Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

i apprEciatE u!!! ;)

Wednesday, August 29, 2012

raya 2012 - saya cuti seminggu!

semua orang update entry raya..
saya je ketinggalan kot.
takpe..kita cerita-cerita raya gak eh..
tapi tak banyak gambar
semua dalam lappy..
kemalasan kehapdetan..

semua orang pun cuti raya seminggu kot..
saya pun sama.
amek another 3days leave
alang-alang kan
walo tak ke mana pun cuti raya..
tapi time tula nak berehat-rehat bersama tercinta..ecewahhh

saya balik kampung jumaat malam..
walopun ramai dah cuti hari tu..saya kerja lagi

jalan adalah sangat jem dari opis ke rumah..peliks
nak balik tepeng malam tu jalan adalah sangat lengang tahap boleh catwalk tengah jalan..dabel peliks
tapi ape nak peliks-peliks sangat pun..saya dari utara kan..lainla dari kl nak ke utara..
yang tu memandu sambil menangis la kot *almaklum..cengeng..hihi

pose dari Qisya malam sebelum bertolak..sempatla tidokan dia dulu jap..pastu kejutkan dan dia sambung tido dalam kereta..ibu pun tido gak..biar papa drive tanpa rakan bualan..hehe

malam tu kitorang straight balik rumah parents suami..
bersahur di sana..then petang lepas tolong MIL sumbat ketupat..saya balik rumah mak! besh!
tinggal encik suami je nak berbuka ngan family dia..
malam tu dah 2pagi baru dia sampai rumah mak saya sebab malam raya dia nak jadi orang bujang lepak ngan geng sekolah dulu. biarkan..

pastu esoknya adalah hari raya kan..
bersalam-salam lah kiter..
banyak gambar salam-salam sebenarnya..tapi ada pada mama..tak amek aritu
takpe..this week balik kampung kita rompak gambar-gambar

Qisya pun salam gak..tapi dah ada dosa ke dia?hihi

pastu kita lelepak jela duk rumah.
salu raya pertama kat rumah saya memang duk rumah jek..
adala beraya sket kat rumah jiran-jiran..
sebab duk rumah adalah ramai pengunjung..
adik-adik ayah salu berkunjung di hari raya pertama..
family belah mak pun sama
Qisya & Asyraf di raya pertama..Qisya dah tukar baju dah..dah tak ayu dah

cuma sempat berkonvoi gi rumah maksu je lepas maghrib
hajat nak pergi rumah ex opis mate tak dapat jugaa..kesiannn

raya kedua..pagi-pagi lagi kitorang dah ke rumah mertua..
sebab nak pergi rumah bapak sedara suami yang memang kitorang tak pernah pergi pun..
nun di Kulim..
pastu plan nak bertiduran di rumah opah suami..
tapi tak kesampaian sebab ramai plak tidur situ aritu..

sudahnya pulang semula ke kamunting.
frust sebab tak dapat tido situ..tapi sedikit tak frust sebab line phone saya dah terpotong hari tu..
kalo tido situ maknanya saya akan gundah gulana la sebab xbley communicate dengan family..*poyosss*
tapi memang hari-hari pun call mak..
takpun dapat sms  family tanye program dorang pun dah cukup bahagia..
ok..takpayah hurai dah.

kami sekeluarga pakai biru hari tu..tapi takde plak gambar sekeluarga..sebabnye plan ke laut..ceit! gambar kanan Qisya dah tukar baju..otw balik Kamunting..
balik kamunting masa tu dah sampai 10lebih dah kot..terus beraya rumah kawan..excited nak tengok si debot Andra..tapi dia dah tidoo..ceit!

Raya ketiga aktiviti adalah lepaking
suami dah roger kawan-kawan..tapi masing-masing aktiviti la kan..
sudahnye dah 6petang lebih dah kot..baru kitorang keluar..
gi rumah Kakwani..pekena spageti terus balik Simpang4 jap..
nak comolot ngan mama n ashu..
dorang dah nak balik KL malam tu..amcik pun nak balik rumah mertua dia dah malam tu
mujur dorang pass batten pada umi..
kalo tak kesian mak..kesunyian di raya ke4..hehe
balik tido Kamunting balik..
esok tengahari balik Kg mak sebab Ima bertunang

kitorang gerak terus ke kg..mak sampai kemudian..almaklum..reraya camtu kg adalah jem..
masa kat kg tula Qisya jumpa paksu Nazhan dia.
oh..kelihatannya anak ahkak yang hover menerjah si teruna..isk!

