Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

i apprEciatE u!!! ;)

Tuesday, June 10, 2014

mandikan jenazah

Assalamualaikum..

dari entry Opah sedara saya meninggal tu, rasa macam terpanggil plak nak share sini serba sikit yang saya sempat belajar masa ikut serta memandikan jenazah..

fardhu kifayah tau kawan-kawan..means kalau orang islam lain dah buat, kita tak berdosa..tapi kalau belum ada sesiapa yang hendak menguruskan/mandikan jenazah tu semua orang islam di situ dah berdosa..
so, perlu belajar lah serba sikit selok belok nak mandikan jenazah ni..untuk bekalan hari muka ;)

yang saya belajar dan nampak masa proses hari tu, sebagai waris kita perlu sediakan:
  • kain batik lepas *kain batik panjang ataupun kain batik biasa tu buang jahitan penyambung tu* dalam 2-3 helai..ini adalah untuk lap atau lapikkan jenazah masa proses mandi tu
  • telekung *jenazah perempuan*  *buang jahitan tengah tu*
  • kain putih sebagai kain kafan *ini saya rasa depends on masyarakat situ la..kadang ada yang ahli khairat kematian tu rasanya dorang dah provide semua dah nak banyak mana kain semua tu*
  • kapas, kapur barus, etc *pun diuruskan oleh khairat kematian*
  • perkara-perkara biasa seperti daun pandan..sebab macam dekat kawasan arwah opah sedara saya tu dorang mintak daun pandan untuk buat bantal, selain ada yang kita dah racit-racit buat tabur atas pusara tu kan.. ohye, sedikit ilmu, yg buat tabur kat pusara tu salu diracit dengan tangan (bahasa lain->dikoyak) oleh yang datang menziarah sambil sedekat al-fatihah atau selawat.
  • ape lagi eh? sebab saya takde pegang nota n tulis-tulis pun time tu, so anything yang saya teringat masa update entry ni share kat ayat tu jela k..

lebih senang kalau saya buat dengan cara bercerita pengalaman..sebab ini pun bukan entry proper dari seorang yang dah pergi kursus kendali jenazah ke apa..sebab ini based on my experienced on last week; 19/5/2014.

ok, masa sampai surau tu saya saing *tetiba guna ayat orang pantai timur..hihi* dengan kakak saya.
dua-dua pun nak gain experienced.
AJK surau situ plak memang sangat helpful. tak kedekut ilmu.
memula dorang memang check segala kelengkapan jela..sambil suruh kami cucuk benang masuk jarum sebab nanti nak buat bantal.
tapi saya tak sempat tengok camne dorang buat bantal. sebab saya dah nak gi joint team mandikan jenazah tu. yang saya tau dorang isikan dengan daun pandan rasanya..mungkin ada gak tambahan barang lain. tak tahu pulak.

dekat surau tu dah sediakan apron khas..yang plastik tu..so memasing pakai jela..kalo ikut waris, kami berempat la, which is; saya, kakak saya, dua menantu arwah.

kakak saya pakai glove. sebab dia volunteer nak tolong sapu kat kawasan yang sensitif sket.
memula kitorang expect kena korek-korek ke apa..rupanya just sapu macam kita cuci hadas jela.
ahli surau akan tekan-tekan sikit perut jenazah untuk bagi kotoran/hadas-hadas keluar dari perut..
then kita perlulah cucikan..

ohye, masa memula nak mandikan..ahli surau dah ajar kitorang..
perlu niat "sahaja aku mandikan jenazah ini kerana Allah Ta'ala"
sepanjang proses memandikan tu selawat lah banyak-banyak beserta mohon kepada Allah agar segala dosa si mati diampunkan.

