semalam husband (macam-macam gelaran plak, kejap encik suami, kejap hubby..kahkah) cakap yang sepatutnya esok (hari ini) laa kitorang kawen...
husband saya suka no.1..taktau plak atas sebab apa..mungkin juga sebab besday dia bulan January..dan lahir plak sebelas haribulan..hekhekhek
dulu awal kapel (ye, kitorang memang kapel sekejapan) dia penah letak status kat fb 11.11.11 (if im not mistaken laaa)..ramai plak duk teka-teka itu ke tarikh dia nak menamatkan zaman bujangnyee..saya plak rasanya cuma baca tanpa sebarang perasaan pun..kahkahkah.
kitorang bertunang 28/11/2010 iaitu seminggu selepas saya start kerja kat Penang..tarikh start kapel adalah tidak diketahui tapi rasanya sekitar lepas aidlifitri 2010. kalo ikut family husband, dorang nak suruh kawen dalam bulan doblas 2010 (gila copek benauuu)..tapi saya takmoh..family pun takmoh..sebab cepat sangat kannn..then mak ayah dia sajes bulan March2011 plak..pun tak dapek sebab kezen saya pun kawen March. so tarikh terawal yang dapat dipersetujui adalah June2011 ;)) dah selesai dah pun.
kalaulaa family dia suruh dia je yang pilih tarikh, kompem sekarang baru kitorang berdebau-debau untuk akad nikah..dan kompem-kompemla perut i tak boyot lagi..haha
tapi tarikh 11.11.11 ni bakal jadi tarikh yang amat bermakna gak pada husband sebab untuk pertama kalinya, dia MC.. gila bagus rekod sepanjang kerja (sejak grad 2007) tak pernah MC u olsss..kagum tak?hehehe..
dia mc sebab sakit gigi (dah tahap kronik) dah sakit lama dah..sabtu lepas dah pergi klinik kat Kamunting, tapi doc cakap tak boleh cabut sebab gigi tengah sakit, so dapat ubat jek, doc suruh datang lagi isnin untuk cabut..alih-alih bila datang isnin doc tu nak tampalkan ajek sebab gigi kuat lagi, sayang katanya..
tapi sampai sekarang husband asek menahan sakit samapai pagi tadi dah tak tertahan la tu..dia sendirik nak pergi cabut..pun doc tak boleh cabut sebab gigi kuat (gigi geraham)..kesian..dapat buat appointment untuk minggu depan jek..kesian gilakkk..nak makan pun seksa..hari-hari dia tido awal tinggal bini tengok tv sambil jahit manik keseorangan..ahakss
tadi dia sms cakap dapat mc tapi dia tetap nak pergi kerja..dah otw ke tempat kerja pun..tapi last-last bila saya kol, dia cakap(dengan bahasa susah paham sebab sakit sangat gigi tu kann) yang dia dah patah balik ke rumah..tak tertanggung kesakitan gigi itu..ololololo kesyiann..dah la lapo tapi tak boleh makan..kesian kuasa dua (-__+)
so, untuk husband, dah terjawab teka teki 11.11.11 yang abang update kat fb dulu..itu juga merupakan tarikh amat bermakna sebab tarikh pertama abang MC..wakakakakakakuek..dah takde rekod bersih itu..haha
![]() |
selingan gambar di hari bahagia..haha |

2 comments:
mmg cantik tarikh 11.11.11
bertuah sape2 dpt abadikan tarikh tersebut kan..
tula pasal..tapi tarikh tak penting..majlis tu yg penting..ehehehe
Post a Comment