Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

i apprEciatE u!!! ;)

Friday, September 7, 2012

cuti merdeka



Cuti merdeka lepas korang buat ape?
3hari cuti tukan..best!kalo bab-bab cuti ni memang saya la paling sookaaa kot..
Boleh balik kampong! (perangai teruja balik kampong masih menebal walo dah diusia begina dan dah bertukar status..kihkih.
Walopun saya tau balik kampong tu nanti membawa kepenatan sebab salu balik Penang semula dah lewat malam dan esoknye kerja +_________________+ [takmoh kerja boleh tak?tapi nak duit gaji ada dalam akuan macam biasa..sape nak kasi saya duit gaji tanpa kerja sila angkat tangan dan email saya..saya sudi sangat akan duit free itu ;) ]
Kalau ikut suami dia memang takmoh balik..yelaaa..penatkan..baru je balik masa raya tu..
Tapi dah bini dia nak gak balik..nak buat camne kan?hihi

Lagipun jumaat ada kenduri doa selamat kecil-kecilan rumah PIL saya (last minute plan)
Berbaloi la gak balik..some more, my parents request nak pergi kenduri kat Nibong Tebal hari sabtu..molek benar la kita memenuhi undangan.. ;)
Kames malam jumaat iaitu bersamaan malam merdeka dalam jam 730 malam kami dah bergerak..tapi singgah berbuka (suami je puasa..hihi) kat mamak dolu..
Dalam jam 830 camtu kot barula kami bergerak menuju ke arah selatan ;)

Pastu kebetulan ashu n mama juga ada balik. Dorang plak tak sabar nak jumpa da only gegirl untuk 3rd generations family Alwi + Badariah..so kita set jumpe kat kedai area Kamunting. Minum-minum sat then kami balik Kamunting dorang balik rumah opah + atuk lerrr..

Jumaat suami tatappp mauu puasa..dia nak cepat abis puasa 6 tu..walopun rumah dia buat kenduri pon..hihi..dia cakap “xpe..rumah sendiri nak makan lewat-lewat pun takpe..tuan rumah buat kerja..bukan kena makan..kalo nak gi kenduri orang yela tak boleh puasa..” baekklaaaaaa..

Langsung takde gambar di hari kenduri. Qisya pun duk tido je dalam buai..dahla just pakai tshirt ngan pampers..sungguh sempoi tak berhias..tapi mak nye pun sama..just pakai tshirt+cardigan+seluar track..hihi.
My PIL yang masak sendiri..menu adalah bihun goreng + mi goreng + buah tembikai + kuih samosa + kuih seri muka + bubur kacang. Start majlis pada jam 5..buat kecik-kecik je..bersempena ngan pakteh Qisya nak pi UPSI kot. Tahniah apis!!!

Ape lagi ye?ohye..pagi sabtu kitorang pun bersiap nak gerak balik Simpang4. Awal lagi dah bangun..siap-siap..suruh suami gi beli nasi lemak..pastu makan-makan n balik tu suami juge yang mandikan Qisya (oit..dia dah banyak mandikan Qisya..i treat him how to mandikan since cuti raya..hihi) sambil si ibu berkemas itu ini..
wajah pagi hari atas katil..gambar yang di wassap pada umi n auntie jlo

Pastu budak tu elok ibu dia nak pakaikan pampers n baju..dia boleh ber-ber plak..deyyy..sape ajar ni Qisya?

Pastu saya pakaikan Qisya skirt baru beli..ekceli b4 ramadhan lagi dah beli..tapi duk simpan sebab rasa macam besar..almaklum saiz 12-18months..pastu pagi tu saje try..tengok-tengok ngam-ngam..phewww..mujur i try gak..kalo tak sket hari lagi dah tak boleh pakai tak ke rugi?? Pakaikan dengan tshirt lama dia sebab match ada Minnie mouse..hehe

Minah tu lepas tu boleh plak mengamuk nak lena..so tidokan jap sementara duk angkut n kemas itu ini..

Pi hantar plak adik bongsu suami ke kedai runcit my PIL..jumpa PIL n salam-salam sat..terus ke rumah mak syayeeee ;)

Dalam kul1 petang kitorang gerak ke rumah kenduri. Sesat-sesat manja gakla..
Jumpa budak debab dalam rumah kenduri tu..baru 6bulan tapi dah 9kg++ okheyyy!! Saye dukung jap..haiyo..kalo ini macam tak mampunye nak dukung lame-lame!
[kiri] budak debab itu.. [kanan] gegirl saye didukung oleh mak kepada budak debab itu ;) masa ni Qisya memang tukar baju dah..mama suruh sebab dia nak tengok Qisya pakai baju ni semula..yela..baru sekali pakai jekot masa kenduri paknjang dulu..

