Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

i apprEciatE u!!! ;)

Thursday, July 17, 2014

ramadhan 2014

Assalamualaikum..

ok, orang lain duk tayang lauk pauk/story mory bulan puasa hari-hari, saye plak compile je terus untuk sebulan..muahaahaha..aci la kan..spesis RAJIN harus cenggini..

1 Ramadhan 1435H ni saye sekeluarga sambut kat kampung..rumah ibu bapa saye..
sepanjang Ramadhan ni gak kami sekeluarga tiap-tiap minggu balik kampung
selang seli rumah parents saya atau suami..

last week balik rumah saya..
so this week balik rumah PIL..
begitu konsepnya..hehe

Raya tahun ni giliran rumah saya..
eh, dah ke raya pulak :p
eksaitted punye pasaiiii..ihiks!

em, ape nak citer?
masak?
korang masak ke bulan puasa ni?
saye hanya masak cincai-cincai
adalah jugak pergi pasar ramadhan (param)
tapi kadang bila kira-kira sebenarnya pergi param lagi banyak pembaziran dari penjimatan..
so marilah kita berbelanja secara berhemah..
pergi param dalam 2-3kali seminggu sudah memadai..
ohye, konsep pergi param yang dimaksudkan adalah pergi berbelanja 100% tanpa ada masakan di rumah..
sebab kalau nak ikutkan..hari-hari saya singgah param sebab belikan Qisya kuih keria (yang kadang dia makan kadang tidak)

masak cincai saya tu adalah macam masak nasi dengan lauk sardin tin beserta telur dadar..begitu..
ohye, semalam secara rasminya saya telah memakan telur sebanyak sebiji solid masuk perut..derrr..
konon nak pantang telur selama 6bulan..
muahahaha..tinggal kekononan jela..

semalam saya tak masak..
sebab takde menda nak masak..
barang asas dah habis
so bila si suami sampai rumah terus je kami anak beranak membonceng motosikal ke param berdekatan..
dekat kul7 dah masa tu
beli kuewtiaw goreng 2 bungkus, roti john 1, burger goreng 1, ayam rm2 seketul, kuih tepung bungkus 2, kuih keria yang tidak dijamah Qisya 2, kuih ketayap 1..
hoihhh..nafsuuu semata
tapi Alhamdulillah..habis jugak
cuma lepas ni tak boleh repeat roti john dan burger tu..sangat tak best..walhal dia lah paling mahal..
then singgah kedai beli telur 5biji dan sayur kobis kecik portion 1/4 (mahal nau rm1.20)
maka nya, juadah sahur kitorang adalah telur goreng buat masak sambal..itu sahaja..hihi

antara juadah yang pernah dibuat berbuka dan sahur:
- sardin tin (2times already)
- telur dadar
- masak lemak telur + suhun + pucuk
- tomyam ayam
- sup ayam
- ikan bilis goreng
- nasik goreng udang
- nasik goreng kangkung
- mi goreng
- mi goreng sanggul
- roti cicah sardin
itu sahaja..
boring!
tapi takpe..penjimatan..haha

nasik goreng kangkung/kampung


nasik goreng udang..masa ni tak langgar pantang lagi..so hanye si suami ada telur goreng

mi goreng sanggul

dah la simple masakannya..hidang pun tak semenggah..muahaha
ini adalah kerana masa yang begitu suntuk ye kawan-kawan

saya selalu sampai rumah bs dalam kul530-6petang
sampai rumah nak ulit-ulit anak lagi..
yang kecik memang dah rindu ibu la kan..
yang kakak ragam biasa budak umur dia..

selalu sambil melayan dorang tu hanye sempat masak nasik je..dan air..
curi-curi solat..sebab selalu kat ofis tak dan solat pun
pi mai pi mai boleh start masak dlm jam 640 camtu
tu pun kalo dorang sporting
kalo tak kena tunggu suami dulula jawabnya
sekian.

haha..tetiba sangat nak sekian..

air plak?saya masih setia dengan air bandung cincau suam..
air tuuuu jeeee..
kecuali balik rumah PIL saya minum milo suam..
kalo sahur plak memang saya buat milo suam je untuk kami laki bini
memula puasa tu asyik telan air liur je bila buatkan air ais untuk suami
tapi dah lama-lama sikit pun tak ku heran..
ehehe..

ok la..sekian dulu berita ramadhan 2014..
kalo rerajin nanti adalah version 2 pulak..
kalo sederhana rajin agaknye terus ke modul raya..
kalo tak berapa nak rajin mungkin terus ke entry sabah bulan 8 nanti..
kalo langsung kerajinan menipis kita jumpa lagi di entry ramadhan 2015..atau mungkin 2016? 2017?

atau kalo tuan blog dah takde kat dunia maka inilah entry terakhir ;)

salam ramadhan korang..
beribadatlah selagi boleh ye..

insyaAllah..
tatatititutu

No comments:

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Labels

:: sharing is caring :: (188) ~ hoBi aku ~ (6) ~ wedding ~ (1) ♥my new journey♥ (155) 1-6bulan (3) aiskrim (1) aktiviti laki bini (30) aktiviti sekeluarga (2) along n ilham (12) anak (37) aqiqah (4) artis (3) atuk (1) audit team yg best (3) baby (6) baby carrier (1) baju raya (2) bandung (3) bbcreamsqb (1) berangans (1) birthday (6) bisnesadikberadik (2) budak (5) business is business (17) carrier (1) cleansersqb (1) comel (3) contest (1) crochet (7) crosstich (1) cuti-cuti (14) dapur elektrik (1) dinner (1) DIY (2) doa (2) dryer machine (1) electrolux (2) emo xtentu pasal (#_#) (20) encik suami (11) ho (1) how i wish i can get this ^_^ (9) ibu-anak (5) impian (4) ISLAM agamaku. (14) jahit menjahit (5) Jai's family vacation (1) jaikitofamily (2) jaikitoteam (2) just for FUN (19) kawan (1) kayuh itik (1) kediaman (1) kelakar (2) keluargaFAIZAL (26) keluargaku (52) kenduri kendara (12) kereta idaman (1) kerja (2) kesihatan anak (6) Lazada (1) lebiu anak-anak (3) lelong (1) lenovo (1) makan (16) mamayangbuat (2) manik (6) masak (9) masksqb (1) me (6) melaka (2) membebel (3) merepek meraban ;) (80) mimpi (2) muka (2) niece (1) nile (1) nuffnang (5) nurulJANNAHalisya (12) nurulKHAYRAsafiyyah (1) nurulQISYAdamia (67) online (2) opah (1) opishh (3) padang besar (3) parenthood (24) pelik (1) pengalaman (1) peraduan (2) photoshoot (3) pregnancy journey (14) ralat (3) ramadhan (1) raya (4) recommended! (2) resepi (2) resepi mereka (3) rezeki (1) risau (2) rumah (2) sakit (3) samsung (1) saya jual (1) semangat (3) seqybeauty (1) sesaje (80) shopping (21) SimaFairulWedding (2) skincaresqb (1) sqb (1) Stroller (1) susu (1) sweet cherry (1) syukur (25) tak suke. (4) taman tasik taiping (1) teka teki (1) teladan dan pedoman (32) teratakfaizalhasidah (2) teratakFS (1) teringin (1) theNuruls (5) tidur (2) TIPS (4) TOUCHing (4) tragedi (6) tudung (16) tutorial (1) tutorial handphone (1) tutorial printscreen (1) twins stroller (1) VCOA (4) wahai hati (1) wishes (3) zalora (2)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...