Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

i apprEciatE u!!! ;)

Tuesday, July 13, 2010

nisfu sya'ban

13/7/2010 = 1 Sya'aban . Selamat menyambut bulan Sya'aban


Tahun ini Nisfu Sya'aban jatuh pada 27/7/2010 - Selasa (15 Sya'aban).


Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas -
sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu
Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang
dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.

Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan
akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di
badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh
malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat
tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada
tubuhnya.

Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikat
lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah
SWT
akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.

Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka
terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.

Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana
bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat
Allah SWT.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama
setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik
sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik
sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada
Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada
Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam
iman & pohonlah segala yang baik.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada
didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdirjavascript:void(0)
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan
tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof
didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) pada malam
nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia
lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan
permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah
orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang
mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang
berdendam marah hatinya kepada saudaranya.


Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban
kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita
derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

credit to adek raja eza :)

No comments:

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Labels

:: sharing is caring :: (188) ~ hoBi aku ~ (6) ~ wedding ~ (1) ♥my new journey♥ (155) 1-6bulan (3) aiskrim (1) aktiviti laki bini (30) aktiviti sekeluarga (2) along n ilham (12) anak (37) aqiqah (4) artis (3) atuk (1) audit team yg best (3) baby (6) baby carrier (1) baju raya (2) bandung (3) bbcreamsqb (1) berangans (1) birthday (6) bisnesadikberadik (2) budak (5) business is business (17) carrier (1) cleansersqb (1) comel (3) contest (1) crochet (7) crosstich (1) cuti-cuti (14) dapur elektrik (1) dinner (1) DIY (2) doa (2) dryer machine (1) electrolux (2) emo xtentu pasal (#_#) (20) encik suami (11) ho (1) how i wish i can get this ^_^ (9) ibu-anak (5) impian (4) ISLAM agamaku. (14) jahit menjahit (5) Jai's family vacation (1) jaikitofamily (2) jaikitoteam (2) just for FUN (19) kawan (1) kayuh itik (1) kediaman (1) kelakar (2) keluargaFAIZAL (26) keluargaku (52) kenduri kendara (12) kereta idaman (1) kerja (2) kesihatan anak (6) Lazada (1) lebiu anak-anak (3) lelong (1) lenovo (1) makan (16) mamayangbuat (2) manik (6) masak (9) masksqb (1) me (6) melaka (2) membebel (3) merepek meraban ;) (80) mimpi (2) muka (2) niece (1) nile (1) nuffnang (5) nurulJANNAHalisya (12) nurulKHAYRAsafiyyah (1) nurulQISYAdamia (67) online (2) opah (1) opishh (3) padang besar (3) parenthood (24) pelik (1) pengalaman (1) peraduan (2) photoshoot (3) pregnancy journey (14) ralat (3) ramadhan (1) raya (4) recommended! (2) resepi (2) resepi mereka (3) rezeki (1) risau (2) rumah (2) sakit (3) samsung (1) saya jual (1) semangat (3) seqybeauty (1) sesaje (80) shopping (21) SimaFairulWedding (2) skincaresqb (1) sqb (1) Stroller (1) susu (1) sweet cherry (1) syukur (25) tak suke. (4) taman tasik taiping (1) teka teki (1) teladan dan pedoman (32) teratakfaizalhasidah (2) teratakFS (1) teringin (1) theNuruls (5) tidur (2) TIPS (4) TOUCHing (4) tragedi (6) tudung (16) tutorial (1) tutorial handphone (1) tutorial printscreen (1) twins stroller (1) VCOA (4) wahai hati (1) wishes (3) zalora (2)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...