Pastu balik tu singgah kedai 1Malaysia kat Bagan Serai..saje nak tengok..1st time masuk..bolehlaaaa

Straight away ke pasar malam Changkat Jering. Mak beli barang masak-masak. Malam tu plak mama niat nak belanja makan (mungkin sebab besday dia on the next day)
gambar makanan tak diambik..gambar budak ni jugakla menepek..hihi

Pastu ahad plak kitorang lelepak je.
pagi ahad..dia memang selesa duduk dalam posisi dipeluk papa macam tu ;p  sebelah ada flash sebelah takde.

dan petang pukul 2 pergi antar mama ke stesen bas Kamunting dan menuju ke rumah maksu plak..maksu duk tak sihat since hari raya aritu mak kata..tapi sebelum tu singgah pekena cendol ngan laksa dulu kat tepeng..mak belanja..ohye, for those yang taktau..kami sekeluarga pencinta cendol di tepeng..sedap woooo..hehe
nampak tak budak pompuan perasan boboi tengah buat kerja angkut pasir? haiiyyyaa!!

Pastu balik rumah plak. Makan nasi yang patut untuk lunch dibawak ke dinner..

bagi mandi masa kat rumah maksu..baju ni ler yang patut dipakai ke rumah kenduri hari sabtu tu..pakai kejap je kan..so bagi pakai lagila ;)

Lepas tu plan nak balik Penang  lepas manghrib. Tapi sebab family tokndak kata nak datang..so tunggu la jap sampai dorang datang..lepas isyak la baru balik penang..
otw ke penang..dalam kereta..

Kenyataan yang sukar diterima..Isnin nak kerja dah!! Phobia!!! ~ overrrr

p/s: kamera Canon suami tu macam untuk perhiasan je setakat ni..bawak balik kampong..tapi tak guna pun..duk usung jela..dia bizi mandikan anak dia..hihi!!

1 comment:

Unknown said...

qisha comel..comel la awak..jd menantu anty la..hehe

agak2 dh bosan gamaknyer usung kamera gedabak tu eh..hehe

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Labels

:: sharing is caring :: (188) ~ hoBi aku ~ (6) ~ wedding ~ (1) ♥my new journey♥ (155) 1-6bulan (3) aiskrim (1) aktiviti laki bini (30) aktiviti sekeluarga (2) along n ilham (12) anak (37) aqiqah (4) artis (3) atuk (1) audit team yg best (3) baby (6) baby carrier (1) baju raya (2) bandung (3) bbcreamsqb (1) berangans (1) birthday (6) bisnesadikberadik (2) budak (5) business is business (17) carrier (1) cleansersqb (1) comel (3) contest (1) crochet (7) crosstich (1) cuti-cuti (14) dapur elektrik (1) dinner (1) DIY (2) doa (2) dryer machine (1) electrolux (2) emo xtentu pasal (#_#) (20) encik suami (11) ho (1) how i wish i can get this ^_^ (9) ibu-anak (5) impian (4) ISLAM agamaku. (14) jahit menjahit (5) Jai's family vacation (1) jaikitofamily (2) jaikitoteam (2) just for FUN (19) kawan (1) kayuh itik (1) kediaman (1) kelakar (2) keluargaFAIZAL (26) keluargaku (52) kenduri kendara (12) kereta idaman (1) kerja (2) kesihatan anak (6) Lazada (1) lebiu anak-anak (3) lelong (1) lenovo (1) makan (16) mamayangbuat (2) manik (6) masak (9) masksqb (1) me (6) melaka (2) membebel (3) merepek meraban ;) (80) mimpi (2) muka (2) niece (1) nile (1) nuffnang (5) nurulJANNAHalisya (12) nurulKHAYRAsafiyyah (1) nurulQISYAdamia (67) online (2) opah (1) opishh (3) padang besar (3) parenthood (24) pelik (1) pengalaman (1) peraduan (2) photoshoot (3) pregnancy journey (14) ralat (3) ramadhan (1) raya (4) recommended! (2) resepi (2) resepi mereka (3) rezeki (1) risau (2) rumah (2) sakit (3) samsung (1) saya jual (1) semangat (3) seqybeauty (1) sesaje (80) shopping (21) SimaFairulWedding (2) skincaresqb (1) sqb (1) Stroller (1) susu (1) sweet cherry (1) syukur (25) tak suke. (4) taman tasik taiping (1) teka teki (1) teladan dan pedoman (32) teratakfaizalhasidah (2) teratakFS (1) teringin (1) theNuruls (5) tidur (2) TIPS (4) TOUCHing (4) tragedi (6) tudung (16) tutorial (1) tutorial handphone (1) tutorial printscreen (1) twins stroller (1) VCOA (4) wahai hati (1) wishes (3) zalora (2)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...