Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

i apprEciatE u!!! ;)

Wednesday, November 6, 2013

KISAH 50 SEN YANG MENYENTUH HATI

Jumaat yang lalu saya menerima satu kisah pendek yang dikongsikan oleh seorang rakan di group whatsapp. Ceritanya amat ringkas bertajuk kisah 50 sen namun cukup memberi kesedaran kepada saya tentang sedeqah. Seperti yang saya kongsikan di entri ini, Allah amat menyukai orang-orang yang pemurah dengan memberi sedeqah. Sebagai balasan Allah akan memudahkan rezeki kepada pemberi sedeqah.
Ikuti kisah pendek, kisah 50 sen ini:
    Kringggg… (bunyi loceng menandakan masuk waktu rehat bagi sekolah)
    “Terima kasih cikgu…!!!”, semua pelajar beredar ke kantin.
    Tapi seorang pelajar ini tidak keluar untuk rehat.
    “Awak tak rehat ke Alif?”  Ujar sy kpd pelajar ni.
    “Tak cikgu”. Jawab alif ringkas.
    “Kenapa alif tak rehat?” Aku cuba memancing jawapan dari mulut Alif.
    Lantas dijaawab alif,  “Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu la cikgu… Beratur panjang-panjang tapi dapat beli
    nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu… “

    Alif tertunduk malu.
    Perasaan saya mula bercampur baur, sedih dan sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yang membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya.
    Saya bertanya lg, “kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?”
    “Owh hari jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu’,
    Jawab alif dengan bersahaja.

Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akan
    bertambah..”
    Mata saya dah berkaca…Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50
    sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini.. Luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

    Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yang diberi untuk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.

    Mungkin kisah ini nampak ringkas tapi bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.
Tidak pula saya ketahui samada kisah 50 sen ini kisah benar ataupun hasil nukilan pengarangannya sahaja. Namun saya sungguh terkesan dengan cerita ini.
Saya mendapat mesej whatsapp ini semasa sedang menunggu imam membaca khutbah, lebih kurang setengah jam sebelum masuk waktu zohor.
Di mana darjat kita yang sudah berkerja ini kalau nak dibandingkan dengan budak miskin dalam cerita tersebut. Allahuakbar! Subhanallah! Kurangnya sedeqah aku.
Satu azam baru aku sematkan di jiwa ini sesudah membaca kisah 50 sen tersebut.



** saya copy dan paste semua perkataan dari sebuah blog yang saya dah terlupa sumbernya..
*** moga bermanfaat.
**** moga anak-anak ibu faham dan mengerti manfaat dari cerita ini. tahu seimbangkan dunia dan akhirat. insyaAllah

1 comment:

Miss Brenito said...

hai, singgah sini dan tersedih baca kisah 50sen tuh...

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Labels

:: sharing is caring :: (188) ~ hoBi aku ~ (6) ~ wedding ~ (1) ♥my new journey♥ (155) 1-6bulan (3) aiskrim (1) aktiviti laki bini (30) aktiviti sekeluarga (2) along n ilham (12) anak (37) aqiqah (4) artis (3) atuk (1) audit team yg best (3) baby (6) baby carrier (1) baju raya (2) bandung (3) bbcreamsqb (1) berangans (1) birthday (6) bisnesadikberadik (2) budak (5) business is business (17) carrier (1) cleansersqb (1) comel (3) contest (1) crochet (7) crosstich (1) cuti-cuti (14) dapur elektrik (1) dinner (1) DIY (2) doa (2) dryer machine (1) electrolux (2) emo xtentu pasal (#_#) (20) encik suami (11) ho (1) how i wish i can get this ^_^ (9) ibu-anak (5) impian (4) ISLAM agamaku. (14) jahit menjahit (5) Jai's family vacation (1) jaikitofamily (2) jaikitoteam (2) just for FUN (19) kawan (1) kayuh itik (1) kediaman (1) kelakar (2) keluargaFAIZAL (26) keluargaku (52) kenduri kendara (12) kereta idaman (1) kerja (2) kesihatan anak (6) Lazada (1) lebiu anak-anak (3) lelong (1) lenovo (1) makan (16) mamayangbuat (2) manik (6) masak (9) masksqb (1) me (6) melaka (2) membebel (3) merepek meraban ;) (80) mimpi (2) muka (2) niece (1) nile (1) nuffnang (5) nurulJANNAHalisya (12) nurulKHAYRAsafiyyah (1) nurulQISYAdamia (67) online (2) opah (1) opishh (3) padang besar (3) parenthood (24) pelik (1) pengalaman (1) peraduan (2) photoshoot (3) pregnancy journey (14) ralat (3) ramadhan (1) raya (4) recommended! (2) resepi (2) resepi mereka (3) rezeki (1) risau (2) rumah (2) sakit (3) samsung (1) saya jual (1) semangat (3) seqybeauty (1) sesaje (80) shopping (21) SimaFairulWedding (2) skincaresqb (1) sqb (1) Stroller (1) susu (1) sweet cherry (1) syukur (25) tak suke. (4) taman tasik taiping (1) teka teki (1) teladan dan pedoman (32) teratakfaizalhasidah (2) teratakFS (1) teringin (1) theNuruls (5) tidur (2) TIPS (4) TOUCHing (4) tragedi (6) tudung (16) tutorial (1) tutorial handphone (1) tutorial printscreen (1) twins stroller (1) VCOA (4) wahai hati (1) wishes (3) zalora (2)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...