selesai mandikan bersih-bersih (termasuk untuk celah-celah kuku dibersihkan dengan cotton buds), mandikan/bilaskan dengan air tanah plak..
ok yang ni saya masih kurang ilmu..
ada sesape tau air tu dari tanah yang macamana ye?
ye,saya tau pasti ada buku yang boleh dirujuki.. tapi tak salah kongsi pengetahuan yang memang dah ada dalam otakkan? dekat di hati..hehe

kemudian, ambilkan wudhu selepas di lap dan di ganti kain
niat "sahaja aku mengambil air sembahyang untuk jenazah, kerana Allah Ta'ala"

seterusnya, persiapkan kain untuk dikafankan..
kain putih 3lapis dan lapisan paling dalam sertakan telekung *bagi perempuan* bahagian atas sahaja..
tetas jahitan tengah tu.. pakaikan kepada jenazah
tali ikat badan plak ada 7.. ikat di bahagian-bahagian otot.. pergelangan kaki, lutut, pinggang, dakapan (termasuk lengan), leher, dan juga bahagian bawah dan atas sekali..
lapisan paling dalam *which is lapisan paling atas sebelum letak jenazah di atas kain*, letakkan kapas yang telah ditabur serbuk *tak pasti serbuk apa, will update once saya tau* yang banyak untuk balut jenazah.

ohye, perlu diingatkan, jangan sesekali buka/biarkan jenazah tanpa sebarang kain menutupinya..
perlu sentiasa kain melitupi jenazah supaya aibnya terjaga.

****

ok, ini sajelah ringkasan yang dapat saya buatkan..
ni semua ayat sendiri je tau.. kalo ada salah silap harap betulkan..
sebab ini 100% based on my understanding during the process that i have been involved.

terima kasih.

No comments:

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Labels

:: sharing is caring :: (188) ~ hoBi aku ~ (6) ~ wedding ~ (1) ♥my new journey♥ (155) 1-6bulan (3) aiskrim (1) aktiviti laki bini (30) aktiviti sekeluarga (2) along n ilham (12) anak (37) aqiqah (4) artis (3) atuk (1) audit team yg best (3) baby (6) baby carrier (1) baju raya (2) bandung (3) bbcreamsqb (1) berangans (1) birthday (6) bisnesadikberadik (2) budak (5) business is business (17) carrier (1) cleansersqb (1) comel (3) contest (1) crochet (7) crosstich (1) cuti-cuti (14) dapur elektrik (1) dinner (1) DIY (2) doa (2) dryer machine (1) electrolux (2) emo xtentu pasal (#_#) (20) encik suami (11) ho (1) how i wish i can get this ^_^ (9) ibu-anak (5) impian (4) ISLAM agamaku. (14) jahit menjahit (5) Jai's family vacation (1) jaikitofamily (2) jaikitoteam (2) just for FUN (19) kawan (1) kayuh itik (1) kediaman (1) kelakar (2) keluargaFAIZAL (26) keluargaku (52) kenduri kendara (12) kereta idaman (1) kerja (2) kesihatan anak (6) Lazada (1) lebiu anak-anak (3) lelong (1) lenovo (1) makan (16) mamayangbuat (2) manik (6) masak (9) masksqb (1) me (6) melaka (2) membebel (3) merepek meraban ;) (80) mimpi (2) muka (2) niece (1) nile (1) nuffnang (5) nurulJANNAHalisya (12) nurulKHAYRAsafiyyah (1) nurulQISYAdamia (67) online (2) opah (1) opishh (3) padang besar (3) parenthood (24) pelik (1) pengalaman (1) peraduan (2) photoshoot (3) pregnancy journey (14) ralat (3) ramadhan (1) raya (4) recommended! (2) resepi (2) resepi mereka (3) rezeki (1) risau (2) rumah (2) sakit (3) samsung (1) saya jual (1) semangat (3) seqybeauty (1) sesaje (80) shopping (21) SimaFairulWedding (2) skincaresqb (1) sqb (1) Stroller (1) susu (1) sweet cherry (1) syukur (25) tak suke. (4) taman tasik taiping (1) teka teki (1) teladan dan pedoman (32) teratakfaizalhasidah (2) teratakFS (1) teringin (1) theNuruls (5) tidur (2) TIPS (4) TOUCHing (4) tragedi (6) tudung (16) tutorial (1) tutorial handphone (1) tutorial printscreen (1) twins stroller (1) VCOA (4) wahai hati (1) wishes (3) zalora (2)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...