Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

i apprEciatE u!!! ;)

Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Monday, March 20, 2017

An Early Mini Birthday Celebration to Jannah!

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ok, nak cerita pasal past few weeks..
06.3.2017 maka anakanda kedua saya; Nurul Jannah Alisya telahpun rasmi berumur 3tahun.
Bila dah umur 3tahun dan ada kakak yang dah pandai mengajar erti kek birthday dan celebration,(from their own way) makanya ibu dan papa harus bersiap sedia serba sedikit agar dapat memenuhi sedikit sebanyak impian si kecil.hehe

dia tak mintak banyak.
dengar lagu happy birthday pun dah sengih-sengih.

Makanya, cut it short, 05.03.2017 kami pun buat la sambutan kecik untuk birthday 2nd princess kami. (read:kami=ibu+papa)
Memula keluar rumah (kg) memang dorang dah tau nak celebrate sikit.
Otomatik kek wajib ada.
So, memula pergi Tesco.
Motif utama nak ushar susu bebudak ni.
Saya turun sorang je.. Papa dorang temankan dorang dalam kereta sebab memasing melena.
Dengan kuasa super power mak ni dapatla saya beli terus kek (candy cake choclate) dari kedai kek Kings kat floor atas bangunan Tesco tu. RM38.
birthday girl bersama kek

Terus kami bergerak ke Aeon (my kids's favorite place)
Motif utama nak pi potong-potong kek dekat food court je uolss..haha

ok, enjoy pictures!











hehe..comel birthday girl comot-comot.
Ingatkan dapat lah bawak balik 2-3 slice kek tu habuan opah & atuknya..rupanya abes bebudak ni makan..haha,,kid with cake ~ what else to expect kan??

Ohye, memandangkan nak celeb pun cincai-cincai je and no specific birthday gift pun except LOTS OF LOVE so marilah kita berbelanja sedikit untuk props bagi menghidupkan suasana sambutan-harijadi-paling-best-untuk-anak! hahha..ke Daiso lah kita!
Birthday girl dapat cekak kepala bertopi kaler purple macam dalam gambar kat atas ni, pastu si kakak pun sibuk nak crown tapi berjaya dipujuk sebab besday adik makanya dia mahukan medal (seperti dalam gambar)..haha..taktau apa motif tapi cincai jela bagi medal ikut turutan kelahiran..kahkah..
lepas tu beli paper crown tu..lepas tu beli sudu+paper plate habuan bubuh kek..hehe

Selepas makan-makan lepastu bersilih ganti solat dan anak nak ke toilet la bertukar diapers la, blablabla lajakla ke Maghrib.
Lepas sembahyang baru la kita buat aktiviti asing-asing..
Ibu as usual tak koser nak melayan area mainan..Biar papa dengan besday girl juga kakak sulung..Ibu dengan si kecik pi window shopping! hahaha..


Hilang dah shawl kakak! haha




Hope you have much enjoy Jannah! Ibu, papa, kakak dan adik sayang awak sangat-sangat.
Lillahhita'ala..
Membesar menjadi anak yang solehah ye anak!

Ibu sanggup buat apa saje untuk anak-anak ibu..insyaAllah ;)

Friday, March 6, 2015

Nurul Jannah Alisya dah setahun tapi kenapa ibu masih buncit?

Salam..

Seperti tajuk.. Jannah dah genap setahun hari ni 06.03.2015..
Last year time-time gini ibu keseorangan bertemankan room mate indian dengan anaknya sebab anak ibu; Jannah kat wad B3..

This year plak time ni Jannah kat dalam buai tanpa ada sekelumit rasa merajuk atau jauh hati bahawasanya tiada birthday treat untuknya..hikhok..papa masih di ofis..mencari rezeki untuk anak bini..moga peroleh keberkatan..aminnn

Kakak Qisya ada melepek atas katil..tadi tido sat.pastu merengek terkejut kot sebab takde sape teman tido..ibu time ginila ada masa kemas apa yang patut..duk vacum hall..pastu kutip sarung sofa yang dah buruk cendaru tu pi basuh..pastu settle air panas refill masuk flusk..pastu datang sindrom ketagih ngadap henpon.. #keburukanteknologi herghhhh!!!

Okla..main point nak sampaikan berita bahawa hari ni anakanda kedua ku dah genap setahun ikut kalendar omputih..kalendar islam dah setahun lebih dahla usia dia..

As usual..ibu senantiasa doakan yang baik-baik untuk anak ibu..insyaAllah kejayaan dunia akhirat yang kita perlukan...aminnn

Nah banje sket gambar yang dah di collage semalam dan di post di ig dan fb..



Happy birthday kesayanganku 💋💋


Beserta caption dan komen dari ig


Tuesday, February 24, 2015

anak-anak dah rasminya bertambah umur

Assalam...

Semalam (semalam k, not today) ; 23.02 2015 adalah bersamaan dengan 4jamadilawal1436h..
Both of my childs are officially 3yo and 1yo.. yeah, they are coincidentally have the same birthday in hijrah's calendar (islam's month)..
Ikut tahun masihi lain lah tarikhnya..kakak 27mac adik 6mac..

And being me, will usually forgot the date when it is comes.. memang ingat, ok 23.2 adalah 4j/awal adalah besday anak-anak and aku harus loudly told them with warm wishes.. but still, the day will pass without my notice the date it is. Muahaha.

