Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

i apprEciatE u!!! ;)

Thursday, August 4, 2011

merepek meraban

lihat saja title itu..memang saya nak merepek-repek je dalam entri nih..
sesuai dengan keadaan kesihatan saya yang sangat tidak menentu sekarang..so saya nak MEREPEK!

ok, dah decide..nak cerita pasai keMEREPEKan kesihatan la..
so please take note..entry ini berbau BUSUK..sebab banyak cerita muntah..haha

ok, as u all bley nampak kat bawah header saya tu..ada sy letak ticker pregnancy saya
YES..saya dah pregnant
tapi usia kandungan adalah tidak diketahui lagi..cume roughly dalam 6minggu lebih gitu..
dan start jumaat lepas 29/7/11 saya dah start weng-weng
*weng-weng* adalah pening-pening lalat
pening yg membawa kepada muntah..*muntah tahap pahit*
uwerrkk..sangat tak best ok
n malu..mana tak malu..otw balik kampung husband pun bley  plak mintak benti tepi jalan sebab nak muntah
dah la ada FIL..*malu siyot*
tapi mak saya cakap..takpayah malu sebab itu adalah normal
thanks mak..*hugs kisses*

ok, disebabkan saya weng-weng..so adalah sukar untuk saya menahan posa
saya pun sebolehnya taknak tinggal posa sebab susah plak nak ganti nanti -__-"
bayangkan..dengan keloyaan yang dialami, dengan keperitan uwerrk-uweerk..susah woo nak puasa
sampai 1st day tu saya flat di opis
mujur opismet sangat memahami
balik pada opis, terus terlena sampai hubby balik..then pi beli juadah berbuka di bazar ramadan
tapi..kan dah bagitau saya flat..memang tahap lembik saya tu mengundang belas kasihan dari suami
sehingga dia menyatakan "lain kali biar abg je pegi sorang beli makanan..tak payah ikut,rest je kat rumah"
adoiii..jatuh cinta rasanya..kui3

second day, awal-awal lagi saya dah muntah segala makanan sahur..dah lembik je badan..
terus taknak pegi kerja..plan nak mc jek
jumpe doc, dia test urine, cek tengok ada ketone (taktau eja) ke tak
n result..ok ;)
bley puasa tapi kalo dah tak larat sangat jangan paksa
ok, balik pada klinik, kerja saya hanya melepek di sofa sambik tunggu hubby balik
bangun sekejap jawab telefon pun dah bley buat saya loya+pening+nak muntah
bila berbuka, saya makan gak ubat doc bagi untuk tahan muntah..tapi kuciwa
saya tetap muntah dengan banyaknya
terus masa nak masuk tido saya nangis-nangis..ok, fine..saya memang cengeng
siap ngan "nak mak..." hahahaha
mujur ada hero sebelah yang bley calm down kan saya ^__~

3rd day, going well..ada muntah, tapi sket je..yg pahit-pahit tu jek
so cergas sket la (sket je k)
then berbuka mcm biase..muntah macam biase

4th day, pagi2 tadi memang bangun nak masak sahur dah rasa loya je tekak..
tapi hidup perlu diteruskan!!
haha..kesimpulannya, walopun perit nak lalui keadaan macam ni, ditambah plak puasa
akan ku tempuh jua!(gila bersemangat)
aduhai..menggegar hati tul
banyak kerja terbengkalai
termasuk update blog ni
termasuk kain baju tak lipat kat rumah tu (alasan!)
dan paling teruk, tudung untuk nens belom lagi di pos!
sebenarnya memang dah di pos macam biasa guna pos express..tapi hari selasa tu posmen return balik
sebabnya sekarang dorang dah kuatkuasakan spesifikasi kegunaan pos express
hanye untuk dokumen..sebatang pen pun tidak dibenarkan untuk dipos guna pos express
aduhai..susah nak commit masa untuk ke pejabat pos hanya untuk poslaju ;(

ok la, dah nak stop merepek sebab mata dah segar sket
tadi mengantuk tahap gaban zek potong dua!!

notes: yang saya perasan, saya sangat alah bila gosok gigi, lepas gosok je terus muntah banyak.
terus jadi fobia nak gosok gigi (apa hal?takkan nak biar gigi karat kot?)haha
then, minum horlick pun sama
mesti kuar balik
padahal dah terpengaruh ngan iklan HOHOHO liza hanim tu
pastu plak, bau minyak..sebelum ni ingat minyak petrol jek..
tapi semalam dah terbukti bau losyen mustajab pun bley buat saya loya dan muntah

isk!penat tau muntah!



No comments:

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Labels

:: sharing is caring :: (188) ~ hoBi aku ~ (6) ~ wedding ~ (1) ♥my new journey♥ (155) 1-6bulan (3) aiskrim (1) aktiviti laki bini (30) aktiviti sekeluarga (2) along n ilham (12) anak (37) aqiqah (4) artis (3) atuk (1) audit team yg best (3) baby (6) baby carrier (1) baju raya (2) bandung (3) bbcreamsqb (1) berangans (1) birthday (6) bisnesadikberadik (2) budak (5) business is business (17) carrier (1) cleansersqb (1) comel (3) contest (1) crochet (7) crosstich (1) cuti-cuti (14) dapur elektrik (1) dinner (1) DIY (2) doa (2) dryer machine (1) electrolux (2) emo xtentu pasal (#_#) (20) encik suami (11) ho (1) how i wish i can get this ^_^ (9) ibu-anak (5) impian (4) ISLAM agamaku. (14) jahit menjahit (5) Jai's family vacation (1) jaikitofamily (2) jaikitoteam (2) just for FUN (19) kawan (1) kayuh itik (1) kediaman (1) kelakar (2) keluargaFAIZAL (26) keluargaku (52) kenduri kendara (12) kereta idaman (1) kerja (2) kesihatan anak (6) Lazada (1) lebiu anak-anak (3) lelong (1) lenovo (1) makan (16) mamayangbuat (2) manik (6) masak (9) masksqb (1) me (6) melaka (2) membebel (3) merepek meraban ;) (80) mimpi (2) muka (2) niece (1) nile (1) nuffnang (5) nurulJANNAHalisya (12) nurulKHAYRAsafiyyah (1) nurulQISYAdamia (67) online (2) opah (1) opishh (3) padang besar (3) parenthood (24) pelik (1) pengalaman (1) peraduan (2) photoshoot (3) pregnancy journey (14) ralat (3) ramadhan (1) raya (4) recommended! (2) resepi (2) resepi mereka (3) rezeki (1) risau (2) rumah (2) sakit (3) samsung (1) saya jual (1) semangat (3) seqybeauty (1) sesaje (80) shopping (21) SimaFairulWedding (2) skincaresqb (1) sqb (1) Stroller (1) susu (1) sweet cherry (1) syukur (25) tak suke. (4) taman tasik taiping (1) teka teki (1) teladan dan pedoman (32) teratakfaizalhasidah (2) teratakFS (1) teringin (1) theNuruls (5) tidur (2) TIPS (4) TOUCHing (4) tragedi (6) tudung (16) tutorial (1) tutorial handphone (1) tutorial printscreen (1) twins stroller (1) VCOA (4) wahai hati (1) wishes (3) zalora (2)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...