus kena gi spital then kena warded..huhu.

then ibu di akhir peknen kena "kencing kotor"..aiyoo..sangat tak suka ok.
they suspect that my kidney was problem since my blood pressure was ok.
tapi alhamdulillah..takde pape. pernah kena bawak balik botol besar tu tahan urine then kena antar spital..result stil same..KOTOR (taktau istilah saintifik)
 adala kena tahan 2x kot sebab kes tu..

pastu lagi lagi seminggu Qisya nak keluar tu ibu dah apply cuti dah. semua sebab takank susahkan management opis..yela asek warded jekan..masa tu la kulit ibu kena rashes yang dahsyat.
teruk tahap gatal sesangat. penuh kat kaki n tangan..jadi parut tau..hukhuk.
sampai bila admitted kat spital tepeng dorang ingat ibu ada masalah kulit ke hape..aduyai...
itu adalah salah satu punca kenapa ibu lambat discharge lepas deliver tu..huhu.
siap kena amek test kulit lg k..kena jahit sikit kat kaki ibu.. ;(

boleh nampak tak kat tangan tu parut? +_____+ masa ni kita attend kenduri pakngah ibu..dalam pantang lagi masa ni..hehe

*ohye, nampak line putih tu?bukan kulit saye ye..saye pakai baju dua lapis masa ni..itu adalah tshirt yang dipakai dalam cerdigan tu..hehe*

isk..buruk benor tangan masa ni..hehe

tapi tak mengapa..sikit pun ibu tak kesah ngan keadaan kesihatan dan kulit tangan terjejas itu ;)
ibu sayang Qisya. ~♥♥

masa kenduri ni la kita dapat hadiah..lucky draw..anak beranak dapat..hihi
tak payah siap lawa-lawa pun..tau-tau bertuah je..hiks!

ok, sedikit update.
Qisya dilahirkan pada 27/3/2012 jam 9.47 malam..due date supposed 26/3/2012.
ibu kena induced 2x tau..sakit tahap nak berdiri tak boleh..huhu.
Berat Qisya masa dilahirkan adalah 4.27kg..phewww! mujur keluar kot tingkap (=______=")

Qisya masa dalam pantang macam baby lain gak..malam banyak berjaga mintak susu ;)
pastu kelemahan ibu adalah tak pandai bagi susu sambil baring.
tiap kali Qisya uwek uwek ibu akan bangun angkat Qisya then df sambil duduk.
kadang sampai nak tersengguk ibu tau..hihi
amatla problem sebab mengundang sakit..almaklum ibu-ibu czer kan tak digalakkan banyak duduk =__+

eh..ni dah macam entry pengalaman bersalin plak..hihi..sory Qisya!

sepanjang kita (ibu dan Qisya) dalam pantang, kesian kat papa tau..
tiap-tiap minggu dia balik tengok kita..mujurla dekat Penang-Taiping ;)
love u papa *eh??*



inila gambar Qisya sehari selepas dilahirkan..
papa yang snap sebab Qisya kan ditempatkan ke wad lain..awak kan besor wahai budak kecik..
baby mane yang over than 4kg masa lahir, dorang akan tahan kat wad lain..asing dengan ibu..huhu
dua hari k dorang tahan Qisya..Jumaat petang baru dorang hantar kat ibu..*sedih sangat masa tu*
siap nangis lagi sebab risau yang amat + rindu nak tengok anak yang baru dilahirkan tapi dapat tengok seminit je malam tu..


dah la masa papa gi lawat Qisya kat Ward B3 tu doc cakap mungkin jantung Qisya problem.
hati mak mane tak risau sayanggg..huhuhu

tapi Alhamdulillah..semua tu sekejap saje..Qisya sihat ;)

ohye..nurse yang hantar Qisya tu siap sedih ok nak hantar Qisya kat ibu sebab dia cakap dah takde dah baby comel (montel) di wad dorang dah ;)

terpaksa ibu feeling muda dengan umur 25 di situ..hiks!

ok, takde nak story pengalaman bersalin mahupun pengalaman ngeri tak dapat discharge awal tu..NGERI ok!!