I just realized it today; 24.02.15. Yennadeyyyy!
Podah wakawalik..ngeh ngeh

Ibu minta maaf ye anak-anak.
Bukan niat sengaja melupakan.. hanye terlebih makan semut..hahah
Walhalnye macamla anak ko nak sedih berduka cita yang ibu dorang takde bagi wish..hahah

Okla..doa ibu moga anak-anak ibu menjadi anak solehah..taat kepada Allah yang satu dan hormat semua orang, berjaya di dunia dan akhirat serta memperoleh keberkatan dan kejayaan yang hakiki.. amin ya rabb..

Mereka pagi tadi.. si kakak demam, malam sebelum dia siap muntah dan badan panas giler kot..so papa take over today bawak p klinik semua..yes, my husband was cool liddat.. memang dia suka tugas jaga anak.. dua2 pun dia tak hantar rumah bs..
Saye? Haruslah kerjaaaa... iols annual leave ciput je compared to him..so sad..
But still..tqvm hubby..really appreciated it!

Wednesday, April 10, 2013

hai kawan-kawan!

Assalamualikum w.b.t

lama tak update..dah macam taktau nak update ape..hihi

nak citer ape yer? *blur*

okla..hanya jemputan yang terlintas di fikiran..

Sabtu ni, 13/04/2013 adik saya kawen..
jemput mai na ;)

Jumaat tu dia nikah..saya pun amek kesempatan nak buat mini celebration untuk Qisya punye besday.
dah setahun lebih umur dia..kesian baru nak celerate..hihi

Jemputlah datang ye! ;)

Wednesday, March 27, 2013

happy 1st birthday my dear!




27-3-2012 -----> 27-3-2013
she is 1year old baby now!
or myb toddler?
tak kisah la..masih baby di mata ibu n papa..
muah muah muah.. 

masa berlalu dengan pantas..

ok, next baby please!! ahahahahaha

Wednesday, February 20, 2013

selamat ULANGTAHUN kelahiran ATUK!

Assalamualikum

hari ini adalah harijadi ayah saya @ atuk untuk cucu-cucunya ;)
dah genap 66tahun..

syukur Alhamdulillah ayah diberi kesihatan dan fizikal yang masih kuat..cuma sakit-sakit kecil tu biasalah..kita yang muda pun ada sengal-sengal badan kan?hehe

saya sayang ayah saya!
tiada kata yang boleh menggambarkan kasih sayang sebenarnya..
terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan ye ayah!
walopun ayah taktau pun baca blog..hihi

ok..macam biasa..tepek gambor ajelah eh..

holoh comel-comel atuk nih.. ;)



bersama isteri tercinta..background dapur in the making..hehe


kadang-kadang sporting!haha
mama..i still annot get what-is-this-pose-means?

masa tunggu saya kat hospital Penang





lastly..

"SELAMAT HARIJADI ATUK!!
sorakan beramai-ramai dari cucu-cucu atuk di bawah! ;)





lots of

moga atuk diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan limpahan keberkatan untuk kita semua..aminnnn
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Labels

:: sharing is caring :: (188) ~ hoBi aku ~ (6) ~ wedding ~ (1) ♥my new journey♥ (155) 1-6bulan (3) aiskrim (1) aktiviti laki bini (30) aktiviti sekeluarga (2) along n ilham (12) anak (37) aqiqah (4) artis (3) atuk (1) audit team yg best (3) baby (6) baby carrier (1) baju raya (2) bandung (3) bbcreamsqb (1) berangans (1) birthday (6) bisnesadikberadik (2) budak (5) business is business (17) carrier (1) cleansersqb (1) comel (3) contest (1) crochet (7) crosstich (1) cuti-cuti (14) dapur elektrik (1) dinner (1) DIY (2) doa (2) dryer machine (1) electrolux (2) emo xtentu pasal (#_#) (20) encik suami (11) ho (1) how i wish i can get this ^_^ (9) ibu-anak (5) impian (4) ISLAM agamaku. (14) jahit menjahit (5) Jai's family vacation (1) jaikitofamily (2) jaikitoteam (2) just for FUN (19) kawan (1) kayuh itik (1) kediaman (1) kelakar (2) keluargaFAIZAL (26) keluargaku (52) kenduri kendara (12) kereta idaman (1) kerja (2) kesihatan anak (6) Lazada (1) lebiu anak-anak (3) lelong (1) lenovo (1) makan (16) mamayangbuat (2) manik (6) masak (9) masksqb (1) me (6) melaka (2) membebel (3) merepek meraban ;) (80) mimpi (2) muka (2) niece (1) nile (1) nuffnang (5) nurulJANNAHalisya (12) nurulKHAYRAsafiyyah (1) nurulQISYAdamia (67) online (2) opah (1) opishh (3) padang besar (3) parenthood (24) pelik (1) pengalaman (1) peraduan (2) photoshoot (3) pregnancy journey (14) ralat (3) ramadhan (1) raya (4) recommended! (2) resepi (2) resepi mereka (3) rezeki (1) risau (2) rumah (2) sakit (3) samsung (1) saya jual (1) semangat (3) seqybeauty (1) sesaje (80) shopping (21) SimaFairulWedding (2) skincaresqb (1) sqb (1) Stroller (1) susu (1) sweet cherry (1) syukur (25) tak suke. (4) taman tasik taiping (1) teka teki (1) teladan dan pedoman (32) teratakfaizalhasidah (2) teratakFS (1) teringin (1) theNuruls (5) tidur (2) TIPS (4) TOUCHing (4) tragedi (6) tudung (16) tutorial (1) tutorial handphone (1) tutorial printscreen (1) twins stroller (1) VCOA (4) wahai hati (1) wishes (3) zalora (2)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...