dengan along..dengan abgcik Eam pun ada gak..tapi gambar parkinson..mencik!
gi majlis bertunang..tapi gambar si penunang adalah tiado..kihkih
pas rumah tokndak kitorang konvoi ke rumah pakngah.
lepak sampai nak maghrib gerak gi rumah maksu [again! sebab umi tak pergi lagi]

raya kelima kita buat aktiviti kesukaan ramai lagi..lepaking!
tapi sampai petang jela..petang tu kita konvoi gi rumah cikgu din [rumah ex majikan mak]
macam majikan kerja ape jek..mak cuma mengasuh anak cikgu tu je dulu..
kitorang keep in touch until now..
walhal anak dia dah 18tahun dah umur yang adik tu..

dah tahap segan nak salam dengan kami dah..almaklum..teruna..hihi
si kakak dah jadi cikgu pun..

otw ke rumah cikgu din..sempatla dia mandi rumah orang..sebab dia tinggakan 'khazanah' dia plak
pastu umi cakap nak beraya rumah my PIL..
moh kite ke Kamunting lagi..
raya w/o plan..so sikecik dah mengamuk stok susu tak cukup..
mujur pi rumah tokwan dia kan..bolehla ibu kasi yang instant..hihi

raya keenam plak kitorang balik Kamunting balik..
dah petang le pun geraknye

mak ayah angkat..hihi..inila umi n abah
balik kamunting sebab esoknya (sabtu) ada kenduri sebelah rumah PIL
harusla tunjuk muka kann..

di hari kenduri
Qisya muah ibu ;)

pastu petang tu balik Simpang 4 semula..
dalam kul2 pagi tu umi gerak balik KL
kitorang plak ahad petang (patutnya)
tapi patah balik sebab tayar keta bocor..
kenala hero tukarkan dulu..so pas maghrib baru balik Penang..
isnin dah keroje..

itula cerita raya saya..
pi balik Kamunting-Simpang4 jela..hikhik


2 comments:

Unknown said...

qisha cumelll!!

sukenyer tgk baju bb gerl..warna warni..sgt gerammmm..hehe..;)

seronok raya kan ade anak..hehe

nalsweet said...

hehe..tQ auntie..
cepat2 la buat adik pompuan utk ammar..hihi

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Labels

:: sharing is caring :: (188) ~ hoBi aku ~ (6) ~ wedding ~ (1) ♥my new journey♥ (155) 1-6bulan (3) aiskrim (1) aktiviti laki bini (30) aktiviti sekeluarga (2) along n ilham (12) anak (37) aqiqah (4) artis (3) atuk (1) audit team yg best (3) baby (6) baby carrier (1) baju raya (2) bandung (3) bbcreamsqb (1) berangans (1) birthday (6) bisnesadikberadik (2) budak (5) business is business (17) carrier (1) cleansersqb (1) comel (3) contest (1) crochet (7) crosstich (1) cuti-cuti (14) dapur elektrik (1) dinner (1) DIY (2) doa (2) dryer machine (1) electrolux (2) emo xtentu pasal (#_#) (20) encik suami (11) ho (1) how i wish i can get this ^_^ (9) ibu-anak (5) impian (4) ISLAM agamaku. (14) jahit menjahit (5) Jai's family vacation (1) jaikitofamily (2) jaikitoteam (2) just for FUN (19) kawan (1) kayuh itik (1) kediaman (1) kelakar (2) keluargaFAIZAL (26) keluargaku (52) kenduri kendara (12) kereta idaman (1) kerja (2) kesihatan anak (6) Lazada (1) lebiu anak-anak (3) lelong (1) lenovo (1) makan (16) mamayangbuat (2) manik (6) masak (9) masksqb (1) me (6) melaka (2) membebel (3) merepek meraban ;) (80) mimpi (2) muka (2) niece (1) nile (1) nuffnang (5) nurulJANNAHalisya (12) nurulKHAYRAsafiyyah (1) nurulQISYAdamia (67) online (2) opah (1) opishh (3) padang besar (3) parenthood (24) pelik (1) pengalaman (1) peraduan (2) photoshoot (3) pregnancy journey (14) ralat (3) ramadhan (1) raya (4) recommended! (2) resepi (2) resepi mereka (3) rezeki (1) risau (2) rumah (2) sakit (3) samsung (1) saya jual (1) semangat (3) seqybeauty (1) sesaje (80) shopping (21) SimaFairulWedding (2) skincaresqb (1) sqb (1) Stroller (1) susu (1) sweet cherry (1) syukur (25) tak suke. (4) taman tasik taiping (1) teka teki (1) teladan dan pedoman (32) teratakfaizalhasidah (2) teratakFS (1) teringin (1) theNuruls (5) tidur (2) TIPS (4) TOUCHing (4) tragedi (6) tudung (16) tutorial (1) tutorial handphone (1) tutorial printscreen (1) twins stroller (1) VCOA (4) wahai hati (1) wishes (3) zalora (2)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...