Terpanggil nak buat entry ni sebab semalam encik suami tanya "macamana nak snap dalam handphone eh?"
dalam ertikata lain "macamana nak snap/printscreen handphone"
dia guna lenovo.
saya guna samsung.
so agak kompius sebab samsung very the easy pizzy..
kacang sangat la kan.
sebab kalau NAK PRINTSCREEN guna handphone cap samsung begini ye kawan-kawan:
gambar google..saje ambik pink sebab nak girlish sangattt..hihi |
ok, cara nak printscreen samsung hanya dengan tekan butang Home yang kat tengah-tengah (belah bawah) tu BERSAMA-SAMA butang Off secara SERENTAK selama tiga saat atau sehingga handphone anda berjaya snap screen berkenaan.
secara formulanya;
hold HOME button + OFF button for about 3 SECOND.
sekian.
sebab rasanya semua model samsung pun ada dua butang tu kan?
ok berbalik kepada permasalahan encik suami saya..
handphone beliau adalah handphone lenovo.
so sekadar pengatahuan saya handphone lenovo adalah tiada butang home.
so saya tanya google.
dan google jawab:
google jugak. saje ambik pandangan sisi |
saya kurang pasti adakah setiap design lenovo button volume dia sebelah kanan or kiri..
tapi harus ada button volume punya kan?
ok, cara nak printscreen handphone lenovo adalah seperti berikut;
tekan butang OFF serentak dengan butang reduce/low VOLUME tu.
sila cuba k..
hehe..
tata
p/s: kalau design handphone korang pun lebih kurang tapi lain jenama..cuba jelakan kot berjaya.
mana tau menjadi jugak..
poipoi!
No comments:
Post a Comment