ibu buat point la eh..
* tali pusat Qisya jatuh/luruh/tanggal sepenuhnya di hari ke10..susah payah opah setiap masa lepas mandi letak ubat pusat tu ;)
* masa dalam pantang..Qisya adalah sangat suka menangis..huhu..paling teruk bila waktu mandi..isk.isk.
* kenderaan pertama Qisya naik adalah ambulans..hihi
* a few days after discharge dr spital..ada nurse datang lawat n cek berat Qisya..so berat pertama Qisya selepas keluar wad adlah 4.5kg ;)
* rambut dicukur sepenuhnya oleh mak bidan yang ibu panggil maklong..di hari ketiga ibu mengurut.
* Qisya dapat banyak kutipan $$ sepanjang dalam pantang..Alhamdulillah.
* ibu n papa dah start menabung syiling untuk Qisya since Qisya dalam perut.
* rumah pertama Qisya masuk selepas kita discharge adalah rumah opah+tokwan kamunting..singgah sekejap sebelum balik rumah Opah+atuk simpang4 dan teruskan berpantang di rumah simpang4.
* selepas pantang (tapi ibu still cuti confinement) Qisya dah travel ke Ipoh..rumah paknjang. ;)
* sepanjang dalam pantang..kita banyak ulang alik ke spital tepeng sebab follow up checkup ibu juge Qisya.
* Qisya fully bf sampai umur 1bulan..then ibu start ajar fm..dan sekarang Qisya dah tahap anti bf jek..asal ibu selak baju dah nangis..huks!sedih! alangkan masa ada yang sajes ibu start fm dulu pun ibu dah sedih..inikan bila anak dah takmoh langsung susu ibu (-_______+ ")

ape lagi eh??takpe..kalo ibu ingat lagi ibu story sini eh..muah muah ;)
part 2 bakal menyusul dengan entry banyak kat penang kot sebab kita kan duk Penang  ;)

sudahi entry dengan gambar papa yang eksaited pegang anak walopun at first dia penakut gilerr nak dukung ;)


2 comments:

Nens Collection said...

konfom qisya terharu bila baca n3 ni..hehe..bambam giler qisha masa lahirkan kak..mmg kene ikut tingkaplah..x dayo nk meneran nih..hehe..

ammar berat die 2.29kg je tau..skang amek kau!..bolaattt...

sy bukan stakat alah ubat gigi..bau badan laki pon xleh bau,lampu kipas sume xleh pasang kalo nk tido..mcm dlm gua gayanyer..hubby terpaksa tdo kt luar sbb panas..huhu..hope kan kak pegnen kali 2 nnt,xdelah alahan melampau sian hubby sy..kene tdo jauh2..huhu

mummy alisha said...

comey baby baru lahir... wangi...

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Labels

:: sharing is caring :: (188) ~ hoBi aku ~ (6) ~ wedding ~ (1) ♥my new journey♥ (155) 1-6bulan (3) aiskrim (1) aktiviti laki bini (30) aktiviti sekeluarga (2) along n ilham (12) anak (37) aqiqah (4) artis (3) atuk (1) audit team yg best (3) baby (6) baby carrier (1) baju raya (2) bandung (3) bbcreamsqb (1) berangans (1) birthday (6) bisnesadikberadik (2) budak (5) business is business (17) carrier (1) cleansersqb (1) comel (3) contest (1) crochet (7) crosstich (1) cuti-cuti (14) dapur elektrik (1) dinner (1) DIY (2) doa (2) dryer machine (1) electrolux (2) emo xtentu pasal (#_#) (20) encik suami (11) ho (1) how i wish i can get this ^_^ (9) ibu-anak (5) impian (4) ISLAM agamaku. (14) jahit menjahit (5) Jai's family vacation (1) jaikitofamily (2) jaikitoteam (2) just for FUN (19) kawan (1) kayuh itik (1) kediaman (1) kelakar (2) keluargaFAIZAL (26) keluargaku (52) kenduri kendara (12) kereta idaman (1) kerja (2) kesihatan anak (6) Lazada (1) lebiu anak-anak (3) lelong (1) lenovo (1) makan (16) mamayangbuat (2) manik (6) masak (9) masksqb (1) me (6) melaka (2) membebel (3) merepek meraban ;) (80) mimpi (2) muka (2) niece (1) nile (1) nuffnang (5) nurulJANNAHalisya (12) nurulKHAYRAsafiyyah (1) nurulQISYAdamia (67) online (2) opah (1) opishh (3) padang besar (3) parenthood (24) pelik (1) pengalaman (1) peraduan (2) photoshoot (3) pregnancy journey (14) ralat (3) ramadhan (1) raya (4) recommended! (2) resepi (2) resepi mereka (3) rezeki (1) risau (2) rumah (2) sakit (3) samsung (1) saya jual (1) semangat (3) seqybeauty (1) sesaje (80) shopping (21) SimaFairulWedding (2) skincaresqb (1) sqb (1) Stroller (1) susu (1) sweet cherry (1) syukur (25) tak suke. (4) taman tasik taiping (1) teka teki (1) teladan dan pedoman (32) teratakfaizalhasidah (2) teratakFS (1) teringin (1) theNuruls (5) tidur (2) TIPS (4) TOUCHing (4) tragedi (6) tudung (16) tutorial (1) tutorial handphone (1) tutorial printscreen (1) twins stroller (1) VCOA (4) wahai hati (1) wishes (3) zalora (2)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...